Followers

Friday, August 21, 2020

Cuya Join Pertandingan Sajak?




Assalamualaikum, Salam Coconuts seantero dunia. (Cewah!)
Sempena bulan kemerdekaan ini, U Cuya anjurkan pertandingan untuk student dia. Antaranya pertandingan dalam satu kategori campur seperti nyanyian,sajak,syair dan seangkatannya. Cuya tak nak lepaskan peluang untuk join memandangkan Cuya memang suka benda-benda macam ni.

Jadi Cuya masuk bahagian sajak dan kalini Cuya cipta sendiri sajak ni.  

Jom ke ig Cuya dan komen share dan follow tanda support.Kalau nak followback mention Cuya ya!



MALAYSIAKU TERCINTA
 
KARYA NASUHA FADZIL (CUYA)

Negaraku Malaysia,
Terbentuk atas nama cinta,
Perpaduan antara rakyat jelata,
Kukuh dan utuh terjalin bersama.


Rakyat kita bersatu hati,
Menjaga baik negara dicintai,
Bersama membanting tenaga mencari rezeki,
Menjalani hidup yang penuh hakiki.

Walau badai datang sekali,
Kita akan kekal berdiri,
Kerna kami dilahirkan disini,
Mengalirnya darah di ibu pertiwi.

Kami berjuang demi negara,
Walau terpaksa bertarung nyawa,
Biar berputih tulang bukannya mata,
Malaysiaku tanah tercinta.

Tidak akan kami biarkan,
Anasir jahat lupuskan perpaduan,
Yang telah lama kami eratkan,
Perjuangan ini kami pertahankan.

Akan ku genggam erat,
Akan ku kukuhkan kudrat,
Kerna ku punya matlamat,
Menjaga Malaysia sepanjang hayat.



Salam merdeka!




48 comments:

  1. cuya memang berbakat dlm bidang oratory. keep it up!

    ReplyDelete
  2. Good luck! Pandai awak cipta sajak.

    ReplyDelete
  3. Pandai cuya buat sajak.
    Harap2 boleh menang nanti.

    ReplyDelete
  4. Wahh kreatif sajak kak Cuya hehe tiba-tiba rindu moment kena paksa bersajak masa form 6 hahah
    .
    Btw, good luck tau!! Inshaallah ada rezeki menang :3

    ReplyDelete
  5. Wahh good luck cuya!!! InsyaAllah ada rezeki menang tu..

    Teringat zaman sekolah dulu masa kena buat sajak dan pantun lepas tu baca depan kelas... Haha

    ReplyDelete
  6. Berima hujung.
    Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  7. Bahasa dah puitis.. Semoga beroleh kejayaan.. 😎😎😎

    ReplyDelete
  8. pandainyaaa... Atie bab2 sajak ni mmg takleh buat... pantun boleh la..hehe
    good luck cuya!

    ReplyDelete
  9. mmg berbakat cuya.. ummi doakan cuya berjaya!

    ReplyDelete
  10. Semoga berjaya @suya...
    Nice sajak dah lama Ade tak bikin sajak jadi rindu...

    ReplyDelete
  11. Semoga berjaya, Cuya. Ada bakat menulis sajak rupanya.

    ReplyDelete
  12. reminds me of my old days haha

    ReplyDelete
  13. dah tengok terbaikk laa cuya👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
  14. Terima kasih kerana sudi join GA Blogger Merdeka yang saya anjurkan. Tahniah kerana terpilih sebagai salah seorang penerima hadiah wang tunai Rm50 dan juga Template Blogspot Premium.

    Sekali lagi terima kasih dan tahniah.

    ReplyDelete
  15. Wah pandailah cuya tulis sajak berirama macam ni. LH selalu bebas aje sebab tak mahir nak tulis berirama macam ni

    ReplyDelete