Sunday, February 18, 2024

Cubaan Menjadi Gadis Comel dengan Mekap Trending Douyin

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Baru-baru ni tengah trending makeup looks Douyin. Macam bawah ni.


Sumber Google



Jadi, dipendekkan cerita...

Cuya recreate Douyin makeup looks ni
@nacuyaa

Recreating douyin makeup look using KEVIN & COCO catwoman eyeshadows . @BettyBeautyLive #douyinmakeup #douyinmakeuplook #kevinandcoco #douyin #douyintutorial #makeuptransition #makeuptransformation #transitionidea #trendingdouyin

♬ original sound - Primevincent



Of cos buat transition Tiktok. Wajib!
Dengan menggunakan pallete Catwoman daripada KEVIN & COCO


Look Douyin versi Cuya

Dah nak magrib baru siap makeup look ni.


Macam ni comel tak iterr?


Berani cakap tak comel??!!



Macam ni kan lagi comell?



Tahuuu dahhhhh



Masih tak comel????!!


Sampai hati!



Bagitahu mak iter!


Elehhh kita konfiden comel kayyy


Yeayyy kiter comelll!



Sekiann, Yang benar

Cuya Comey.




























Saturday, February 17, 2024

Bollywood Makeup Challenge

@nacuyaa

I am joining Bollywood Makeup Challenge by @BettyBeautyLive . Using KEVIN & COCO Eyeshadows to do this makeup. Cantik tak sister? Moga ada rezeki menang, first time join contest gini. bollywoodmakeup makeupchallenge makeupmalaysia kevinandcococosmetics kevinandcoco

♬ Chammak Challo 2 - 𝐴𝐷𝑋𝑂



Hello Coconuts! Biasa tengok Cuya membeli makeup kan? Semestinya brand KEVIN & COCO.
Boleh baca di bawah ni:



Tengoklah betapa banyak Cuya dah borong brand ni. XD  Sebab pallete dia cantik gilos. Nafsu membeli Cuya membuak-buak. 

So citenya seller ni macam adakan contest kecil untuk semua orang untuk buat makeup Bollywood. So Cuya saja join memeriahkan suasana. Malam ni dia suruh join, malam ni jugaa Cuya try buat makeup bollywood. Entah jadi ke tak, tak tahula...



Jadi tak Bollywood nya? Hhahaha Sebat je ni


Feeling2 hindustan kejap..  hhahahha


Sib baik Cuya memang ada gelang India ni sebab dulu masa Diploma pernah join menari Bollywood.


Moga ada rezekilah menang contest ni. First time join contest makeup2.
Wish me luck!


Nota pinky - Okay tak Cuya makeup?









Friday, February 16, 2024

Dapat Parcel Misteri



Assalalamualaikum, Hello Coconuts!

Masa 14 Feb 2024, parent Cuya berithu ada satu parcel sampai dekat rumah. Cuya pon macam.. takde pon beli barang. Oh mungkin hadiah giveaway.


Tiba-tiba petang tu ada member baik Cuya mesej, katanya hantar parcel pada Cuya. Laaa...suprise daripada dia rupanya. Cuya ada buat unboxing video, tapi tak upload la kat sini.



Dapat ni perisa strawberry. 😍😍

Kata member Cuya si Tiya ni, dia bagi ni sebab teringat Cuya save no dia " Tia 🍓"

Ada icon strawberry sebelah nama dia sebab Tiya manis dan cantik macam stawberry.. heheh


Siap ada note hah.. Masheh Tiya!



Sedap gila guys! Crunchy ..sedap la dimakan gitu saja. Sekelip mata je habis satu balang.


Kehadapan Tia Strawberry favourite Cuya, masheh sebab sudi habiskan duit untuk aku. Aku doakan persahabatan kita kekal sampai bila-bila.
Walaupun dah jarang contact, kau tetap sahabat baik aku tau!
Jaga diri elok-elok kay!


 Cuya love Tiya Strawberry!


Sincerely,
Cuyang (  Nama kau panggil aku dulu.. haahhaha)



Wednesday, February 14, 2024

Sila Cek Spam Komen Di Blog Anda

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Harini Cuya nak share tutorial semak spam komen di blog. Cuya dah bertahun blogging, memang tak pernah cek spam komen dulu. Dan Cuya pasti , ramai yang sama macam Cuya. Sekarang je rajin cek. Hehe


Klik pada Comments 







Klik pada tab atas ALL


Dia akan keluar 4 pilihan
Klik SPAM




Kalau ada spam dia akan keluar komen yang spam. Kalau takde, kosong macam ni.

Kalau ada komen kita kena tekan MANAGE untuk approve komen tu.

Komen spam terjadi kadangkala disebabkan orang suka komen berkali-kali atau komen benda yang sama.

Dapat sesuatu? 😄





Tuesday, February 13, 2024

Bila Orang Tak Suka Kau Be Like..

@nacuyaa

Bila orang tak suka kau, kau buat muka gini je. "Whatever!" Who cares about your opinion, i wasn't born to impress you 😁 . Susah nak puaskan hati semua orang, so love yourself more than anything okay? Don't let others to look down on you! #povbilaorangtaksukakita #motivasilawak #motivasidiri #selflove #nasihatkelakar #videolawak

♬ Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530) - yo suzuki(akisai)


Terima hakikat tak semua orang suka kita, but who cares?? HAHAHHA

Kita suka diri sendiri sudah lah. Love yourself!






Monday, February 12, 2024

Kali Pertama Beli Emas Bangkok

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Baru-baru ni Cuya mood shopping Cuya meninggi tahap langit ke tujuh. Ada aje benda nak shopping. Maklumlah, kita pegang duit sendiri. Rasa nak beli, beli aje. Barang yang Cuya sanggup habiskan duit adalah barangan seperti makanan , bahan seni atau kecantikan. Ni antara yang utama lah, yang lain sampingan.

Dan tiap kali beli barang2 gini, memang tak lari daripada bebelan seorang ibu. 😂😂 Ibu seolah-olah menggangap Cuya ni masih seketul kanak-kanak kecil agaknya sebab memang banyak benda dia control Cuya. Mana tidaknya, kitalah yang paling bongsu dan satu-satunya puteri dalam keluarga. So, korang faham kan??

Ini ke anak emas yang selalu disebut-sebut orang? Tak dinafikan memang ibu manjakan Cuya dengan banyak benda. Alhamdulilah, syukurlah sebab hidup Cuya senang dan tak pernah rasa susah sebaliknya diberikan kemewahan.


Syukur untuk ibu dan ayah <3 . Hari-hari kena rajin sedekahkan Al-fatihah untuk ibu dan ayah sama ada mereka  masih hidup mahupun sudah tiada.

Back to our main topic, Cuya baru je beli Emas Bangkok.  Saja-saja beli walaupun Cuya bukanlah pemakai gelang tegar. Dia macam tiba-tiba je nak beli, Nak cantik-cantik gitu... Biasalah, perempuannnn



Coco  Chain dan Coco ring

Gelang dia Cuya terbeli yang muat-muat pakai. Takpela first time beli.


Gelang kedua beli barulah dia longgar sikit



Datin Cuya tumpang lalu...

HAHAH 😂😂

Tu jelah nak share, buat raso-raso je emas Bangkok ni.
Satu hari nanti dah kaya,beli emas yang lagi padu.. heheh



Adios amigos!












Sunday, February 11, 2024

Fakta Doraemon Yang Korang Tak pernah tahu!

@nacuyaa

Mesti first time dengar fakta ni kan? Sambil2 tu boleh kunyah coklat dari Arab ni Mix Tofilux, Safari & Soudan. Sedappp rasa macam KitKat pon ya, macam coklat Mars pon ya.. paduuu #faktamenarik #pickuplinemelayu #coklattofiluk #coklatarabmurah #coklatsafari #coklatsoudan #coklatarabmix

♬ Nasty x Whos That Girl - ARNEL REMIX



Ola Coconuts! Korang pernah dengar tak fakta Doraemon yang Cuya share  ni? Mesti first time kan dengar.😂😂

BTW, Coklat Arab yang Cuya beli mix dah sampai, tapi tula... haritu dah sampai, harini dah nak habis dimakan. Hahahaha



Ada TOFILUX, SAFARI , SOUDAN  & NUTBALL

Tofilux : Rasa coklat karamel
Safari: Rasa coklat Kitkat yang ada kacang sebab yang ni Peanut Crisp version ( Cuya suka yang ni!)
Soudan: Rasa cokalt MARS
Nutball: Coklat ada kacang hazelnut

Semua manis ya, siapa tak suka manis mesti tak suka.


Isi coklat SAFARI



Dalam Tofilux versi besar

Coklat lain tak sempat tangkap gambar dah lesap dah. 😂
Lagi2 abang Cuya balik rumah semalam.

Kalau tentera Cuya datang rumah, sekelip mata je lesap coklat ni! Hahahahha


Biasalah lelaki kan, semuanya jenis pemakan guna banyak tenaga.


Ibu Cuya kalau tahu Cuya beli coklat ni mesti dia bebel dulu, pastu dia mintak coklat tu. Faham sangat ler mak-mak ni. Kita dah masak dah perangainya 😂😂

Kalau ayah tak banyak bunyi , Cuya tunjuk je coklat ni tangan dia laju je amik. HAHAH

Sesekali bolehlah merasa coklat Arab ni kan.
Ada orang review, Halal coklat ni ada pada kotak. Cuya tak dapat kotak, dapat plastik je jadi tak dapat tunjuk.


Korang pernah try coklat ni tak?






Friday, February 9, 2024

Cubaan Untuk Menjadi Wanita Tercantik Di Hadapan Kamera Telefon

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Siapa kat sini nak rasa diri dia cantik/ hensem?  Ehh semua orang nak cantikkan! Termasuk si tukang taip ni. Semua orang berusaha untuk tampil cantik dan kemas di mana-mana pon kita berada. Cuma terkadang ada juga waktu di mana kita rasa sangat malas untuk bersiap dan sesekali akan jadi selekeh sebab malas gila nak jadi serba cantik. Kononnya macam nak natural look gitu lorhhhh Hahahahahaha..

Cuya rasa semua orang lebih kurang gitu je, termasuk Cuya sendiri. Bila ada mood nak cantik, segala benda nak nampak cantik. Kalau dah malas tu, dah macam Mak Lampir dah rupa! HAHAHA . Disebabkan  Cuya dah rajin beli makeup, jadi Cuya rajinkan diri juga untuk gunakan makeup Cuya yang baru beli tu. Cuya tak selalu keluar jalan-jalan, jadi Cuya gunakan makeup Cuya untuk buat video @ content di Tiktok.

Maka, terhasillah makeup di  bawah ni. 


Makeup guna eyeshadows KEVIN & COCO.


Lipgloss pon dari KEVIN & COCO Vampire Lipgloss tema Halloween. Udah ku bilang, daku suka banget sama  tema Halloween. HAHAHA



Sedang berusaha untuk menjadi Wanite Tercantik Di Hadapan Kamera Telefon dan di khalayak cermin bilik tidurku.

Ni makeup looks untuk harini juga. Bedal je, takde tema apa2 pon. Makeup pon sebab nak buat video. hehehe


Sorry Cuya memang suka buat muka bila bergambar XD
Acah comel gitu!
Nanti bila dah tua nak gelakkan gambar sendiri puas2 HAHAHA


Iolls muda lagi, Alhamdulilah HAHAHAH
Ye ye je ko ni Cuya xD

Al maklumlah, Cuya tak pernah beritahu umur Cuya kan? Mana pernah Cuya dedahkan kat sini. =P

Korang kan pandai, ce teka ? 

Melalui posting2 Cuya, muka Cuya, cara Cuya berkomunikasi, cara posing,
boleh agak tak? >_<

SALAHHH!!


Eh, korang dah teka belum tu? 😂😂

Siapa jawab betul Cuya lanje lima puloh sen.
Boleh buat beli cikedis. XD


Haish makin lama taip, makin merapu pulak rasa. Sebelum membebel panjang, Cuya cau cincau dulu ya.

Papai!


.

Wednesday, February 7, 2024

Kotak Misteri Hadiah Giveaway Cuya dah terbang macam Pontianak!


Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Korang ingat tak Cuya punya giveaway sampul raya rare 2024 tu? Cuya dah selamat packing dan terbang kepada para pemenang. Alhamdulilah. Bagi yang mengenali Cuya, mesti tahu Cuya jenis suka hias kotak misteri bertema.

Boleh tengok bawah ni:


Boleh tengok dekat tab blog Cuya kat atas ni bahagian ' Creative Thingy'


Di sebabkan Cuya suka sangat tema Halloween, ofcos kotak Cuya hias semuanya berkaitan dengan tema tu. Tapi kalini Cuya hias simple2 je sebab Cuya tak banyak masa. Hehe


KOTAK MISTERI
TEMA : MESSY HALLOWEEN


Mula-mula tulis utusan diraja. Benda ni wajib, al maklum la.. kita Permaisuri kottt XD




Hadiah pertama bertema kan Halloween dan Monster. Yang pertama ni ada banyak penggunaan kain felt so special la hadiahnya.  Mana hadiah boleh balut Cuya balut

Keseluruhan masih  tema Messy Halloween sebab semuanya  terabur. hahahah
Terabur pon satu seni whaatt hehe


Hadiah kedua kotak tema Bat dan Spider. Pelekt dia Cuya guna pelekat yang jenis plastik boleh tampal pada cermin. Masa ni gam terlebih, tu nampak  basah kat kotak. Bedal jela nak, kita kekurangan masa xD


Hadiahnya dibalut dengan tema The Dead Blood Kills Me ( pakai sebat je  eh tema ko Cuya XD)

Sticker dia Cuya guna tattoo sticker which is renyah sebab nak lekatkan perlu guna air. Nampak macam simple je main tampal-tampalkan, tapi perlukan kesabaran dan effort . Hahahah
 Takpe, demi rakyat Coconuts beta!

Nak tahu isi hadiah?
Baca review daripada pemenang kedua Rabia:



Hadiah ketiga Sweet Halloween. Kotak tu warna pink biru, yang sweet tapi ada confetti halloween yang Cuya lekatkan. Dan dibalutkan dengan spider web yang rupa macam rambut kak Ponti pon ya. Kotak ketiga ni dapat special effect wohh.. 


Isi dalam Cuya balut tema Bat & Spider. Simple2 je macam tadi

Hadiah apa pemenang ketiga dapat?
Baca review kak Ct Cheery

Menang Giveaway Sampul Raya Rare 2024 By Permaisuri Cuya


Dari awal giveaway entry akk ni lawak.. sampai terima hadiah pon lawakk... 😂😂😂Memang layak menang, rezeki dia... heheh 


Di akhir kejadian, tapi kotak no 3 masa ni belum bagi special effect spider web tu.

Hadiah pertama dan kedua dapat tagging WARNING! Cantikkan? Cuya suka tagging tu, nampak special.



Harap-harap semuanya suka dengan hadiah Cuya. Hadiah mungkin biasa sahaja, tapi effort Cuya tinggi khas untuk Coconuts! Moga akan datang rezeki Cuya lebih supaya dapat kongsi lagi dengan para Coconuts yang rajin singgah blog Cuya.


Lots of love,
Permaisuri Cuya














Followers