Monday, August 24, 2026

Styling Tudung zaman dolu dolu

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Dah jarang-jarang Cuya bersiaran di sini. Macam sibuk nau life kan? Padahal banyak juga masa free.

Kalini Cuya nak throwback gambar- gambar lama yang Cuya pernah tangkap dulu-dulu.




  Fashion pertama ni pakai shawl dengan inner tudung siap ada reben kecik hah. Zaman-zaman hias kat tudung dah bermula .



Lepastu fashion pashmina lak . Dah takde dah simpan tudung pashmina, sekarang ni macam tengah hangat je tudung ni dalam dunia fesyen. Hehe 😙🍭

Ni zaman dimana akak sepupu style kan tudung aku.

Akak sepupu aku beriyalah style-kan.
Ni bukan cerita dongeng, waktu ni tengah berarak sempena maulid tk silap. 



Ni time first time posing ala model. Sampai kena tegur dengan abang no 3.
    Terpaksa delete kt fb hahah
Masa ni tengah pergi birthday party Ainaa


Masa ni tak ingat gi mana tapi acah2 je fashionable tudung bawal.
Cuya kalau bab hentam dan reka fesyen pelik memang acah2 atau sesuka hati jer.
Janji berani mencuba.

Mesti ada orang pandang pelik dengan fesyen Cuya ni so yang penting kita takyah peduli pasal orang. Peduli pasal diri sendiri lebih penting.


Till then,
Adios Amigos

Friday, August 7, 2026

Apa Mungkin Terkenal Kita?

Dear Coconuts,

Entah bagaimana rasanya menjadi terkenal? Aku pernah merasa seketika dahulu. Namun aku ingin mengembalikan nostalgia aku sebagai seorang yang 'gah' di mata dunia.

Aku ingin sekali menggegar DUUUNIAAAA!

Wanita penggoncang dunia sudah mariiii ~




Saturday, July 4, 2026

Hadiah Untuk Malaikat Kecil

Assalamualaikum Hello Coconut!

Pagi ni Cuya terjaga awal sebab semalam tertidur awal. Dah terjaga takleh tidur lakk... lepastu kelaparan lak pagi buta. Jemmmm

Nasib baik ada kek muffin dalam fridge. Kita pon makan la buat alas perut bersama secawan air gas. Tudiaaaa pagi2 dah minum air gas.. hehe

Semalam abang Cuya dari Kedah balik ke Jasin. Sebelum ketibaan diorang, Cuya ada order hadiah untuk malaikat kecil abang Cuya. Siapa lagi kalau bukan anak-anak buah Cuya.

Macam biasa Cuya akan belikan malaikat kecil Cuya set mewarna sama macam anak-anak buah lain.


Cuya masih beli dgn seller sama di shopee cuma kalini takde diskaun coins sebab Cuya tak sempat kumpul coins.


Inilah malaikat kecil Cuyaaaa. Malu-malu lak depan kamera. Hehe

Cuya harap diorang dapat memanfaatkan hadiah kecil Cuya. Aamin...

Inshallah jika ada rezeki lagi, Cuya pasti akan kongsikan bersama keluarga Cuya. Moga rezeki Cuya melimpah ruah hasilnya. Aamin ya Rabb....

Till then, adios amigos!



Saturday, June 27, 2026

Beli Hadiah Untuk Anak Buah

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Sejak dua menjak ni sibuk fokus pada life sendiri sampai takde masa nak update blog. Fuhhh~

Busy amat kalah YB! Bukan Yang Berbahagia tapi Yang Busy! 🤣

Baru-baru ni Cuya ada shopping online dekat Shopee. Kan sebelum ni biasa Cuya update kumpul coin kan. Lately ni coin Shopee bagi sikit amat stress hakakk.. 🥲

Jadi takdelah Cuya update pasal kumpul coin. Sekarang tengah musim Shopee kedekut tahi hidung masin! Hahahaha 

Tapi Cuya ada beli sesuatu untuk anak-anak buah Cuya.


Cuya belikan set stationary Doraemon. Yang ni set besar, yg set kecik Cuya tak sempat tangkap gambar.


Ni set Disney princess yang besar. Ada beli yg kecik jugakk


Yang 2 set kecik Cuya dah bagi anak buah Yusuf dan Maryam. Yang si bongsu hanya mampu tengok jer. Yang set besar untuk simpanan Cuya 😆. Macam takde kerja simpan koleksi alat tulis budak-budak ni.

Menggamit memori zaman dulu selalu menang set alat tulis. Rindu r....




Sengaja tepek gambar sendiri sebab terasa diri begitu cuteyyy. Maaf shakaapppp ,,😂😂


Sekian saja, kita jumpa di entri mendatang!

Till then, adios amigos. 👋🏻

Monday, June 22, 2026

Galaksi Euforia Cinta



Bagaimanakah permulaan kepada kisah kita? 😊
Awak siapa, saya siapa?
Saya Cinta, awak Jiwa.
Adakah cinta tersemat di jiwa?
Ada jangan banyak tanya...
Andai langit itu bisa berbicara apakah katanya tentang kita?
" Wah indahnya cinta berdua!"
Andai burung bersiulan apakah bunyinya?
" Cit.. cittt comelnya mereka sehati sejiwa!"
Andai bumi berputar bagaimanakah putarannya?
Zapppp laju selaju jantung berdegup kerana mereka!
Andai pohon menumbuh bagaimana rupa mereka?
Pohon kan melambai-lambai menumbuh dek kerna kisah cinta gila mereka!
Andai gunung bersuara apa yang akan mereka katakan pada pasangan syurga ini?
" Tuhan! Satukan mereka hingga hujung nyawa!"
Lalu, apakah mereka akan berada bersama di penghujung cerita?
Iya, pada akhirnya satu alam semesta bersorak gempita meraikan dua mempelai pasangan seindah galaksi euforia yang menghiasi alam,
Tamatkah kisah kita?
Kisah kita seinfiniti syurgawi abadi ,
Tiada akhir,
Tiada noktahnya.


#5uH421m 
#Афик Даниал  
Sehingga ke hujung galaksi dunia kita bermaharajela.


Followers