Friday, August 28, 2020

Kerna Tuhan Itu Punya Rencana Lain


Kerna Tuhan Itu Punya Rencana Lain

Tuhan,
Kau dengar bukan rintihanku?
Siang malam aku berlagu,
Menyanyikan untukmu,
Doa-doa mohon restu
Agar ada rezeki buatku,
Dalam diam kubersujud padaMu,
Kerna ku tahu Kau yang Satu,

Ku pinta yang kecil,
Malah yang besar Engkau beri,
Ku pinta yang sederhana,
Malah yang mahal kau kurniakan,

Tuhan,
ampunkan aku,
kerna sering meminta kepadaMu,
Ku tahu kau punya rencana lain buatku,
Ku tahu Engkau lebih tahu,
apa yang terbaik buatku.



20 comments:

  1. Cantik susunan dan gaya bahasa menikam jiwa ini. huhu

    ReplyDelete
  2. semoga semua berjalan seperti apa yang kita mahukan , meskipun tidak . semoga rezeki terbentang luas :)

    ReplyDelete
  3. blogwalking here.. :) http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Kita merancang, Dia merancang. Siapalah kta hendak berlawan dengan rancangan Dia. Kan? :)

    ReplyDelete
  5. GV doakan yang terbaik untuk kita semua. InsyaAllah. Aamin. :)

    ReplyDelete
  6. pandai cuya bersyair :)

    teruskan berkarya cuya!

    ReplyDelete
  7. Allah maha mengetahui dan Allah jua sebaik baik perancang.

    Cantik bahasa puisi ni Cuya.

    ReplyDelete
  8. Semoga apa yang dipohon, diperkenankan oleh Allah. Keep praying and believing

    ReplyDelete