Showing posts with label matawang. Show all posts
Showing posts with label matawang. Show all posts

Tuesday, April 14, 2026

Beli Matawang Baru Lagi

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Harini Cuya terima parcel lagi.
Kalini Cuya beli matawang lama dalam dan luar negara.



Siapa duduk di zaman duit  ni? Duit ni bukan zaman Cuya tapi zaman ibu dan ayah.
Duit ni keluar masa tahun 1967. Kiranya dah berusia 59 tahun gitu.

Lagi tua daripada usia Cuya. Kira barang rare jugak sebab duit ni dah tak produce lagi.

Harga dia mahal sikit la sebab barang rare ler katakan.



Rujukan tahun duit Malaysia dikeluarkan.

Ayah kata dulu ada duit kapal layar tahun sebelum Malaysia merdeka. Tapi Cuya try Google, tak jumpa la bentuk duit tu. Tu mesti duit zaman British kan. Entah apa rupa duit tu tah. Pelik betul tak jumpa dalam internet.

Korang tahu tak duit tu?


Duit daripada Bahamas ni cantik sangat. Dan harga dia yang paling mahal Cuya beli. Disebabkan Cuya suka design dia, jadi Cuya decide untuk grab je terus.


Ariary daripada Madagascar.


Serbian Dinara


Rupiah Indonesia 


Ada yang duit sama Cuya dapat tapi takpe, untuk koleksi kan.


Duit ni semua kategori UNC ( Uncirculated) maksudnya ianya tidak digunakan dalam perbelanjaan harian disebabkan itu kualiti dia bagus dan cantik macam duit baru.

Cuya kalau pilih matawang kebiasaannya suka tengok design. Kalau lawa, Cuya beli. Ataupun kalau memang murah, beli sahaja untuk tambah koleksi.

Seronok dapat tengok matawang negara sendiri yang dah lama. Cadangnya akan datang nak cari jugak siri matawang lama Malaysia yang lama.

Tapi ongkos kena ada banyak la. 🤣 

Semoga mewah rezeki Cuya supaya dapat kumpul lebih banyak koleksi matawang baru dan dapat travel merata dunia kutip matawang baru . Aamin ya Rabbal alamin 

Till then, adios amigos 👋🏻 

Tuesday, January 2, 2024

Tengah Convert Matawang Luarnegara Nak Beli Cikedis

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Apa khabar rakyat kelapa ku sekalian? Kikiki
Pada hari yang penuh kelapa ini, Cuya sebagai permaisuri kerajaan kelapa nak berkongsikan kegembiraan Cuya yang sedang sibuk mengira matawang koleksi Cuya.

Prosesnya mengambil masa sebab Cuya perlu mengenal pasti nama matawang daripada luarnegara. Sambil mengira, sambil belajar berkenaan matawang negara luar. Saja nak tahu berapa nilai matawang yang Cuya ada sebagai penyimpanan di masa akan datang untuk membeli cikedis aka jajan buat rakyat kelapa Cuya.

Sebahagian daripada syiling luarnegara 

1 pound tu memang tinggi nilai dia. RM5 lebih .
Cuma tak boleh tukar ke RM dah kalau syiling, taktahu la kenapa tak boleh.
Duit kertas je boleh.

Gigihlah tulis satu2 currency diorang ni.


Singapore dollar ni yang banyak menyumbang kepada total duit ni.



Cuya haritu dah kira dah jumlah duit kertas kalau convert ke RM.
Adalah dalam RM400++

Syiling jer tak kira sebab banyak sangat, tu malas nak kira.

Cuya rasa Cuya belum ada rasa nak convert duit ni, sekarang ni sekadar nak mengira nilainya sahaja.

Azam tahun baru Cuya:

Dapat kumpul lebih banyak matawang negara luar!





Followers