Sunday, May 31, 2020

Segmen Hari Raya by Ummi



Salam Aidilfitri buat semua,
Pantun raya telah tersedia,
Giveaway menarik ada pula,
Ayuh semua join sama.

Raya kalini sendu sekali,
namun hati tetap ku gagahi,
Raya harus berseri-seri,
Biarpun keluarga jauh dari sini.

Hari raya menjelma,
 Sayunya hati jiwa terasa,
Bajunya raya tidak tersedia,
Kuih  tiada tetamu pun sama.

Abangku beri duit raya,
Tapi semua online sahaja,
Walaupun jauh dekat di jiwa,
Salam Raya kuucap buat semua.

Monday, May 18, 2020

RMO SAYA: ORIGAMI 3D MIAO THE CAT



Assalamualaikum,Hello Coconuts! Cuya kembali lagi dengan satu hasil kerja origami 3D.

Kali ni idea nya datang secara rambang,asalnya nak buat pasu ke apa kan,last2 teringat birthday member dah dekat,so ....buatlah satu untuk dia.Walaupun tak dapat nak bagi dia.Cuya harap next sem dapatlah jumpa dia dan classmates lain







Introducing to you,
Miao the Cat!


Cuya buat sebab ada lebihan kertas,
warna ni je yang dah lipat,so Miao ni nampak rare gitu kan?Kekekke🀣🀣


What will be my next project?
Herm..

Assignment melambak,ada hati nak berOrigami lagi.
HAHAHAH

Harap dapat curi masa la buat ><"






SEGMEN : UCAPAN BUAT FONTLINERS COVID-19




Assalamualaikum ,Hello Coconuts!Hari ni Cuya nak join satu segmen yang best.
So,Cuya nak join segmen ni dengan membuat ucapan di bawah. :D



Syair Frontliner Kita

Ciptaan Nasuha Fadzil (Cuya)

Viruslah Covid datang menimpa,
Habis semua sakit melanda,
Nasiblah ada frontliner jaga,
Engkaulah wira engkau permata.

Bersusah payah engkau melawan,
Sambil menangis tersedu sedan,
Berjuang sama rakan dan taulan,
Nyawalah rakyat kau selamatkan.

Aku doakan untuk semua,
Rakyat Malaysia terpelihara,
Dengarlah kata patuh perintah,
Bantu frontliner bersama usaha.

Terimalah kasih duhai perwira,
Engkau berjasa tidak terkira,
Ubati kami setiap nyawa,
Jasamu akan dikenang jua.




Terima kasih frontliner atas jasa kalian.
Kalian lah superhero kami yang terbaik sekali.
Terima kasih semua!

Saturday, May 9, 2020

Segmen Pertukaran Bloglist Oleh Abam Kie




Roses are red,
violets are blue,
This segment is so great,
come join too!

πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“



Thursday, April 30, 2020

RMO SAYA: ORIGAMI 3D HAPPY BIRD


Assalamualaikum, Hello Coconuts!Cuya kembali membawa masuk karya baru sempena PKP ni.
Aha...macam tittle dah sebut,origami kali ni adalah Happy Bird!

Ini adalah sumber inspirasi daripada Angry Bird,..cuma warna dan ekspresi yang lain.






What do you think?
Mungkin patut panggil nama lain.

Si Muka Terkejut
@
      Dak Jut 🀣🀣

Tagline Happy Bird 
-i'll make you smile until you cannot stop smiling.

gitchuuu

Happy Bird ada kening sama maam Cuya laaaa.

haha!

Next project,nak buat apa eh?


pssss dah tengok siri RMO SAYA yang lain?






Sunday, April 26, 2020

Menang Giveaway Youtube dan Blog!




Assalamualaikum,Hello Coconuts!
Cuya sebenarnya lupa nak share tentang kemenangan Cuya dalam giveaway di youtube.So,here i am untuk beritahu.Hehe

Seperti korang tahu,sebelum ni Cuya pernah Share Satu entri tentang GA di youtube.Boleh baca di bawah


KEDAI RM 2 ECO SHOP HAUL & GIVEAWAY!


Dan Cuya menang!Hadiah pon baru beberapa hari sampai.Apa hadiah dia???Hah mari dekat sikit..dekat sikit..hehhe


Yeay dapat makeup!
Lama sudah tak membeli makeup ni.Heheh

Masheh Hidayah dari Youtube. :D


So,harini hadiah kedua daripada giveaway lain lak dapat.Aik,banyaknya giveaway kau join Cuya.?
Biasalah..dah minat..hehehe

So,Cuya menang giveaway daripada entri ni

Saya Mahu Produk CREATIVE UNITED Psan!



Ni pengumuman pemenang


Alhamdulilah...Cuya dapat apa yang Cuya nak.Semua ni rezeki Allah :)


Inna haza lariz kunna ma lahu minna fad...
*Sesungguhnya inilah rezeki yang Allah berikan tiada habis-habisnya*


Kenapa Cuya pilih beg ni,sebab UNIK.Jarang ada beg gambar mee atau makanan.
Cuya suka sesuatu yang unik dan hasil seni ni memang menarik hati.

Arigato gozaimase kepada penganjur!

Jom lawat diorang!


Saturday, April 25, 2020

I Got My Wish! (Sodo MH3 Headphone Review )



Assalamualaikum ,Hello Coconuts!
Sorry sebab lama menyepi sebab assignment melambak wei!!!
Apa boleh buat ,sekarang kan sibuk kelas online.Memang tak dinafikan,semasa permulaan kelas ,agak stress...tapi lepas dah lama-lama....bertambah stress! Ehh???

Hahahah...

Kerja dia bagi,macam hari2 ada kerja.Ya Ampun~


Apa apa pon,itu bukan tujuan utama Cuya tulis entri kali ni.Harini Cuya nak share review tentang satu headphone yang Cuya baru jumpa.Sebelum ni,Cuya pernah nampak headphone ni dekat insta, masa tu dah berminat..cuma tak terfikir nak beli.

So.....kalini Cuya memang nak beli headphones,,sebab earphone Cuya asyik rosak je.Yalah,earphones murah jaa  ngeh3...


Cuya sebenarnya sibuk duk usha headphones dekat Shopee,tapi tak tahu nak beli yang mana.Kawan nasihatkan beli yang mahal.Akhirnya Cuya cari headphone yang Cuya nak dekat ig,Cuya ws owner dia.Tapi sayang dah habis stock.TAPI!!!

Cuya tak putus asa,tetap cari dekat shopee brand sama dan Alhamdulilah Cuya jumpa! Jadi Cuya banding-banding kan harga,dapatlah jumpa kedai yang jual murah sikit la.




SODO MH3 Bluetooth Headphone Twist out Speaker Bluetooth 2 in 1 ...

SODO MH3

Apa macam?Stylo tak?Warna ni je available kat kedai tu...apa boleh buat

Harga?

RM69.90

Bolehlah..tapi first time beli semahal ni.UHUK!

Cuya punya pujuk ibu untuk belikan ni.
Sebab bagi dia buat pe beli mahal2 untuk headphone.
Nasib baik Ibu dengan ayah baik hati ,dan member keizinnan pada Cuya.


Okay!
Apa yang menarik pada headphone ni?

Oh,dia ada bluetooth,ada mic,,bole insert kad ,bole dengar pakai wayar atau tanpa tapi perlu on suis.

DANNNN

YANG PALING BEST ADALAH...

JENG JENG JENG...

TENGOK VIDEO BAWAH





Cuya buat review khas untuk headphone ni.Quick Review jela..

Hehe....






Friday, April 17, 2020

[Goblin OST ] I Miss You Malay Version-Nasuha Fadzil

Assalamualaikum,Hello Coconuts!



Sebelum korang tengok video di bawah,Cuya nak tanya...
Siapa minat drama Korea Goblin??

Kita sama!! Sep sikit!
Cuya senanya bosan,jadi Cuya mula jadi terlebih rajin nak buat lirik untuk lagu I Miss You-Soyou
sebab Cuya suka gila lagu ni,.Jadi Cuya decide untuk buat lirik dia in Bahasa.

Sorry kalau audio kualiti tak berapa elok.First time Cuya upload menyanyi kat youtube semata nak korang dengar.So..dengarkan~





[Goblin OST ] I Miss You Malay Version-Nasuha Fadzil

Bila kulihatmu,
tangisan ku bermula
Kau hadir dan pergi begitu saja,
Ingin kuluah semuanya

I love you
love you
love you
Ku ingin dekatimu,
and I miss you,
miss you,
Kaulah takdir akhirku.

Ku teringat dulu,
mata redup itu memandang aku,
Oh mengapa hati ini rasa sayu,
Sungguh ku rindu tatapimu.

I love you
love you
love you
Ku ingin dekatimu,
and I miss you,
miss you,
Kaulah takdir akhirku.

Walau kau jauh di mata,
ku janji akan setia,
dimanapun kau ada,

Aku akan terus menunggumu,
hingga akhir..
Kau dan aku bersatu.....




Komen shikit!!
Terima kasih sejuta lemon! <3



PENCARIAN BLOGLIST BY AISYHAH NYAIS!






Thanks kepada Haziqah sebab tag Cuya!


TAG TIME! :




Segment Share Resepi Perintah Berkurung by Mamapipie & Cariblogger

Segment Share Resepi Perintah Berkurung by Mamapipie & Cariblogger 




Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Harini Cuya nak sertai segmen oleh Mama Pipie, dan resepi yang Cuya nak share pon daripada Mama..Kekekeke









Ni lah hasil egg muffin pizza mama.. budak2 yang letak so macam2 Gaya Ada haha..

IMG20200320194941_copy_600x800_1


IMG20200320195631_copy_600x800_1
Ni lah helper cenonet mama..

Ok jom tengok resepi

Resepi Egg Muffin Pizza Guna 5 Bahan Sahaja Mudah Dan Sedap


Bahan-bahan

1. Roti 2 keping (di potong kecil-kecil)
2. Cheddar cheese (2 keping di carik2)
3. 2 biji telur
4. Sos bolognese
5. Sosej dihiris nipis
Garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

1. Pecahkan telur,  masukkan sikit garam Dan pukul  sehingga kembang
2.  Masukkan sosej Dan roti 
3. Kaup balikkan sehingga rata
4. Masukkan dalam bekas cup cake
5. Letak sedikit sos Bolognese
6. Tabur cheese di atasnya
6. Guna air fryer, bakar pada suhu 190 celcius selama 7min
Siap!!

IMG_20200321_200111_182_copy_800x800
Ni version takde sos Bolognese.. sedap juga tapi agak muak nak makan

Video Resepi Egg Muffin Pizza Guna 5 Bahan Sahaja Mudah Dan Sedap

Boleh tengok video Cara nak buat Kat sini. Boleh tengok tangan2 comel tengah buat keje hihii



Segment Share Resepi Perintah Berkurung by Mamapipie & Cariblogger 


Syarat-syarat penyertaan:

1. Mestilah blogger yang mempunyai akaun bank Malaysia (senang nak bank in hadiah)
2. Wajib letak blog http://www.mamapipie.com & https://cariblogger.com di dalam bloglist korang
4. Pilih satu resepi dalam blog korang yg korang nak share dgn mama dan paste perkataan beserta link ni di bawah post resepi korang tu.

5.. Buat satu blog post penyertaan dan pastikan dalam post tu ada banner di atas dan link ke post ini. Letak link resepi korang tu dlm post penyertaan ni.
6. Tinggalkanlink penyertaan korang di pust ini. Tu je,, Senang kan.

Tarikh tutup penyertaan pada 5 May 2020


P/S: Kalau korang takde entry resepi dalam blog, jangan risau ye, korang boleh ambil mana-mana resepi dalam blog mama dan letak dalam post korang. Jangan lupa letak credit utk mama tau. Resepi mama di sini

Dari semasa ke semasa mama akan random pilih resepi peserta dan share dalam blog mama ni. Jangan risau nanti mama akan credit pada owner nanti. Mama akan senaraikan nama peserta mengikut link resepi di blog mereka nanti. So, bolehlah kita tengok-tengok resepi yang ada dalam segment ni kan.. 

Hadiah:

4 orang pemenang akan dipilih. Setiap pemenang akan memenangi RM 50 setiap sorang. Mama akan buat undian, insya Allah.

Jemput ye sama-sama memeriahkan segment ni.

Wednesday, April 15, 2020

Lagu Kedua Cuya Ada Background Music!

Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Cuya kembali..cehh..Kali ni Cuya nak share lagu kedua Cuya tapi kalini dengan background music!Yeay...Tapi lagu ni tak siap lagi,tapi jom dengar kan!


Kalau tak boleh main,klik link bawah ya



Jatuh Lagi
-Cuya-

Bintang berkelipan di malam hari,
menambah senyum ku disini,
andai kau ada disisi,
hariku bertambah seri,

Oh sayang,
kau dekat di hati,
waktu terus berganti,
kau tetap pencuri hati,
kau memang menepati ciri idaman sejati.

Walau kau jauh dimata,
aku kan selalu setia,
kau buat aku tergoda dengan setiap bait kata.

Lalalala,,
Hmm hmmm

Lalalala..
Hmmmm

lalalala...





Sebelum tu nak ucapkan terima kasih dekat kawan Cuya ,Afrexa sebab editkan background lagu ikutkan melodi yang Cuya cipta.

Sorry,kalau suara tak jelas sangat..lagu ni tak habis edit senanya...hehehhe

So what do you think?

Please comment di bawah ya guys  πŸ˜€

Btw,,Cuya memang kalau buat lagu,pendek sahaja...tak pernah lagi panjang2....
Lagu macam ni tak sama dengan lagu2 kat luar sana,ni just for fun .Hehe!

Btw,setiap lagu yang Cuya cipta,memang berkait dengan Cuya.Cuya cipta khas untuk orang yang Cuya suka..hahahaha Klise sangat ni.. XD

Lagu ni memang pendek gini tau..hahahah...
Macam tak puas dengar je kan..XD

Psstt..Dah dengar lagu pertama Cuya tanpa music? klik bawah





Monday, April 6, 2020

RMO SAYA : ORIGAMI 3D SI JONGANG

Assalamualaikum,Hello coconuts!
Kalini Cuya kembali dengan lagi satu hasil Origami 3D.


Meet Abe Jo.Si jongang yang kenit.
Dia ala2 rabbit yang tak berapa rabbitπŸ˜‚πŸ˜‚

Adakah Cuya akan kembali dengan projek baru?
Tengoklah kalau rajin.
Penat woh..
Hehe



 

Friday, April 3, 2020

RMO SAYA : ORIGAMI 3D PANDA


Assalamualaikum ,Hello Coconuts!Minggu ni Cuya terlebih rajin.So i was thinking about making an origami 3D for my roomate.


Bahan2:

Kertas A4 Putih  (recyle pon bole)
Kertas A4 Hitam
Gunting


Mula2, lipat kertas dan potong kecik2


Saiz kertas yang dah dipotong  mesti besar begini kalau dibanding dengan seposen.


Lepastu lipat gini

(Tutorial origami 3D bole belajar di Youtube ya anak-anak)









DAN HASILNYAAAAAA



TADA!

Comel tak? Kecil je so bole siapla dalam beberapa hari ikut kerajinan anda.
Bosan2 bole belajar ya.😁


Btw origami ni bole jadi bekas untuk letak pen,gunting,gam,dan apa2 yang muat la...
Kalau nak mula buat,make sure korang ada kerajinan dan kesabaran yang tinggi yaπŸ˜‚

Cubalah buat!
All the best :D

Sunday, March 29, 2020

Lagu Dia Putera by Cuya

Assalamualaikum ,Hello Coconuts!Harini Cuya nak share lagu pertama Cuya reka masa form 4 dulu.
Dengar dan komen ya!
Lagu ni takde music background,korang dengar jela gitu eh.Memang tak buat music.hehehe







Kalau tak bole dengar, klik link di bawah


Cuya pon taktahu,certain org boleh play lagu ni..certain org tk bole..
Maybe kalau semua login blogger baru boleh kot?Entah..
aduh..sape reti masukkan audio dlm blog entri?



Dia Putera


Dia hadir tanpa ku pinta,
Tidak pernah aku sedar,
Selalu cuba mendekatiku,
Dalam diam kau suka aku.

Bukan aku tidak terima,
tapi aku belum sedia,
menerima cinta yang ada,
takut aku diperdaya.

Entah kenapa tiba-tiba,
hati jadi gundah gulana,
bila melepaskan dia,
aku gila~

Mungkin ini namanya cinta,
aku saja yang terleka,
tidak sedar dia depan mata,
dia la putera..

Lalalalalala~
Lalalalaala~
Tu rut rut tut tut..
Yeah eh eh eh..

Dia putera~




Let me know,kalau korang nak dengar lagu rekaan Cuya lagi πŸ˜‡

Saturday, March 28, 2020

How People Describe Me?

Assalamualaikum,Hello Coconuts!
Harini Cuya nak share "How people describe me?" Game ni game yang "Reply Hi and i will describe you".Jom baca apa orang kata tentang Cuya





















Now you know me kan?Haha..Overall orang kata Cuya ni banyak cakap,peramah dan kelakar.Kalau nak tahu Cuya cane,macam diorang describe tula.Sama tak macam Cuya di blog?Maybe kurang nampak la sebab Cuya tak banyak menulis.Hehe

Korang lak,tak nak describe Cuya ke?heheπŸ™ˆ

Thursday, March 26, 2020

Segmen Bloglist 2020 Cida





We have men and women,
We have house to be rent,
This such a beautiful segment,
Let's join ma friend!


Wednesday, March 25, 2020

KEDAI RM 2 ECO SHOP HAUL & GIVEAWAY!

Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Hari Cuya nak share tentang Giveaway tapi bukan di blog,khasnya di Youtube.




KLIK GAMBAR UNTUK JOIN 

Ayuh rakan teman semua,
Giveaway menarik sudah tersedia,
Menang kalah belakang cerita,
yang penting kita join sama!

Vloggernya manis tampak ceria,
Kongsi cerita kongsi bahagia,
Video menarik tampil bergaya,
Jom kita terjah sana!

Apa yang menarik tentang vlognya,
ada makan ada jalan,
ada variasi jalan cerita,
video menarik memang tertawan.

Bunga raya sungguh mekar,
Dipetik pula pak Karip
Terkadang serius terkadang kelakar,
Korang jangan lupa subscribe.





Makeup

0r

Random things.







How to join the giveaway?


1. Subscribe my channel & like this video
2. Follow @beautymaniacss on Instagram, kalau follow @hidayahfauzii sekali tu bonus :p
3. Reason what make you watch my video & what should I improve in my video
5. Extra point for those that screenshot this video & post on your instastory (tiada paksaan)
4. Keep commenting in any of my videos. Be active so that I will notice you hehe!
Lets be friends:
Oh yaaaa jangan lupa subscribe dan like supaya aku lebih bersemangat untuk upload video heheee 🌻
Anyway, your comments are warmly welcome!







Ayuh kawan kita join sekaki!
Kalau menang hadiah diberi,
Bole juga kita kongsi,
itupun kalau sudi. πŸ˜‚