Followers

Wednesday, September 30, 2020

Aku bagi Kotak Misteri Pada Blogger AnakDenesor

Assalamualaikum...Hello Coconuts!


Cuya excited sangat nak cerita pada korang pasal ni. Cuya dan blogger AD  saling bertukar kotak misteri. Dan Cuya dah selamat hantar Kotak Misteri kepada sis AD.

Kalau nak tengok sis AD unboxing kotak misteri Cuya, klik bawah ni ya



Kalau nak tengok suprise box apa sis AD bagi Cuya, klik 

Aku Dapat Suprise Box daripada Anak Denesor!



The best part masa buat kotak misteri ni adalah proses yang Cuya lalui .Aik,proses? Proses apa ni....Hantar kotak je ponnnn. Ya, kotak bukan sebarang kotak.Kotak dipenuhi dengan imaginasi tau!
Cuya ada buat dekorasi untuk kotak misteri sis AD.

Kenapa tiba-tiba sibuk nak hias kotak bagai ni?Kau hantor jela kotak tu....

Eh,mana tak nya Cuya hias kotak ni, cuba korang tengok entri Kak Sha ni! 


Hah,,Korang tengok tu! Betapa kreatifnya kak AD.  Ini memang mencabar diri Cuya ni.LOL. Sebab tu Cuya mengambil keputusan untuk cabar diri menjadi kreatif. #SisCuba #JadiXJadiBelakangCerita


Cuya fikir punya fikir, tema apa Cuya nak buat untuk kotak misteri ni? Fikir..fikir..HAH! Idea sampai kat kepala otak Cuya 😆😆

Cuya buat tema macam kat bawah ni....Cuba teka tema apa???



Hah dapat teka tak?

Cuya tanya kawan2 ni kotak nampak macam apa?

Macam2 jawapan Cuya dapat!

Dragon
Adudu
Katak
Buaya
Monster

Cuya faham semuanya ada imaginasi yang berlainan,tapi menurut Cuya ini adalah Monster.Ngeh3.  Selari dengan nama blogger Anak Denesor, Monster ni seakan Denesor jugak.Bole kan? kan? kan? HAHA


Orang kata luar tak penting,yang penting isinya.


TADAAA!




Mari Cuya kenal kan Monsters Scraps Cuya




Billy





Willy







Silly   ( Sebab muka dia cam lawak sikit..heheh)








Blacky dan Bluewy


Mana Cuya dapat idea untuk create monsters ni? Al kisahnya Cuya tak boleh tidur.Jadi otak ni berjalanlah memikior apa yang Cuya patut letak dalam kotak tu. Sebab Cuya memang takkan pergi kedai beli bahan jadi Cuya teringat Cuya ada saki baki kain felt dan fiber yang lama Cuya tak guna. Sebab tula nama Monsters ni SCRAPS (lebihan barang2 yang pernah guna)

Tak sia-sia Cuya susah tidur malam!

Maka terhasil lah dunia Monster imaginasi Cuya.

Bak omputih kata " Creative adults are children who survive" 

Gitewwww



Cuya hantar kotak misteri ni hari Ahad 20 Sept, Kotak sampai pada kak AD  Isnin 21 Sept..laju gilaaa

Apa respon sis AD lepas terima kotak ni??



She like it!!!
Alhamdulilahhh..
Takut Cuya kalau dia tak suka...hahaha

Dan yang sweetnya....

Tengok sis AD buat apa dengan Monsters Cuya



Sis AD tampal dekat dinding office ! 😂 Sayang katanya...

Terima kasih kakkk😍

Sweet bangettt.....

Sesiapa yang nak tukar suprise box dengan Sis Anak Denesor sila la ke blog beliau..,dia mengalu-alukan!



Tuesday, September 29, 2020

Kenapa ada reCaptcha Bila Komen Blog Orang Lain ni??

Assalamualaikum, Hello Coconuts.

Haish blogger ni,dari hari ke hari ada je masalahnya. Hari ni ,Cuya bila komen kena lalu yang
"I AM NOT A ROBOT" tu...korang tahu kan? 

Bukan satu blog je kena,,semua blog Cuya lawat mesti macam tu.


               

Kenapa dia suruh guna google account? Sedangkan Cuya boleh login je blog ni. Halamak ai pening sudah...apa masalah awak ya Blog?


Ke sebab Cuya share link blog Cuya dekat comment section blogger lain?? hermmm
So dia macam ingat Cuya spamming ?
Ada sesiapa tahu atau pernah hadapi masalah ni? Bantuin dong~

ps new update :Cuya dah jumpa jalan penyelesaian nya. Cuya delete semua history ,cache dan cookies dalam google ni. Dah bole komen macam biasa..hehehe





Segmen Bloglist Ombak Bergigi





                                



Ayuh rakan teman semua,
Segmen menarik sudah tersedia,
Marilah kita sertai sama,
Ada rezeki kita punya.

Hadiah menarik disediakan,
Rugi tak join duhai teman,
Sambil sertai doa-doakan,
Moga menang kita aminkan.












Monday, September 28, 2020

Aku Dapat Suprise Box daripada Anak Denesor!


Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Sebenarnya Cuya memang ada buat entri untuk Suprise Box..tapi Cuya hold sebab kak AD (https://www.anakdenesor.com/) belum pos.

So,di pendekkan cerita, Cuya buat exchange box dengan kak AD. Kak AD dah terima dah box Cuya,nak tahu box macam mana Cuya hantar? Kita tunggu dehhh...Suprise!

Harini Cuya memang tunggu parcel dari Kak Ad. Alhamdulilah..sampai sudah. Suprise box kak AD memang suprise betul! Siap ada tema gitu~

Sebenarnya penukaran kotak kejutan ni adalah untuk mengelakkan pembaziran buku yang tak dipakai.Jadi benda wajib yang perlu ada dalam kotak adalah buku.Barang lain terserah nak bagi apa.




TADAAAAAA!!



It's Halloween timeee!!

Cuya selalu excited kalau bab Halloween.Dulu kecik-kecik selalu tengok cerita berkaitan dengan Halloween.Dan teringin juga nak merasai suasana Halloween sendiri.
Eh korang tahu tak Halloween tu apa?Ala macam diorang sambut dekat luar negaraa...
\

Nak tahu,cari sendiri la..
Cuya nak buka suprise box ni! xD



Wuuuuu...Siap ada poems dalam kotak.Menarik2!
Cuya siap baca poems ni...Ada buat video,tapi taknak la tunjuk.HAHA!


Kreatifnya kak AD....macam buat buku2 spells,potions ..dan Trick Or Treat! Sungguh mengimbau memori Cuya dengan cerita omputih dulu2..Shaya Shuka!Shaya Shuka! 






Barang yang Cuya dapat:

💋3 buah novel English ( Dibalut dengan pembalut ala2 buku Spells dan Potions)
💋Buku nota (Besar) Best ni boleh tulis nota2..tapi sayang!
💋Buku nota (kecil) Bole tulis barang nak beli ke,nak plan something ke..heheh
💋Buku Doa Harian (Alhamdulilah...ada masa Cuya baca dan amalkan insha Allah)
💋Mask extension (Comel gilos..Cuya duk usha je benda ni kat blog kak AD)
💋Bangle (Cuya taip entri ni sambil pakai bangle ni..ngeh3)
💋Sampul duit yang di design sendiri oleh kak AD.Mantap!
💋Coklat!!! ( dah bagi ayah satu,ibu satu, Cuya  empat!HAHAHA tamaknya sister)

Sambil2 taip ni kunyah coklat kak AD ...heheh

Banyak gila kan barang kak AD bagi! Haish Cuya macam... " Aku bagi benda biasa-biasa je kat dia ya ampunnn"

BTW,ni first time Cuya main tukar2 suprise box.Best! Cuya planning nak buat exchange box juga dengan another blogger,guess whoo? Rahsia~  Tak sabar nak approach dia.hehehe Tunggu!

Alhamdulilah...Cuya bersyukur sebab diberi kesempatan untuk exchange Suprise Box dengan kak AD.
Kalau korang berminat nak exchange box ngn kak AD ,boleh contact dia dekat blog dia tau. Kak AD memang kreatif. Pertukaran kotak kejutan dengan blogger lain pon memang penuh kejutan!

Jom lawat Anak Denesor

TERIMA KASIH ANAK DENESOR!


Friday, September 25, 2020

Hadiah Giveaway Daripada Garaeki Dah Sampai!

Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Harini banyak parcel sampai. Sebelum ni Cuya ada mention menang satu giveaway ni. (SINI)

Dan Cuya dapat gift card untuk BookXcess. So,Cuya beli buku komik! Sekarang ni macam dah sibuk beli komik je manjang.Komik apa tu?

Jeng ..jeng ..jeng...( Asyik jeng3 je dari tadi 😂)



Yeah! Bertambah lagi koleksi komik Cuya! Ngeh3..

Cuya sebenarnya tak tahu nak amik buku apa,jadi Cuya just skroll..skroll..ternampak buku yang ni.Cuya teringat ada orang buat review buku ni dekat Ig dan Youtube. Cuya pun macam, why not?

To Be Read Cuya dah bertambah la ni.Hehe


Okay, sehingga ke entri seterusnya. Adios Amigos!

Hadiah daripada Blogger Syazni Rahim dah sampai!

Assalamualaikum,Hello Coconuts!

 Harini Cuya excited sikit sebab Cuya sibuk tunggu parcel hadiah daripada Sis Syazni sampai. And guess what? Baru je sampai tadi!








Besar wei parcel dia..Ya Allah...
Cuya tak expect sebesar ni..

Dan apakah barang tu?

Jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
..

.
.
.
Jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
JENG!




Sejadah!

Mula2 Cuya buka ingatkan tikar ke rupa2nya tak.

Bila Cuya dapat hadiah ni, baru Cuya pernah teringat something.
Dulu Cuya pernah pergi rumah mak sedara Cuya.Masa Cuya solat,Cuya guna sejadah yang berbulu lembut macam ni.Dalam hati Cuya kata,bestnya kalau pakai sejadah macam ni. Alhamdulilah tak sangka Allah bagi sejadah ni melalui kak Syaz. Peraturan Allah tu cantik.

Moga Allah panjangkan lagi pahala Kak Syaz sebab beri hadiah cukup bermanfaat kepada saya.

Shout out to kak Syaz! Jom lawat blog dia.Kita gi ngeteh dekat blog kak Syaz

SYAZNI RAHIM BLOG







Thursday, September 24, 2020

UNDER 18 NO FEAR KOMPILASI JITU



Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Bulan ni adalah bulan cabaran membaca buat Cuya dan Geng Group Ws buku. Jadi untuk cabaran ni Cuya hanya akan membaca komik memandangkan Cuya banyak haul preloved komik bulan lepas. 

Cabaran bermula pada 15 Sept haritu.Tak banyak komik yang Cuya baca. Termasuk harini 11 buah sahaja. HAHAHA Sadis kan??? Mana tak nya, Cuya asyik berblogging, youtube la..itu inilah...hehehe

Nampak sangat Cuya tak pandai bahagi masa.Tapi 11 buah komik ni lah antara pencapaian terbaik Cuya sebab Cuya dah lama sebenarnya tinggalkan dunia buku. Alhamdulilah, Cuya berhasil juga membaca.
Eh komik bukan muka surat yang berpuluh  ya. Cecah beratus jugak la. Nasib baik Cuya sabar membaca.

So harini Cuya nak review komik Under 18 No Fear Kompilasi Jitu.






Ini adalah kali pertama Cuya membaca karya full Under 18. Dalam komik ni ad beberapa watak. Kisahnya bermula tentang kelab kaunseling. Kelab ni baru ditubuhkan sebab tu takde orang join. Jadi si pengasas A.D ajak la dua ekor budak nakal sekolah iaitu Aken dengan Siv. Diorang dua ni dah macam gangster dah. Asyik pukul orang je. Disebabkan dua orang ni la, ada geng2 lain yang join kelab kaunseling ni. Macam-macam la kisah diorang dalam komik ni.

Sangat menarik untuk dibaca. Nora bagi lima bintang! Hehehe

Buku ni ada 606 mukasurat.Macam kamus dewan gitu. Syok sangat baca. Nila buku pertama Cuya baca untuk cabaran membaca bulan ni.

Okay geng,sampai sini sahaja. Adios Amigos!

Wednesday, September 23, 2020

Menang '520 GIVEAWAY BY GARAEKI'


Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Alhamdulilah rezeki yang Allah beri tak pernah habis. Harini Cuya menang GA lagi .Boleh baca di entri 


Dan Cuya dah terima gift card tu and Cuya dah beli dah buku yang Cuya nak.Cepat giler kan? Hahahaha
Simpan lama-lama takut lupa.

Buku apa Cuya beli? Semestinya komik!  Tapi tula komik dia  terhad, sikit sangat pilihan. Disebabkan Cuya pernah terbaca review komik tu, Cuya pilih jela komik apa yang dah direview sebelum ni.

Okay,itu sahaja entri kali ni.

Adios Amigos!

Tuesday, September 22, 2020

Giveaway Bye Bye Moratorium!


Assalamualaikum dan Hello Coconuts!

Harini nak join giveaway,Moh le kita!

                                      


3) Ceritakan Sikit mengenai Moratorium korang. Apa korang buat dgn duit extra? Cerita lah apa2 pun.


Saya dibawah tanggungan keluarga,
Jadi moratorium dipandang sama,
Ibu ayah bayar semua,
Kita pandang-pandang sahaja  😂

Bila moratorium mula menjelma,
Bayaran pinjaman ditangguh sementara,
Duit extra disimpan sahaja,
Tiba masa hutang dibayar jua.

So senang cite, untuk extra money yang tak berapa extra ni, parent Cuya simpan untuk bayar hutang pinjaman TAPEM Cuya. (Tabung Amanah Pendidikan Melaka)

Tu je satu-satu hutang yang parent ada. Lepas tu duit extra pun digunakan untuk beli baju Cuya dan belian harian.


Hah marilah semua join GA ni!

Admin Akan pilih 5 pemenang. Giveaway ini berlangsung selama September dan hari ini adalah hari pertama. (22-31 September 2020)

Komik Preloved Haul




Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Kalau sesiapa yang dah biasa datang blog Cuya, mesti tahu Cuya banyak buat komik haul.
Kalini Cuya masih membeli daripada pendual yang sama, bagi sesiapa yang tak pernah tengok komik haul Cuya,boleh klik bawah ni ya.



Kenapa Cuya beli daripada penjual yang sama,sebab senang dalam satu Melaka je. Jadi Cuya senang nak suruh penjual ni COD. 

                                    


Komik yang Cuya beli

1)Kelab Benta Akademi Seiwa
2)Adikku Ayu
3)Helah Putar Belit
4)Rahsia Cinta Malam Purnama
5)Idola IKB13

The best part is buku2 ni semua masih dalam plastik dan nampak baru.
Pandainya Cuya pilih! hahahhahah

Kau ni Cuya,asyik beli komik je...udah2 la tu..

Eh!Komik ni pon pelaburan tau....nanti dah taknak baca jual jela balik,apa dahal..
Ngeh3

Baiklah...lepas ni kena sambung baca komik balik. 

Adios Amigos


Sunday, September 20, 2020

Menang Geng Kuat Komen di Blog Dunia Shida


Assalamualaikum,Hello Coconuts! Cuya kembali lagi dengan entri kedua iaitu entri kemenangan Cuya di dunia blog.

Kalini Cuya berjaya jadi top komentar di blog Dunia Shida   Allhamdulilah..rezeki yang tak dijangka. 

Duduk diam2 pon,kalau rezeki tu memang milik kita...dia akan jadi milik kita.
Marilah kita memeriahkan lagi dunia blog di blog2 lain dan komen sampai padu! ngeh3..

adios amigos!


Menang Giveaway Sejak Kembali Galak


Assalamualaikum Hello Coconuts!

Baru-baru ni Sis Syazni Rahim  ada buat giveaway yang sangat singkat. Hok Aloh! Jadi Cuya mengambil peluang ini untuk join. Caranya mudah, cuma perlu komen je dekat entri sis syaz yang lama2.
Alhamdulilah Cuya menang! 



Nak tahu Cuya komen apa?

Mari Cuya kongsikan sebagai kenangan....



Bunga seroja bunga melati,
Cantik sungguh dipandang mata,
Guguman comel idaman hati,
Moga menjadi penyeri keluarga.

Katak sakan gelak ketawa,
melihat kerbau membaca berita,
Inilah dia permata syurga,
Guguman segak pembawa ceria.


Entri 2 

Hai Adam pujaan mama,
Moga membesar dengan baiknya,
Jadi anak soleh dan berjaya,
Di Dunia dan Akhirat jua.

Duhai Adam anak mama,
Cepat sungguh kau membesar,
Dulu kecil sahaja tapak tanganya,
Sekarang kau makin dewasa.

Adam sayang si mama,
Jadilah seorang yang bijaksana,
Membesarlah dengan mulia,
Mama doakan kamu bahagia.

-Dari Mama (luahan hati sis Syaz...heheh )


Entri 3


Adik Adam,
Saya punya satu pesanan,
Dah besar nanti,
Jadi Guguman sejati,
Yang menjadi ibu dah ayah,
Yang memberi seribu satu ceria,
Yang hidup penuh makna,


Duhai Adam,
Kadangkala dunia kejam juga,
tapi saya percaya,
Adam mampu menghadapinya,
Hadir ibu dan ayah menemanimu,
Sampai ke hujung dunia,
Sampai ke Syurga,
Insha Allah

Adam,
Ingat pesanan saya,
Kamu akan temu bahagia,
Dengar kata ibu dan ayah,
Kejayaan pasti di tanganmu jua.







Alhamdulilah..rezeki tak pernah salah alamat. :D



Thursday, September 17, 2020

Friday, September 11, 2020

Lovely Fellow's @aienienka



Marilah kita sama-sama memeriahkan lagi segmen blogger ni!

Special September Giveaway by Misya




Kapal berdagang ke negeri Melaka,
Negeri penuh sejarah kita,
Ayuh teman kawan semua,
GA menarik sudah tersedia.


Hadiah semua cantik belaka,
Buat diri rambang mata,
Kalau ada rezeki kita,
Nak hadiah no pertama.

Nak brush!


Syarat-syarat mudah sahaja,
bole lawat ke blog si dia,
cepat semua join sama,
rugi kalau tak join juga!



Thursday, September 10, 2020

Cuya Dah ada Ig Untuk Arts?


Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Apa khabar semua? Harap semuanya sihat sejahtera. Bagi sesiapa yang dah biasa dengan blog Cuya akan tahu Cuya suka seni sangat-sangat. Tak kisah seni tangan atau suara, Cuya minat dan jadikan hobi.
Walaupun Cuya tahu Cuya tak rajin mana  nak berseni ni tapi seni akan memberi satu keseronokan dalam diri Cuya.

Kadang-kadang Cuya fokus dengan seni yang Cuya buat,kadang-kadang seni bersepah yang Cuya buat 🤣 Ala ..keburukan pun seni jugak kan? Oppss 


Cuya selalu fikir, yang buruk tu sebenarnya ada kecantikan tersendiri yang orang tak faham.Kecuali orang yang mengerti seni tu. Kadang-kadang mendalam jugak maksud seni tu bagi sesetengah orang yang  tahu menilai. Seni tu nilainya tinggi sebenarnya, cuma di Malaysia kita tak terdedah sangat dengan kesenian.

Orang luar negara banyak mengajar anak-anak diorang seni.Sebab tula anak diorang kreatif dan pandai belaka. Kesenian mereka adakala di luar kotak , Cuya pun tengok macam....WOW..

Dan justeru itu, Cuya terpengaruh dengan orang luar negara yang rajin share arts diorang di Ig. Cuya pun buatlah ig khas untuk arts yang Cuya pernah buat. Masih tak banyak arts Cuya buat, yela iolls tak rajin mana but still ada lah. Cuya share hasil seni yang lama-lama sebagai kenangan yang menunjukkan Cuya " Wah Cuya,,kau pernah buat seni macam ni??" Hehe..





Kalau rajin follow la,tanda support korang ke atas hasil seni anak Malaysia. Gitchu~🤣 
Maaflah saya dah lama tak hasilkan seni, yang latest pon masa RMO.Hehe
Jangan lupa like ya! 
Masheh sejuta lemon 💕😍






Menang Giveaway Atie Zieya


Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Baru-baru ni, Cuya ada menang hadiah daripada Giveaway Atie Zieya 
Alhamdulilah Cuya memang ke blognya untuk blogwalking. Tak sangka Cuya menang. Rezeki tak pernah salah alamat.

Tahniah juga pada rakan blogger Cuya yang lain!


Jom ke blog Atie :D

Wednesday, September 9, 2020

9.9 Giveaway by Abam Kie




Pucuk cita ulam mendatang,
gembiranya rasa hati ini,
Giveaway menarik sudah datang,
Mari semua kita join sekali!



Giveaway bermula dari 9 sehingga 30 September 2020


 Keputusan akan diumumkan dalam tempoh seminggu dari tarikh tutup penyertaan






Unboxing Komik Dari Gempak Starz Pertama Kali!



Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Harini Cuya happy sangat sebab parcel kebahagiaan dah sampai kat rumah! Macam tittle atas, Cuya unboxing komik dari Gempak Starz. Selama ni Cuya banyak beli komik preloved kan,hah sekarang ni Cuya nak merasa juga beli komik baru ( >,< ).


Alhamdulilah..abang Cuya ada juga menghulur untuk Cuya beli komik. Kira Cuya pau abang la ni. Kekekekek..Terima kasih abang! 

Cuya beli apa kali ni? Just a random one .Cuya pilih2 gitu.and tekan submit order.Hehe
Sebab Cuya rasa macam pilihan agak terhad,atau mungkin Cuya tak skroll habis.Entah la....Tapi Cuya tetap suka apa yang Cuya beli.

Apa yang Cuya beli kalini? Jom!

Yang atas ni kompilasi komik2 dalam gempak dan utopia. Lejen ni...Cuya grab je jilid yang Cuya rasa Cuya nak baca dulu. Harga sebuah cuma RM15.Komik tebal ni.

Kalau korang tengok cover komik ni, inilah lejen2 komik dulu2.Menggamit memori sungguh.




Dan di atas ni ada yang antaranya Cuya terpengaruh untuk beli sebab ad blogger dan youtuber review.
Disebabkan Cuya tak tahu nak beli komik apa,Cuya bedal jela beli komik apa2.Hehe


Dan komik-komik Cuya ni akan dibaca pada 15 Sept ni...Kenapa 15 ni? Ada hari special ke?
Ya! Hari tu adalah hari cabaran membaca dimulakan mengikut dalam group WS buku yang Cuya join. Cuya tak pernah join apa2 cabaran membaca dan sudah cukup lama Cuya tak membaca dengan banyak. 

Jadi Cuya rasa ini adalah peluang yang terbaik untuk Cuya pupuk semula minat membaca gila-gila Cuya semasa zaman sekolah. Cuya harap Cuya dapat sematkan semangat membaca dalam jiwa Cuya sehingga akhir hayat, insha Allah.

BTW, start dari 17 Aug- 16 Sept ada merdeka sale di Gempak Starz Store. Kepada sesiapa yang memang minat komik,atau nak beli untuk anak-anak,inilah masanya anda berbelanja!

Beli RM31 boleh dapat free shipping guys! dan kalau beli lebih lagi, dapat guna coupon merdeka pulak! Berbaloi-baloi geng.

Cuya order hari Ahad malam, harini (Rabu) dah sampai dah. Hah tunggu apa lagi? Jom borong komik di Gempak Starz!



Akhir sekali, Trimas Gempak Starz kerana memberi pengalaman dan bungkusan yang membahagiakan!

Tuesday, September 8, 2020

Aku Ada Masalah Komen Guna DISQUS



Assalamualaikum ,Hello Coconuts!

Aduh..masalah..masalah..

Blogger mana mana yang guna DISQUS untuk komen di blog mereka,Cuya mesti mempunyai masalah untuk komen.Sehingga kini Cuya tak tahu kenapa,setiap kali nak komen kena verify email.Bila try verify, invalid emel pulak! pening sudah..

Cuya nak tanyalah,,kenapa korang suka guna disqus tu? Maaflah Cuya tak boleh komen blog korang yang guna Disqus..

Sekian,  Cuya yang hampa.

Sunday, September 6, 2020

Friday, September 4, 2020

Menjadi Pemenang Giveaway Blogger Merdeka


Assalamualaikum ,Hello Coconuts.

Tadi Cuya dapat komen daripada blogger Hasrul Hassan yang Cuya dapat hadiah daripada Giveaway dia.
Cuya macam pelik, bila masa Cuya join giveaway ni? Rupa-rupanya Cuya ada share entri sajak Cuya reka tu. 

Untuk giveaway ni memang rezeki Cuya,sebab semua peserta dapat hadiah.Alhamdulilah...Rezeki tak pernah salah alamat .Syukur Alhamdulilah...\

Sorry la kalau entri Cuya pendek-pendek dua tiga hari ni. Sebab lappy Cuya macam problem,tak leh connect dengan wifi. Tapi apa2 pun Cuya akan ikhtiar kan untuk perbaiki laptop ni.

Till the next entry, adios amigos!


Thursday, September 3, 2020

Blog Asyik Bagi Direct Notice?

Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Nak tanya,ada tak blog korang, setiap kali kau click dekat entri blogger sesiapa sekali pun di reading list,
tiba2 korang dibawa ke direct notice di mana dia tanya kita..adakah kita memang nak buka link tu.
Korang ada kena tak? Macam mana nak remove eh benda tu..

Sejak blogger dah berwajah baru,jadi macam tu..Ke memang camtu?

Hadiah Daripada Blogger Shikin Razali Dah Sampai!

Assalamualaikum, Hello Coconuts! How are you? Hope you are doin great.

So harini, abang pos dah hantar hadiah daripada blogger Shikin Razali
Alhamdulilah sempena pemenang top komentar.Hadiah apa tu Cuya dapat?

Jeng..jeng...jeng...





Cuya dapat aloe vera gel dan jam tangan. Dua hadiah ni adalah atas kemenangan Cuya dalam Top Komentar sebanyak dua kali.Hehhehe...Rajin juga lawat blog kak shikin.

Terima kasih! Arigato gozaimase! Moga persahabatan di dunia blog akan berpanjangan :D

Kak shikin rajin juga share macam-macam fakta dan info penting.Jom korang lawat Shikin Razali!


Adios Amigos!