Showing posts with label kartun. Show all posts
Showing posts with label kartun. Show all posts

Saturday, January 6, 2024

First Doodle for 2023A!

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Kebiasaannya Cuya menghabiskan masa untuk melukis digital. Jadi semalam tiba-tiba teringin nak melukis secara manual di atas kertas. Sebab dah lama tak melukis manual, pensil pon entah kemana. Gigih mencari satu rumah. Hahaha


Comel tak?

Doodle Cuya random je, takde tema.
On the spot fikir nak lukis apa.

Biar jari jemari yang lukis tanpa tujuan. hehe

Kena selalu praktis melukis takut nanti tangan keras lak.







Wednesday, January 3, 2024

Bila orang tidak suka kita...


Mulut manusia memang tak boleh tutup.

Susah nak puaskan hati semua orang.

Tak semua orang suka kita
sama juga kita pon ada tak suka orang.






Jom semua MIMPI SAMPAI KE BINTANG!


Sunday, July 23, 2023

Komik Adab Kanak-kanak ( Adab Masuk Tandas)

Assalamualaikum, Hello Coconuts! Seperti di entri yang sebelum ni, Cuya ada share komik yang Cuya dan kawan-kawan reka bersama. Jadi Cuya sharekan episod kedua.

Untuk pengetahuan semua, nama watak-watak ni adalah nama Cuya dan kawan-kawan sekumpulan Cuya sendiri.

Nak tengok episod pertama klik sini ->  Komik Adab Kanak-Kanak (Adab Masuk Rumah)










To be continueee...

Stay tuned!




Friday, July 21, 2023

Komik Adab Kanak-Kanak (Adab Masuk Rumah)

Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Masa Cuya semester 5 degree di UiTM Kampus Bandaraya Melaka, Cuya ada satu subjek ni namanya Islamic Tourism. Masa tu kitaorang satu kumpulan memang kekeringan idea untuk subjek ni. Sebab kami kena inovasi produk muslim. Tapi semua cadangan kami dan pelajar lain banyak ditolak. Pening gila masa tu.

Last-last Cuya cakap jela nak buat komik islamik walaupun Cuya macam yakin tak yakin je. Walaupun Cuya tak berapa pandai melukis, tapi Cuya tawakal jela. Lecturer kami pon terima dengan cadangan kami.
Walaupun kami bersyukur sebab akhirnya diterima, tapi pada masa yang sama takut.

Namun begitu, kami berjaya juga cipta komik islamik tapi untuk kanak-kanak. Jadi lukisannya bodoh-bodoh je. Jangan kecam ya korang, walaupun Cuya boleh melukis tapi Cuya tak practise hari-hari.

Cuya ingat lagi kawan Cuya cakap komik Cuya boleh beli dekat Ecoshop je. HAHAHAHA..Kejam seyh mamat tu. Cuya sembelih juga kawan Cuya ni. Nasib baik member.  Takpe, sekurang-kurangnya kami usaha, orang lain  lagilah tak boleh melukis..nak ngata orang konon. hehehe

Jangan expect komik ni macam dekat pasaran tau. Ni komik kanak2 level 0.1..bukan level 1 tau! HAHAHA Memang komik bodoh-bodoh, janji lulus je!















Ni episod pertama. Adab masuk rumah. Nanti next episod Cuya share next post la ya! Lukisan asas memang dilukis Cuya sendiri, asal boleh jela. Tangan Cuya ni kan kaku , al maklumlah dah lama tak practise melukis. Hehe. Janji adalah!

First time seumur hidup lukis komik untuk assignment. Sebelum ni lukis suka-suka je dalam buku. Kononnya pensyarah nak publish, tapi Cuya rasa tak patut publish sebab terlalu simple. Masa tak cukup nak buat yang terbaik! 

Alhamdulilah, result kami baik saja. Takdelah boom gitu. Hahaha


Jumpa korang next entry.
Adios amigos!



Sunday, October 18, 2020

Ralph Breaks The Internet Cartoon Movie




Assalamualaikum ,Hello Coconuts. Kalau sesiapa dah biasa datang blog Cuya,akan perasan Cuya suka kartun,komik,dan lukisan. Dan atas sebab tu Cuya nak share pendapat tentang cartoon movie yang Cuya baru sahaja tengok. Cerita ni dah lama dah keluar ,Cuya baru dapat tengok.

Bagi sesiapa yang pernah tengok cerita pertama iaitu Wreck It Ralph,pasti kenal dengan watak-watak kartun ni yang terdiri daripada watak utamanya Ralph dan Penelope.

Ralph dan Penelope asalnya daripada Game.Basically cerita dalam ni memang cerita pasal game dan internet.Imaginasi pencipta kartun ni memang sangat tinggi.Macam mana lah dia bayangkan suasana Internet atau Wifi versi kartun, seakan2 kartun ni semuanya hidup.

 

Wreck-It Ralph 2

Penelope berasal daripada game bernama Sugar Rush.Tapi game dia tiba-tiba rosak sebab stereng game tu dirosak oleh pemain.Jadi orang kedai yang kelolakan game ni cuba nak beli stereng baru,tapi mahal sangat

.Jadi game Sugar Rush terpaksa ditutup.Ini membawa makna Penelope dan kawan2 dia takde tempat tinggal lagi.

Ralph dan Penelope perasan akan kewujudan WIFI di kawasan mereka,jadi mereka nak cuba beli stereng untuk Sugar Rush.Wreck-It Ralph 2

Bermacam-macam cara mereka guna untuk beli stereng.Ralph sanggup buat video bodoh untuk popular dan kumpul 'love' daripada seluruh penonton

Dalam movie ni ada kisah persahabatan.Persahabatan yang diuji dengan impian masing-masing.Ralph sayang pada Penelope sampai sanggup buat apa sahaja untuk Penelope dapat game dia balik tapi Penelope ada impian lain yang dia nak kejar.

Cuya agak terharu dengan scene persahabatan mereka. Dan sangat comel melihat di saat mereka saling melambai antara satu sama lain bila masalah mereka selesai.


Cuya bagi 5 bintang! Satu sebab Cuya suka idea cerita ni, animasi yang sangat ceria dan cantik.Moral value tu yang penting ya! Hehe

Followers