Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Cerita konvo ni memang tak habis ya, masih tak boleh move on. Rasa macam mimpi dan Cuya masih tidur lagi.
Dan Cuya terima a few surprises daripada orang sekeliling. Gonna save here supaya ingat sampai bila-bila.
Ada orang tu sweet sangat bagi kita hadiah konvo. Memang tak jangka. Tahu-tahu je dia cakap macam ni. Haish lemah kitaa...
Dah lama berkawan, jumpa pon tidak. Padahal satu kampung. Kelakar tak? HAHA
Dia pulak ada no bank kita, suka dia je transfer ke kita. Semoga Allah merahmati awak selalu, dan dikurniakan syurga Allah tertinggi. Aamin
Jadi Cuya beli lah Loaded Potato Bowl Marrybrown sebab suka sangat yang ni.Sedap!
Pastu beli puding buah kastard. Sedap gila! Semua ni beli dekat tempat kerja Cuya je
"Happy Graduation Day Cuya 💓 muah xoxo"
Pastu dapat kejutan kek keju daripada ofismate. Ya Allah terharu gila. Tak sangka diorang celebrate.
Sweet betul diorang ni, unexpectable betul!
Masheh guys, Cuya love you!
Cuya potong pakai parang je guys..HAHAHA
Tu sebenarnya fon case baru Cuya. Macam parang betulkan?
Memang seharian jadi bahan lawak antara kitaorg kat ofis. Hahahha
Cuya beli casing ni sebab unik dan kelakar. Hahah
Dapat suprise box daripada Cikgu Amirah. Cikgu Amirah ni cikgu Cuya masa Cuya form 2 .Sekali tu je dia mengajar Cuya lepastu pindah tak silap Cuya.
Ceritanya Cuya contact balik cikgu sebab Cuya terbaca posting di blog cikgu . Tapi Cuya tak tag lah blog cikgu atas permintaan beliau sendiri,
Beberapa hari lepas Cuya ada jawab teka-teki cikgu di blog beliau, Cuya teka muka cikgu masa kecil. Tak sangkalak tekaan Cuya tepat. Sekali cikgu contact Cuya di Tiktok menyatakan Cuya dapat hadiah.
Bila sampai hadiah dia, suprise la...hadiah sempena konvo.
Alhamdulilah dapat telekung, cantik sangattt.. Dapat beserta tasbih
Tak sangka dapat telekung, sebab baru-baru ni memang Cuya nak cari telekung. Duk cari kat Tiktok bagai..
Allah tahu apa yang hambanya mahu, lalu datang rezeki yang tak dijangka. Alhamdulilah
Terima kasih Cikgu!
Moga Allah pelihara cikgu walau dimana pon cikgu berada dan sentiada dirahmati Allah di dunia dan akhirat. Saya sayang cikgu! 💖
Suprise bouquet crochet buatan tangan sahabat Cuya Aimi.
Satu-satunya classmate yang bagi bouquet. Haish mana tak sayanggg
Masa kelas online memang kerap kitaorang contact. Gosip2. Hahahha
Dulu zaman belajar, Cuya ajak dia keluar...dia jugak yang teman walaupun dia malas dan tak suka nak jalan. HAHAH
Moga Allah beri kecemerlangan dunia akhirat buat sahabat baik saya Aimi Najihah..May Allah bless you always!
Cuya sayang Aimi! eheks
Ayah tengah on call guna parang Cuya sebab coverage line dia bagus dan penggunaan antena yang padu.
HAHAHAHAH
Berdekah Cuya dengan ibu gelak tengok gambar ni. 😂😂😂😂
Cuya selalu doa supaya dikelilingi orang baik, ternyata Allah telahpon memakbulkannya.
Terima kasih semua sebab ada bersama Cuya, 💗💗💗