Showing posts with label produk review. Show all posts
Showing posts with label produk review. Show all posts

Thursday, April 30, 2026

Jeruk Mangga Papa Laris

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Selain membeli mandian herba Dherbs, Cuya turut beli jeruk mangga Papa Laris yang femes tu.

Cuya beli 4 bungkus. Sebab lagi banyak beli lagi murah. Kebetulan ada voucher Shopee, hah bertambah2 murah la harga.



Harga asal untuk 4 bungkus Rm39.90.
Cuya beli dengan harga Rm9.98 sahaja.
 Dapat free satu bekas makanan.
Kira satu bungkus jatuh Rm2.50 sahaja. Alhamdulilah betul lah shopee ni lagi murah. Untung sangat beli dengan Shopee.
Berbaloi-baloi. Hehe


Rupa jeruk mangga. Besar juga kepingan dia. Ayah dengan ibu dua2 cakap sedap. Cuya pon suka. Rasa dia chewable macam gummy sikit.

Cuya simpan sebungkus untuk abang Cuya.
Alhamdulilah merasa juga kami sekeluarga Jeruk Papa Laris ni. Patutlah ramai orang suka.

Korang pon boleh try juga tau.


Nota kaki: Rakyat Kelapa sekalian dah join belum Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0?

Jangan lupa join!!


Wednesday, April 29, 2026

Aiskrim La Cremeria Almond Pecan Passion

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Cuya tengah sedap makan aiskrim ni. Jom tengok aiskrim apa Cuya nak review harini.



Nilah dia aiskrim tu. Busu Cuya yang bagi. Ikutkan rumah Cuya jarang dah ada aiskrim. Dulu dulu selalu juga Cuya beli aiskrim Malaysia. Sekarang dah kurang. Lama tak beli.


Aiskrim ni macam warna kopi. Rasa dia coklat dan ada kacang almond. Tapi bila kena pada lidah macam ala2 rasa kopi pon ya. Macam ada pahit pahit.

Bila ada kacang almond sedap la makannya.
Memang rasa premium. Siapa yang pernah beli aiskrim macam ni tahula rasa dia. Memang mahal tapi mahal yang sedap.

Dia ada sirap coklat juga. Sesiapa nak try aiskrim la Cremeria ni boleh la cuba. Dijamin tidak mengecewakan.

Panas panas ni makan aiskrim memang sedap sikittt.

Till then adios amigos 👋🏻 


Thursday, January 22, 2026

Suplemen Lavva Skin dan Yolla

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Sebelum ni Cuya ada mention, hadiah duit yang Cuya dapat hasil daripada komen blog AbeKie Cuya dah guna untuk beli suplemen kesihatan.

Jadi Cuya ada survey di internet dan terjumpa suplemen minuman ni. Jadi saja je mencuba.

Minuman ni semua suplemen berperisa dan dia ada pelbagai perisa


Perisa pertama Cuya cuba adalah perisa beri campuran. Rasa dia sedap, rasa buah buahan beri. Dia takde gula putih jadi ianya tidak menggemukkan dan selamat untuk diminum.

Yang bestnya minum ni Cuya senang lawas. Asal minum je senang membuang.


Ni Cuya screenshot daripada kedai TikTok.
Dalam minuman ni ada ala botox untuk tegangkan kulit. Cuya baru botol pertama minum.

Cuya start minum masa 5 Jan. Setakat ni belum nampak sangat perubahan dari segi kecerahan kulit walaupun antara function dia untuk dapat kulit yang cerah.

Nanti bila Cuya dah consume lama baru Cuya share muka Cuya before and after consume.


Suplemen kedua ni pula nama dia Yolla Matcha. Memang rasa matcha yang kat kedai punya. Tersangatlah sedap! Cuya dah repeat kali kedua.

Yang matcha ni dia boleh mengenyangkan. Pon mencerahkan kulit . Tapi macam Cuya cakap, terlalu awal untuk Cuya tengok hasilnya.

Sebab keberkesana suplemen ni berbeza untuk setiap orang. Takpe kita usahakan. Walaupun Cuya berangan nak cerahkan kulit sebab muka Cuya dah gelap.

Sedang cuba dapatkan warna kulit asal Cuya. Tangan Cuya cerah, tapi mukalak gelap. Parahhh heheh


Yolla matcha bagus untuk kulit muka berjerawat, ada tiny bumps ke kan . So sesuai la untuk Cuya sebab muka Cuya pon jenis muka ada jerawat sikit2.

Minum ni Cuya tak membuang. Yang penting rasa dia macam kat kedai. 
Minum dengan ais pon tak jadi masalah.


Seterusnya Yolla Buttercream Latte Coffee. Minum kopi pon sekarang dah boleh jadi suplemen tau. Rasa dia lemak berkrim, memang sedap . Function dia pon untuk mencerahkan. Function lain Cuya tak jumpa di TikTok sebab dia nak discontinue produk ni. Alhamdulilah sempat juga Cuya merasa.

Pokoknya tiga2 ni memang function untuk mencerahkan kulit. Orang sekarang kan suka kulit cerah. Standard beauty kat Malaysia gitu ler ekk, nak cerah baru cantik.
Padahal muka kalau cantik, ko gelap ke putih ke tetap cantikkan?



Ni lak suplemen gluta plus untuk cerahkan juga parut2 jerawat. Live host kata kalau amik suplemen minuman dengan gluta ni kesan dia lagi senang nak cerah.

Taktahu ler Cuya baru nak cuba . Cuya makan gluta plus ni 20/1/26.

Kita nak tengok sejauh mana keberkesanan dia untuk hilangkan parut jerawat Cuya.


Skin booster ni pula dapat free. Tapi Cuya belum try lagi.

Function untuk baiki kulit, cerahkan dan lembabkan.

Pakai sekali sehari je. Malam karang Cuya baru nak cuba. Dia kena campur dengan moisturizer.

Nanti kalau berkesan Cuya akan share gambar sebelum dan selepas consume .

Setakat ni Cuya ada 6 botol suplemen air sebab baru topup.

Ni awal bulan 2 akan ada perisa baru iaitu Pistachio dengan kurma jadi Cuya simpan duit untuk try perisa baru 

Harga sebotol ni tak mahal pon, dalam Rm30 gitu jer. Okay la affordable la kan .

2 botol tahan untuk sebulan. Tapi kadang Cuya terlebih bancuh so cepatlah habis.
Tapi Cuya minum 2 scoop Laluna pagi, 2 scoop Yolla Latte petang, 2 scoop matcha malam.

So sehari 3 kali paling max boleh minum.
Kalau minum lebih2 takut tak berkesan lak.

Pape kalau berkesan Cuya update lagi disini.

Ikutkan dah 18 hari Cuya consume . Masih terlalu awal untuk menilai.

Moga2 berkesan la untuk dapat kulit yang lebih sihat.

Till then, adios amigos 👋🏻 










Monday, December 15, 2025

Bauan perfume #CampakBelakang

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Cuya tengok ada blogger biasanya tulis entri yang lama-lama kan. Jadi memandangkan Cuya pon takde idea nak tulis apa, kita share serba sedikit tentang hobi kita.

Cuya sebenarnya dulu, bukanlah penggemar perfume. Cuya cuma pakai deodaron je kalau pergi sekolah. Memang takde habit pakai perfume. Entah sejak bila Cuya terjebak dengan membeli perfume. Dah tambah pulak komitmen baru.

Jadi Cuya suka try and error je beli perfume. Kalau review bagus, Cuya beli jela. Memang ambil risikolah kalau bab membeli perfume ni. Kita cuba jela, kalau berkenan kita repeat.




1) Baby Junior

Orang kata bau macam Carrie Junior purple.
Adalah sikit2 sebab bau buah. Sedap bau diaa. Cuya beli sebab pernah viral. Tak nyesal beli.


2) Sleeping Baby

Sama company dgn Baby Junior daripada Kawayee, bau bedak baby yang lembut dan tenang. Cuya dah inlove kalau bau baby ni.
Memang best. Ni pon blind buy, tak rugi beli.



3) Baby bear

Bau baby juga, a bit floral memang best. Bau dia tahan daripada pagi sampai ke malam. Tu sampai kawan Cuya teracun beli sebab dia bau Cuya macam baby. Hahaha
Ni pon pernah viral selalu habis stok.

Cuya teracun sebab anak buah Cuyalah pakai perfume ni.



4) Dutchess Bella Park

Ni pon viral gak. Bau gadis2 bekerjaya yang mewah dan mahal. Mula-mula tu Cuya macam takleh terima la, bau apa ni?
Lama-lama tu baru soft bau dia dan sedap la. Wangi

Mungkin akan datang nak try bauan lain daripada Bella Park jugak.


Cuya memang suka try and error bau perfume tapi signature Cuya yg BabyBear tu la. Yang tu Rm40 sebotol. Tapi dapat jimat sebab Cuya kan banyak perfume.

Korang ada signature perfume tak?


Till then, adios amigos.



Saturday, September 7, 2024

Bauan mengasyikkan!


Assalamualaikum Hello Coconuts!
Lama tak bersiaran , al maklum sedang sibuk fokus dengan diri sendiri. 😆


Baru-baru ni Cuya ada membeli beberapa botol perfume. Pelik sungguh entah sejak bila tertarik dengan bauan minyak wangi ni. Mungkin sebab suka jadikan sebagai terapi diri dan menambahkan keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang.


Cuya first time beli dari jenama lokal Szindore dan Blanco.




Cuya beli bauan Lollipop Love 🍭 
Dan Melodrama

Cuya beli lollipop love sebab Cuya suka lollipop dan bau manis.

Melodrama pulak Cuya pilih sebab haritu masa live Cuya ada tanya host bau apa yang tertinggal belakang.

Dalam dua² kotak Szindore ni ada percuma bau lain. Cuya dapat bau Lady Porter & Delaila Exclusive 

Semua bauan ni adalah EXTRAIT DE PARFUM maknanya perfume yang jauh lebih pekat daripada EDP 

Cuya beli 15 ML



EDP BLANCO


Cuya beli bauan SEXY SCANDALOUS BLANCO

Bau dia macam floral + sexy.
Sedap bau diaa
Harini Cuya pergi rumah kahwin so dah rasmikan botol ni.

Botol dia lagi besar, saiz 35 Ml


REVIEW LOLLIPOP LOVE.

Cuya bersependapat dengan dia.
Memang bau manis 🍏 



REVIEW MELODRAMA

Sumpah kuat bau dia
Kalau pakai memang tertinggal belakang ni
Tapi Cuya belum try outdoor lagi.
Tapi sedap juga bau dia tapi tak geti nak describe

Hahahah


Cuya sedang vacation, bercuti panjang ni rehatkan minda.

Sedang fokus pada diri sendiri, muhasabah diri dan perbaiki diri 

Doakan Cuya menjadi orang yang baru!


Till then, adios!

Friday, August 23, 2024

Review Salted Egg Salmon Skin Cik B


Assalamualaikum Hello Coconuts!


FYP TikTok Cuya selalu sangat keluar pasal Salted Egg Salmon Skin Cik B ni. Macam sedap je nak cuba. Terliur tengok dan curious nak tahu rasa dia macam mana. Betul ke sedap sangat?

Jadi satu malam tu Cuya tengok live, dapat free shipping. Cuya pon grab. Harga memang bukan harga marhaen, jadi kita nak tengok berbaloi tak beli.


Dapat dalam kotak rupa gini dan ada bubble wrap


Bentuk bekas Salmon Skin



Dapat air free pamoga




Isi salmon skin

Rasa dia sangat rangup ,masin dan pedas  sedap. Tak berhenti makan sebab Cuya memang suka salted egg 

Harga dia memang berbaloi dengan rasa dia. Kalau ada promo tu ambil la set murah tu.
Nak raso2 pon bole.

Kalau ada rezeki lebih Cuya nak beli lagi.. heheh

Cuya bagi 5 bintang!

Harga dia memang mencecah Rm60 sebalang guys. Hahaha Benda sedap, Cuya tak kisah sangat harga.

Siapa suka masin, pedas, bawang putih goreng bole la try. Cuya pon jadi affiliate utk salmon ni, korang boleh la tengok Tiktok Cuya @nacuyaa


Okay papai!




Thursday, January 11, 2024

Review KEVIN & COCO Eyeshadows

Assalamualaikum, Hello warga Coconuts!

Harini 3 parcel sampai ke mahligai beta. Sejak dua menjak ni beta semakin gian membeli belah tanpa arah tujuan.Hal ini demikian akibat daripada tersesat dalam live yang diadakan di Kerajaan Tiktok. Ahhhhh Boleh jatuh miskin beta!

Tapi benda pon dah beli, yang penting kita enjoy! ( Suara ala Nora Danish)


Lagipon sudah lama beta tidak membeli barang kecantikan semahal ini. Dulu beta obses! Lama-lama sudah makin berkurangan obsesi tapi kini ia kembali meracun diri!




Besar parcelnya. Betul-betul secure.


Beta request bag khas daripada Kevin & Coco


Seller begitu menjaga baik produk yang dikirimkan mereka.


Tada!!

2 Box eyeshadows beserta sekotak lipstick percuma. Oh yeah!




Pallet bergambar KEVIN & COCO Dragon Queen adalah pilihan beta kerana mempunyai 5 page eyeshadows!

Dalamnya ada 98 warna!


Ni page 1


Page 2


Page 3


Page 4 ( Sesuai jadi cream blusher dan lipstick)


Page 5 ( Boleh jadi contour dan highlighter)



Ini pulak set Catwoman Eyeshadow Mana taknya beta menggila membeli!

Eyeshadows yang glamour seperti beta! XD


Ada lipstick

Yang pen tu beta tidak pasti apakah gerangannya.Mungkin eyeliner?


Beta sememangnya rambang mata tengok pallete mekap di kedai Kevin  &  Coco officially Malaysia.
Beta beli di Kerajaan Tiktok

Total harga RM89.30 setelah ditolak diskaun.

Walhal orang sekaya beta tidak perlukan diskaun. Harta beta sahaja sudah mencukupi untuk tujuh keturunan. Tapi Kerajaan Tiktok menggesa beta untuk terima diskaun sebagai tanda terima kasih. Jadi beta pon menerima tawaran mereka.


Begitulah kisahnya.

Inilah pertama kali beta membeli produk Kevin & Coco. Rakyat Coconuts pernah ke mengetahui tentang produk ini?



Jangan lupa join giveaway beta









Monday, July 24, 2023

Kek Tapak Kuda By Azra Perisa Matcha Crunchy

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Jumaat lepas sahabat baik Cuya, dak Huda ni dia promot satu kek kat Cuya ni. Memandangkan Cuya pon dah lama tak membeli kek, so why not kan? Cuya pon pilihlah perisa Matcha Crunchy. Katanya hampir sold out perisa ni.




Kalau nak potong, cari pisau yang memang tajam kalau tak jadi macam dalam gambar, terhancur pulak.Hehe. Kawan Cuya kata sedap kalau dimakan setelah keluar daripada freezer. Ehhh memang sedap wak!

Terasa manis sebab ada Nutella yang banyak. Tak kedekut! Matcha dia pulak memang crunchy macam biskut. Kek dia pula lembut je...

Pokoknya Cuya bagi 10 bintang! Tapi tak boleh makan selalu, gemuk nanti daku! Hahaha . Ibu Cuya walaupuin dia kata manis, tapi dia tetap makan. Kalau ayah memang suka sebab dia sweet tooth macam Cuya. Like father like daughter gitu




Tak menyesal lah beli. Sesekali kan makan, sedap juga. Kenapa dipanggil tapak kuda? Bila dipotong memang nampak macam tapak kuda. Siapa yang taktahu macam mana rupa tapak kuda, silalah Google. Hehe

Cuya tak pasti mana korang boleh order kek ni, mungkin boleh Google atau cari di Tiktok.

Nyesal kalau tak cuba!

Followers