Penat Cuya harini sebab Cuya baru sahaja selesai menghadiri kursus perkahwinan di Merlimau, di masjid berhadapan dengan Poli Merlimau.
Sepanjang kursus ni Cuya duduk di rumah abang no 3 di Merlimau. Kursus diadakan selama 2 hari iaitu 26 dan 27 April 2025. Alhamdulillah kursus ni percuma sahaja untuk orang Melaka. Sape cepat dia dapat la. Mana yang luar Melaka tu kenalah bayar Rm118.
Dah ready nak gi umah abang ibu dan ayah hantar Cuya
Meja pendaftaran hari pertama kursus kahwin
Anak buah Cuya sibuk nak ikut menghantar Cuya
Pendaftaran peserta
Kursus dibuat di ruang solat tingkat atas.
Nota kursus yang diberi urusetia
Promosi untuk orang kahwin
Selfie hari pertama masa dah balik. Lama tunggu abang nak jemput.
Malam pula ada sesi perkenalan abang dan jiran tetangga.Cuya join sekaki
Antara makanan terhidang. Cuya banyak makan sandwich je sebab sedap
Muka senyum dah dapat sijil kursus kahwin.. muehehe
Singgah tealive jap
Beli mac carbonara
Selfie dengan Ucop
Beli mac carbonara
Masa ni dapat sijil acah2 daripada YB Dr Muhammad Akmal
Beliau adalah ahli politik dan doktor perubatan yang dilantik sebagai EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan sejak 2023.
Masa ni Cuya tak familiar dengan beliau, tapi Cuya tengok asal ler ramai amik video, amik gambar dia. Cuya pon tanya orang sebelah. Rupanya orang berpangkat besar. Tup2, nama Cuya antara yang dipanggil untuk terima sijil. Kelakar jerr
Dah dapat sijil pastu kena pulangkan balik sebab balik baru dia bagi semula.
So sepanjang kursus ni banyak la benda Cuya belajar dari segi kewangan, syarat2 nikah, tanggungjawab suami isteri, walimatul urus dan macam-macam.
Alhamdulillah selesai sudah kursus ni. Syukur...
Tapi sijil ni tahan 10 tahun jer. Moga berjodoh dengan orang yang tepat.
P.s - Dengan jimmy takleh ke ek? Hohoho 😂 😂
Moga hati seketul Nasuha jatuh hati dengan orang yang sememangnya layak untuk saya cintai. Aaminn