Followers

Saturday, February 27, 2021

Beli Bundle Set Koleksi Komik Zint dan Menang Giveaway Gempakstarz!


Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Korang dah join belum giveaway Cuya yang berbaki beberapa hari ni?
Kalau belum jom join!


Nak join boleh klik banner ya




Semalam, Cuya terima parcel daripada Gempak Starz.Citenya Cuya beli Bundle Set Koleksi Zint dan jugak telah menang giveaway yang dianjurkan mereka semasa live di fb haritu. Alhamdulilah....



Ni merchandise dalam Bundle Set




Dapat autograph pelukis komik , Zint!!!!


Yeah..hadiah GA. Dapat buku nota, sampul buku dengan file


Ni Bundle set dengan hadiah. Buku Speeder 01 tertinggal.

Total rm60 untuk bundle set.

Cuya dah habis baca dah 4 buku kat atas tu...tinggal lagi dua je nak baca.
Maklumlah,pelukis feveret mestilah laju baca! heheh


Dan semalam Gempak Starz ada buat live lagi dan ada giveaway.
Cuya harap Cuya ada peluang lagilah menang.
korang doakan ya!

Amin..insha Allah...


Okay, adios amigos!


Thursday, February 25, 2021

Puisi Kapan (Bila)


Kapan


Malam semakin sepi dan sunyi,
Tanpa ada sebarangan deringan,
Tenang..
Namun, jauh sudut di hati ini,
 Aku rindu,
Rindu sesuatu yang aku inginkan,
Sesuatu yang aku dambakan,
Dan ianya kekal rahsia.

Antara aku dengan Tuhan,
 Seringkali aku menadah tangan,
Pohon agar Tuhan kabulkan,
Entah bila entah kapan,
Aku duduk penuh penantian,
Berharap agar Tuhan mendengar,
Setiap doa aku alunkan,
Moga Tuhan makbulkan,
 Agar aku bisa hidup dengan aman.


Nasuha (24/2/21) , 12:14 am

Wednesday, February 24, 2021

Aku Bagi Suprise Box pada Cik Roxa



Assalamualaikum..Hello Coconuts!

Cuya kembali lagi dengan entri suprise box...Oh rindunya nak buat~

Time ada bajet,time tengah rajin..boleh ar buat.Hehe

So kalini, Cuya bagi suprise box pada Cik Roxa kita.  Cik Roxa telah pun memilih  buku yang Cuya akan bagi, dan buku tu semua komik! Al maklumlah, yang ada stok kat rumah komik ja. Ngeh3....

So,kalini suprise box apa yang Cuya create?

Jeng jeng jengggggggggg




Kalini Cuya hasilkan tema Ugly Face of Horror.
Idea ni datang tiba-tiba bila CUya tengok baking paper Cuya dah buruk.

Jadi Cuya burukkan lagi dengan renyukkan kertas tu supaya bagi effect muka berkedut.
Asal boleh je!

dan tadi Cuya dah selesai tengok live Cik.Roxa...dia terkejut dengan box Cuya.

Cuya banyak tergelak je tengok live Cik Roxa\

Apapon..mission accomplished!

Baik,Cuya takkan post gambar.

Korang tengok sendiri ya dalam video. ngeh3.


Apa komen anda?

Kalau nak tengok Suprise Box yang lain,boleh cek dekat



Adios Amigos.. >_0




Beli Headphone Baru dan Air Humidifier yang comel!



Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Harini Cuya nak acah-acah review produk.Yang pasti Cuya review  suka-suka je.
Seperti tajuk di atas,Cuya baru sahaja membeli headphone baru dan air humidifier.
Eh, asyik beli headphone je! Almaklum la headphone haritu ada masalah sikit sebab Cuya rasa disebabkan kecuaian sendiri.

Tapi Cuya pergi hantar baiki headphone tu, tapi rasanya orang tu tak boleh baiki. Jadi Cuya tengah tunggu dia pulangkan semula headphone lama Cuya. Dahlah mahal..kejap je boleh pakai..sedih.
Cuya nak suruh ayah Cuya la baiki, mana tahu boleh elok balik.

Hah,back to the actual story, Cuya beli headphone dan air humidifier yang comel .Oh Cuya beli juga fragrance oil untuk air humidifier tu.



 Cuya beli bauan Ocean..tak try lagi,,tapi Cuya rasa okay je kot bau dia..
Cuya pakai pilih je..hehhe




Ni mode pertama air humidifier...Cuya pilih warna macam pinkish gitu.





Mode kedua lampu dia berpusing2 macam disko kau...hahahah

Tapi cantik...benda function..korang nampak kan wap diaa


Untuk headphone pon Cuya test dia bunyi nice,dan function very well..

Apa pon Cuya puas hati beli.
Beli kat shopee je...



Nah kat sini ja..

Kalau korang nak bole beli..^^Y

Boek..Cuya tengah menanti barang pos lagi..agak2 apa yang Cuya beli lagi ni ek? 
Nantikan~ 

Adios amigos!







Tuesday, February 23, 2021

Menyelam Mencari Siri Komik Magis Manis Coklat

Assalammualaikum,Hello Coconuts!


Macam biasa, entri Cuya takkan panjang-panjang... Cuya make it simple je kay harini.

Seperti yang korang tahu (kalau korang tahu la..hahahah) , Cuya merupakan penggemar komik.Komik apa2 sahaja. Dan sekarang ni Cuya sedang mengumpul siri lama-lama kepada komik bertajuk Magis Manis Coklat.

Bagi peminat komik, mesti tahu yang komik ni sangat popular dan kalau kita beli preloved dia memang agak mahal juga la.

Disebabkan sebelum ni Cuya beli siri yang baru sahaja, Cuya cuba untuk mencari siri lama komik ni.
Komik ni jilid dia merupakan alphabet A- Z. Alhamdulilah,dapatlah Cuya kumpul sikit-sikit. Yalah,bajet tak banyak. Haritu Cuya jumpa pun sebuah rm10. Padahal komik lama. Ya la, sebab dah tak produce lagi,tu yang diorang boleh up kan harga,betul tak?



Apa pon, disini Cuya tunjukkan siri Magis Manis Coklat yang berjaya Cuya kumpul hasil mencari die group jual beli komik di FB.Hehe



Sengaja Cuya save dekat youtube sebagai kenangan.Hehe..

Okay, Adios Amigos!


Monday, February 22, 2021

Hadiah Giveaway Blog Sal dah sampai!


Assalamualaikum, Hello Coconuts.

Harini Cuya telah terima satu parcel hadiah sempena kemenangan dalam giveaway Blog Sal.
Disini entrinya :



So,apakah hadiah yang Cuya telah terima?

Jeng ..jeng ..jengg....






Mouse pad dan 4 fridge magnet! Wow,banyaknya...Cuya terus tampal dekat fridge...hehe semangat gitu.
Mouse pad dia cantik sangat..pinky gitu,my favourite colour >,<

Terima kasih sis Sal


Alhamdulilah <3

Saturday, February 20, 2021

Senarai Peserta Giveaway Vektor By Cuya



Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Okay,bagi sesiapa yang belum join giveaway Cuya yang terkini,jemput join ya!

Klik banner di bawah!




SENARAI PESERTA



















































Wah sambutan menggalakkan! Jom ramai-ramai lagi memeriahkan..

Pergi ke kedai membeli gula,

Ayuh semua join sama!

Thursday, February 18, 2021

Segmen Pencarian Bloglist 2021 By NanieyBarnieyLurviey







Jeli is Jelly,
Makan goin crazy,
This segment is lovely,
i bet u wanna join too honey.


Tuesday, February 16, 2021

Giveaway Vektor 2.0 by Cuya



Assalamualaikum, Hello Coconut! Cuya kembali lagi dengan Giveaway baru.Sebelum ni nama Giveaway Cuya  ' Digital Arts Giveaway' ...
Cuya dah tukar nama giveaway yang kedua..tapi sama maksud 'Giveaway Vektor 2.0 By Cuya'.
Nampak macam upgrade gitu.

Sebelum kita pergi ke syarat-syarat GA ni, tujuan sebenar Cuya anjurkan giveaway sebab Cuya nak bahagiakan korang tau. Dengan cara?

Bagi hadiah, juga menggalakkan korang untuk tulis entri baru untuk blog korang.

Cuya tahu korang kekeringan idea nak pos entri apa kan? Kan?  HAHA...Memandai je kau ni Cuya..hehehe


Baik,jom pergi ke syarat-syarat giveaway.



1) Follow blog Cuya-> https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/  

2) Copy banner dan tulis entri bertajuk ' Giveaway Vektor 2.0 by Cuya'

3)Backlink banner dengan link blog Cuya.

4) Dah siap? Komen link entri di bawah ya.




Hadiah?

Dua pemenang akan diberi hadiah vektor (digital drawing)

Bagi yang tak tahu vektor tu apa, boleh cek dekat google bentuk nya.
Bukan vektor karakter kartun,tapi vektor muka diri sendiri.  tak pun boleh tengok dekat ig cuya

Hadiah akan bertambah kalau sambutan menggalakkan.

Tarikh tutup? Cuya tak decide lagi. Nanti apa-apa Cuya update dekat entri ni juga.


Harap akan lebih ramai lagi memeriahkan giveaway ini.Ayuh semuanya!


GIVEAWAY BERLANGSUNG DARIPADA 
16 FEB 2021- 3 MAC 2021 (11:59 PM)






Segmen Bloglist Ombak Bergigi X Shopee Lisz Global Resources










Segmen ini akan bermula pada 8 Feb 2021 (Isnin) sehingga 8 Mac 2021 (Isnin). Segmen ini dijalankan selama sebulan. Seramai 5 orang peserta yang bertuah serta layak menjadi bloglist Ombak Bergigi dan 1 orang pemenang akan menerima sehelai tudung FAREHA.

 





SEGMEN BLOGWALKING BY SI HATI BERBOLAK-BALIK.






Sayup kedengaran suara,
memanggil manggil kita,
untuk join segmen yang tersedia,
Moga ada rezeki bersama..


Hehe..

Jom ramai2 memeriahkan segmen ni!

Thes's Love Giveaway








Let's join this GA of love!

Chocolate the berry,
Cake and jelly,
Come and join me,
I know you'll be happy.



My advices, just be yourself.You are special.

Don't let people to choose yourself, you are who you are!
Be tough, be strong, God loves you <3




Thursday, February 11, 2021

Swap Buku Dengan Geng Buku & Komik Baru sampai lagi!

Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Kabare? Cuya kembali dengan segmen Swap Buku atau Exchange Books bak kata omputih...ngeh3..

Kalau korang baca entri Cuya yang lepas, Cuya ada swap buku dengan Geng Buku di Ws, 



Kalini,Cuya masih swap dengan orang yang sama. Syarat pertukaran,mesti lah komik2 tu cantik dan tak kotor.


Jadi Cuya tukar komik CUya dengan Siri Candy yang hangat ni..hehhe


Ni pula komik yang Cuya baru beli haritu...Alhamdulilah dah sampai..

Korang tahu tak jilid 5 komik ni dah out of stock,,lepastu orang bantai jual sebuah rm150 /170
Adoi..gilo amekk


Cuya ada mesej gempakstarz,kalau diorang nak reprint.Diorang kata dalam usaha...
harap2 ada rezeki la.Amin!




Hah,korang ada nak tukar komik ngan Cuya tak?
Syarat komik mesti cantik lagi....kalau korang berminat bole contact Cuya okay?


Chaw Chin Cau!


Sunday, February 7, 2021

Giveaway Sii Nurul





Giveaway Sii Nurul (24 Januari - 20 Februari 2021)



Semua penyertaan akan disenaraikan dalam bloglist. Cabutan bertuah akan dilakukan dan 2 orang pemenang giveaway akan menerima wang tunai RM50. Giveaway berlangsung bermula 24 Januari sehingga 20 Fenruari 2021.





Aku Menggila Beli Komik Tak Henti! KOPAKKKKK

Assalamualaikum Hello Coconuts!!!

Ya Allah, rindunya nak blogging. Cuya harini baru je selesai final exam.Alhamdulilah...Lega sikit....

Cuya nak update apa yang berlaku sepanjang nak final exam ni.

First thing, Cuya beli komik.Ya...Cuya keep on buying tak henti.Agaknya sekarang tengah mood komik menggila. Sawan komik ke ni? HAHAHA

Jom tengok apa yang Cuya beli!



Siri zint takleh terlepas..cuya beli dari Gempak Starz Store


Cuya beli dengan @preloved_comicnnovel
Please check it out!!

Siri ni Cuya beli dengan penjual yang sama.Cuya repeat jer...

ig @comic.preloved


Siri Magis Manis Coklat yang tengah hot ni..Penat cari siri awal dia,tak jumpa!
Uhuks..so Cuya geram preloved tak jumpa..Cuya beli semua siri ni kat Gempak Store jugak.
HAHAH PUAS HATI AKU! *heheh

Siri ni ada Huruf A sampai Z...tapi Cuya cuma ada N-R je..hahaha
jadi le tu...


Penulisan zint juga,,cuya beli preloved dekat ig dan fb.Dua individu yang berbeza.
Ni tak lengkap

dengar kata jilid 5 jilid yang dah pupus..sedih,Cuya tak dapat kumpul full.
Ada orang pergi bantai jual jilid 5 ni RM150/RM170...adoi gilo amek..
Memang rare teruk ni!

Tolong doakan Cuya dapat kumpulkan kesemua jilid!


Dan akhir sekali,Cuya baru borong lagi dari gempak store..

Haha sah aku kena sawan komik! XD





Dan sekali lagi Cuya borong semua Under 18 Elite yang Cuya belum ada.
Inilah impian baru CUya..supaya ada kesemua siri komik ni.

Dulu kecik2 tak dapat beli komik...sekarang dah besar,alhamdulilah ada rezeki tu.


TOTAL KOMIK CUYA BELI
32 BUAH!

amboi sakan!!

Okay sebenarnya CUya banyak beli komik je time final ni...maybe stress kot..hahahahha
Yang penting CUya dah merdeka! Yeayy

Btw, kalau korang free, jemput lawat ig cuya, Cuya ada letgo komik lama CUya...


Jemput singgah!

Maaf kepada sesiapa yang komen di blog CUya, yang tak dibalas kunjungannya.
InshAllah ada masa CUya lawat korang ya.

Makasheh!!!