Assalamualaikum , Hello Coconuts!
Belum menulis entri Cuya dah tergelak dengan tajuk entri kalini. Entah kenapa bila Cuya mainkan lagu cintan cintun di Youtube, tiba-tiba teringat kisah lama semasa di bangku sekolah. Macam yang tertulis di tajuk utama, ya seketul Cuya pernah menjadi si perigi cari timba. HAHAHA
Disebabkan zaman sekolah pon dah berlalu, tak salah sekiranya Cuya berkongsi cerita. Alaa...sebagai kenangan melambangkan Cuya juga pernah jadi bodoh dek kerana cinta monyet. Kikiki
Kisahnya bermula begini.....
Cuya berada di tingkatan 4 semasa kejadian ni berlaku.
Pagi tu, kami semua sedang ada perhimpunan di sekolah. Disebabkan Cuya kebosanan, Cuya pergi lah usha budak-budak kelas lain. Sedang ralit memerhati orang, Cuya pandanglah junior Cuya. Saja je pandang, bukan ada niat apapon.
Kebetulan pulak,pandangan Cuya bertemu dengan pandangan salah seorang junior Cuya. Cuya pandang dia, dia pandang Cuya untuk beberapa saat. Lepastu Cuya kalihkan pandangan Cuya daripada dia. Cuya mula memandang ke hadapan.
Lepas beberapa minit, Cuya sengaja pusing belakang untuk memandang dia, ehhh dia pandang kita lagi.
Maka kantoilah Cuya usha dia 😆 Jadi Cuya pon sorokkan diri di balik kawan-kawan Cuya yang lain. Masa perhimpunan sudah tamat, junior Cuya tu dah nak berjalan kembali ke kelas, tapi dia seolah-olah mencari Cuya and dia pandang Cuya lagi!
Maka, sejak itu bermulalah episod saling pandang antara satu sama lain setiap kali terserempak.
Betullah orang kata, dari mata turun ke hati. Eheks!
Dipendekkan cerita, Cuya make the first move.
Masa semua orang dah balik dari sekolah, Cuya senyap-senyap pergi kelas dia dan selitkan nota bawah meja dia.
Gambar ni diambil oleh dia sendiri selepas kitaorg dh habis skola tk silap. Masa ni mengimbau cerita dulu2 la.. XD Tak sangka kertas macam ni pon dia simpan lagi!
Lepas dia dah dapat no Cuya, dia mesej la Cuya. Memang dia tahu Cuya bagi dia surat ni walaupon Cuya suruh dia teka sendiri.
Mesejnya berbunyi,
" Assalamualaikum. Ni Nurnasuha Mohd Fadzil ke? "
Lebih kurang la bunyi mesej tu. Hahahah
Maka bermula la kisah-kisah sweet kitaorang.
Memandangkan Cuya suka melukis, bila Cuya jumpa dia Cuya sengaja bagi nota kecil bersama lukisan comel. Kadang-kadang Cuya selit bawah meja dia. Aishh kelakar bila mengingatkan kegigihan seketul Cuya bila dilamun cinta! Dasar cinta monyet! 😂
Dan kebetulan dia pon seorang yang berbakat dalam melukis. Dia pon balas juga nota kecil bersama lukisan. Sweet bersemut tak?
Percaya atau tidak, Cuya masih simpan nota-nota kecil dia. Nostalgia betul. ahahahaha
Cuya simpan segala kenangan, sepertimana dia juga simpan apa2 yang Cuya bagi. ( sekarang ni Cuya tk pasti dia simpan lagi ke tak. Hehe)
Tapi kisah kami setakat gitu jelah....tak mampu pergi jauh. Hanya menjadi kenangan yang kelakar.
Entah bila kitaorang last contact, Cuya pon malas nak ganggu dia. Mungkin dia pon dah bahagia.
Tapi takpe, sekurang-kurangnya dia pernah menjadi kenangan indah dalam hidup Cuya.
Kami tak pernah ada gambar yang sememangnya disengajakan untuk tangkap bersama. Tapi ada satu gambar yang secara curi-curi ditangkap oleh junior Cuya guna kamera Cuya.
Masa ni kitaorang tak sweet2 lagi dah. Cuya sekadar berborak biasa je, walaupun hakikatnya masa ni Cuya masih menaruh harapan pada dia. Hahahhaha
Tapi dia ni memang hensem la Cuya boleh cakap.Walaupun kulit die hitam manis, features muka dia memang cantik. Hidung dahlah mancung. Badan berketak. HAHAHAHA Bongoklah seketul Cuya, macam ni rupanya taste kau! Hehe takdelah gurau je, taste Cuya tak menentu.
Cuya rasa sampai sekarang pon mungkin hensem juga, entahlah Cuya dah lama tak jumpa dia. Moga dia sihat belaka.
Dulu dialah yang selalu baca blog Cuya yang lagi satu, tapi Cuya dah privatekan.
Dulu-dulu ada masa Cuya call dia sesekali. Dia pon call Cuya. Tapi semua tu dah berlalu, benda dah lama move on. Agak-agak kalau dia terbaca entri ni apalah reaksi dia ya?
Terima kasih sebab pernah jadi sebahagian daripada kenangan yang Cuya ada. Arigato gozaimase!
Semuanya kini menjadi kenangan yang lucu untuk dikisahkan dalam penulisan Cuya.
P.s-Korang macam mana? Pernah ada kisah cinta monyet tak? Hehe