Showing posts with label Creative. Show all posts
Showing posts with label Creative. Show all posts

Monday, November 13, 2023

Melukis Sebagai Terapi

Assalamualaikum , hello coconuts!

Seketul Cuya sedang gigih mencari idea untuk entri di blog. Jadi Cuya cuba untuk melihat sekeliling di kawasan dalam rumah. Herm... apa ya yang bole dibuat entri di blog?

Jadi Cuya teringat buku lukisan Cuya yang hanya digunakan bila mood melukis Cuya datang. Bukan senang mood melukis tu nak datang tau, sebab Cuya bukanlah si pelukis tegar yang tiap masa ada aje nak dilukis.

Kalau mood baik nak melukis, memang melukis jela kerja. Lagi-lagi sekarang boleh lukis digital, maka kuranglah lukis kertas. Lukis digital sebab senang nak upload dekat blog... gituuuu



Cuya suka praktis lukis potret mata sebab selalu mata ni banyak proses dia
Nak conteng-conteng dia pon banyak garisan



Sesekali lukis bibir lak. Cuya tergelak tengok lukisan ni, sebab apa?
Sebab bibir ni inspirasi bibir Cuya. Bibir Cuya pon ada tahi lalat gini.

Ada yang kata siapa ada tahi lalat camni maknanya mulut manis dan banyak cakap.
Hermmmmm betul sangat la tu. HAHHAHA


Lukis mata style lain lak. Cuya suka cari inspirasi dekat internet. Try and error orang kata
Kalau nak mula lukis memang kita kene tengok reference dan praktis supaya lebih cantik lukisannnya.
Tapi yalah, Cuya mana rajin melukis. Hehe


Ni ex Cuya. Hahhaha
Senyuman dia lagi manis daripada gambar Cuya lukis tapi dia suka dengan lukisan Cuya.

Apakan daya, jodoh tak panjang. Cuya hanya rumah persinggahan Ceh! XD



Herrmm..ni crush Cuya ni.. Hhahahaha

Crush Cuya suka main basketball sampai Cuya beli baju basketball player.
tapi lepas Cuya move on, Cuya bagi pada abang Cuya baju tu. HAHA


Doodle tema buah comel tak? Hehe




Random  doodle sebab Cuya memang suka random doodle


Ni lukis sebab crush Cuya pakai spec. Deyyy berapa banyak crush ko ada ni Cuya?
HAHAHHA


Ehhh suka hatilah kan.... kita yang crush, dia yang panas lak. xD

Yang penting dah move on! Crush tak boleh lama-lama.. hahhahaa


Jenis2 font sempena nama Cuya dan konon nickname crush. CRUSH LAGI! HAHAHAH

Yalah kan Cuya cakap Cuya lukis sebab inspirasi. Crush Cuya inspirasi Cuya la. Eheks!



Ni pon sempena crush juga.Pokoknya semua tentang crush!
Biarlah Cuya dengan angan-angan mat jenisnya

Nak luah dekat crush tak dapat, so luahlah bentuk lukisan.

Lukisan kan terapi untuk menenangkan jiwa yang gundah gulana. Jiwa yang tak dapat nak meluahkan isi hati pada si kekasih jauh. HAHAHHA


Quiz harini : Berapa banyakkah crush Cuya? HAHHA








Thursday, October 1, 2020

Aku bagi Kotak Misteri Pada Blogger AnakDenesor

Assalamualaikum...Hello Coconuts!


Cuya excited sangat nak cerita pada korang pasal ni. Cuya dan blogger AD  saling bertukar kotak misteri. Dan Cuya dah selamat hantar Kotak Misteri kepada sis AD.

Kalau nak tengok sis AD unboxing kotak misteri Cuya, klik bawah ni ya



Kalau nak tengok suprise box apa sis AD bagi Cuya, klik 

Aku Dapat Suprise Box daripada Anak Denesor!



The best part masa buat kotak misteri ni adalah proses yang Cuya lalui .Aik,proses? Proses apa ni....Hantar kotak je ponnnn. Ya, kotak bukan sebarang kotak.Kotak dipenuhi dengan imaginasi tau!
Cuya ada buat dekorasi untuk kotak misteri sis AD.

Kenapa tiba-tiba sibuk nak hias kotak bagai ni?Kau hantor jela kotak tu....

Eh,mana tak nya Cuya hias kotak ni, cuba korang tengok entri Kak Sha ni! 


Hah,,Korang tengok tu! Betapa kreatifnya kak AD.  Ini memang mencabar diri Cuya ni.LOL. Sebab tu Cuya mengambil keputusan untuk cabar diri menjadi kreatif. #SisCuba #JadiXJadiBelakangCerita


Cuya fikir punya fikir, tema apa Cuya nak buat untuk kotak misteri ni? Fikir..fikir..HAH! Idea sampai kat kepala otak Cuya 😆😆

Cuya buat tema macam kat bawah ni....Cuba teka tema apa???



Hah dapat teka tak?

Cuya tanya kawan2 ni kotak nampak macam apa?

Macam2 jawapan Cuya dapat!

Dragon
Adudu
Katak
Buaya
Monster

Cuya faham semuanya ada imaginasi yang berlainan,tapi menurut Cuya ini adalah Monster.Ngeh3.  Selari dengan nama blogger Anak Denesor, Monster ni seakan Denesor jugak.Bole kan? kan? kan? HAHA


Orang kata luar tak penting,yang penting isinya.


TADAAA!




Mari Cuya kenal kan Monsters Scraps Cuya




Billy





Willy







Silly   ( Sebab muka dia cam lawak sikit..heheh)








Blacky dan Bluewy


Mana Cuya dapat idea untuk create monsters ni? Al kisahnya Cuya tak boleh tidur.Jadi otak ni berjalanlah memikior apa yang Cuya patut letak dalam kotak tu. Sebab Cuya memang takkan pergi kedai beli bahan jadi Cuya teringat Cuya ada saki baki kain felt dan fiber yang lama Cuya tak guna. Sebab tula nama Monsters ni SCRAPS (lebihan barang2 yang pernah guna)

Tak sia-sia Cuya susah tidur malam!

Maka terhasil lah dunia Monster imaginasi Cuya.

Bak omputih kata " Creative adults are children who survive" 

Gitewwww



Cuya hantar kotak misteri ni hari Ahad 20 Sept, Kotak sampai pada kak AD  Isnin 21 Sept..laju gilaaa

Apa respon sis AD lepas terima kotak ni??



She like it!!!
Alhamdulilahhh..
Takut Cuya kalau dia tak suka...hahaha

Dan yang sweetnya....

Tengok sis AD buat apa dengan Monsters Cuya



Sis AD tampal dekat dinding office ! 😂 Sayang katanya...

Terima kasih kakkk😍

Sweet bangettt.....

Sesiapa yang nak tukar suprise box dengan Sis Anak Denesor sila la ke blog beliau..,dia mengalu-alukan!



Friday, September 11, 2020

Cuya Dah ada Ig Untuk Arts?


Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Apa khabar semua? Harap semuanya sihat sejahtera. Bagi sesiapa yang dah biasa dengan blog Cuya akan tahu Cuya suka seni sangat-sangat. Tak kisah seni tangan atau suara, Cuya minat dan jadikan hobi.
Walaupun Cuya tahu Cuya tak rajin mana  nak berseni ni tapi seni akan memberi satu keseronokan dalam diri Cuya.

Kadang-kadang Cuya fokus dengan seni yang Cuya buat,kadang-kadang seni bersepah yang Cuya buat 🤣 Ala ..keburukan pun seni jugak kan? Oppss 


Cuya selalu fikir, yang buruk tu sebenarnya ada kecantikan tersendiri yang orang tak faham.Kecuali orang yang mengerti seni tu. Kadang-kadang mendalam jugak maksud seni tu bagi sesetengah orang yang  tahu menilai. Seni tu nilainya tinggi sebenarnya, cuma di Malaysia kita tak terdedah sangat dengan kesenian.

Orang luar negara banyak mengajar anak-anak diorang seni.Sebab tula anak diorang kreatif dan pandai belaka. Kesenian mereka adakala di luar kotak , Cuya pun tengok macam....WOW..

Dan justeru itu, Cuya terpengaruh dengan orang luar negara yang rajin share arts diorang di Ig. Cuya pun buatlah ig khas untuk arts yang Cuya pernah buat. Masih tak banyak arts Cuya buat, yela iolls tak rajin mana but still ada lah. Cuya share hasil seni yang lama-lama sebagai kenangan yang menunjukkan Cuya " Wah Cuya,,kau pernah buat seni macam ni??" Hehe..





Kalau rajin follow la,tanda support korang ke atas hasil seni anak Malaysia. Gitchu~🤣 
Maaflah saya dah lama tak hasilkan seni, yang latest pon masa RMO.Hehe
Jangan lupa like ya! 
Masheh sejuta lemon 💕😍






Saturday, July 18, 2020

Origami Trishaw Ala Cinderella Carriage (Aku Gagal??)


Assalamualaikum,Hello Coconut! Gosh berhabuk weiii sini! Hahaha...Lama sudah Cuya tak upload,ada lagi ke yang sudi singgah? Apapon Cuya dah selesai semester kedua! Alhamdulilah...nak tunggu result je....ish seram noks!

Dan yang paling penting,Cuya kembali dengan karya baru...ehem...tapi...tula..

Cane nak cakap ek...karya ni...erm...ermmm

GAGAL!!

tapi takpe,walaupun gagal,Cuya gagahi diri juga nak tunjukk korang.Takpe,gagal sekali tak bermakna gagal selamanyaaaaa. Ya dok? Hehe..


I present to you,my Origami 3D Trishaw Ala2Cinderella Carriage... (panjang nau nama)








(Ce tengok background laptop,nampak apa2 tak? hehehe)





Ya,Cuya tahu tak cantik mana...but...Cuya dah usaha.. (tapi kurang hahaha)

Cuya akan cuba buat yang terbaik next time!


Next, Cuya share karya lukisan abstrak yang baru Cuya buat malam ni. Yang trishaw ni pon baru siap harini...





Aku ingin sendiri,
Jauh daripada manusia,
Aku ingin sendiri,
Membenam jiwa dan raga,
Aku ingin sendiri,
Mengendong rahsia,
Yang alam semesta tak ketahui,
Angin bawa aku pergi,
bilang pada langit aku ada disini,
Menanti sesuatu yang tidak pasti,
ku bilang benda yang sama,
aku hanya mahu sendiri.


Lukisan ni macam orang stress je kan...stress buat origami.kekekek..
Takdelah..Cuya kalau lukisaan macam ni pakai bedal je...jadi tak jadi belakang cerita,
janji main kaler2...

Okay,till next post.Cuya dah ada idea nak post pasal apa,,,
macam nak buat haul..kita tunggu eh!



Followers