Showing posts with label komik. Show all posts
Showing posts with label komik. Show all posts

Wednesday, January 29, 2025

Bisnes Jual Komik

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Memandang Cuya ni peminat komik, Cuya pon jual buku preloved especially  komik. Cuya lepas dah habis baca komik kalau dah taknak simpan lagi Cuya akan jual sahaja sebagai preloved. Mana Cuya nak, Cuya simpan.

Kadang-kadang ada komik yang bagi Cuya kurang menarik untuk dibaca lagi atau siri terlalu panjang maka Cuya let go sahaja untuk kosongkan rak. Ada masa Cuya cari stok komik untuk dijual balik. Tapi yang tu kena rajin selam mencari komik dekat platform tertentu.





Yang atas ni semua Lawak Kampus untuk dijual.
Belum ada pemilik lagi




Yang 3 gambar atas ni dah terjual orang beli lumpsum. Alhamdulillah 




Ni koleksi komik Cuya. Sayang gila nak letgo.
Nila mini library Cuya. Ada lagi sebahagian buku dalam kotak. Dah takde ruang nak letak

Sampai satu part ibu kata nak buang je buku Cuya 😂😂 Adeh jangan begitu.

Teringat kisah orang share dekat group komik pasal mak dia bakar semua komik dia. Kesiannya... Dia ada kenangan buruk yang tak boleh dilupakan.

Alhamdulillah ibu Cuya sekadar mengugut hehehe

Jangan dibakar buku saya, ku rela jual je.

Tapi ayah Cuya pernah campak komik Cuya untuk dibakar, pastu Cuya kutip balik.

Bapak2 memang gitu eh dulu2? Suka bertindak melulu..kesian kat anak2. Nasib baik sekarang ayah Cuya tak macam tu. Kalau tak, Cuya sorokkan barang dia 🤣🤣 balas dendam terus ehhh haahahah

Wednesday, January 3, 2024

Bila orang tidak suka kita...


Mulut manusia memang tak boleh tutup.

Susah nak puaskan hati semua orang.

Tak semua orang suka kita
sama juga kita pon ada tak suka orang.






Jom semua MIMPI SAMPAI KE BINTANG!


Saturday, December 30, 2023

Bila orang tak puas hati dengan kita be like...






Bagi je sebijik! HAHAHA

Inspirasi daripada bekas blogger Peti Harta Karut. Cuya suka sangat karya dia yang pelik-pelik.



Untuk orang yang kuat ngata orang lain, tolong la sedar diri eh. Awak bukannya perfect ponnn






Monday, December 25, 2023

SIRI KOMIK CUYA

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Page ni Cuya nak kumpulkan siri komik yang Cuya pernah tulis dalam blog. Nanti senang nak refer balik.
Mana tahu Cuya ada kesungguhan nak melukis lagi dan lagi. Salah satu cara untuk naikkan semangat untuk terus menulis dan melukis!

Selamat membaca guys!



1)Pengalaman sendiri diganggu


Sunday, December 24, 2023

Cuya Si Perigi Cari Timba Part 2 ( PENAMAT)

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Dah baca ke pengalaman Cuya Si Perigi Cari Timba part 1?

Tak baca lagi?.. Pi baca sekarang! 




Jom ke Part 2! Dan ini adalah penamat nya >_0






















Extra story:

Beberapa tahun lepas Cuya ada contact dia, konon nak usha dia balik tapi dia ada makwe.
Pastu makwe dia macam meroyan agaknya sebab Cuya kacau pakwe dia.

Last2, mamat ni remove Cuya daripada IG dia. Then Cuya sakit hati Cuya block dia sampai la sekarang. HAHAHA...

Macam kejam kan? Tapi sebenarnya tak. Hidup Cuya tenang.

But baru2 ni Cuya dapat tengok status mamat ni, and Cuya reply sebab nak mintak link kepada gambar berita dia pos.


Sebenarnya kitaorang okay je, cuma Cuya block dia je..tu je..  Cuya takut dia tengok muka Cuya lagi. Padahal kitaorang memang rapat la zaman sekolah.

Adakah ini sebenar-benarnya ending kitaorang? Well..Cuya pon tak tahu.
Heheheh

Doa yang baik-baik ya!

Papepon kenangan sekolah memang tak dapat dilupakan. He is one of the perencah in my life.








Saturday, December 23, 2023

Cuya Si Perigi Cari Timba ( Versi Komik)


Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Komik di bawah ni adalah versi komik untuk entri Cuya bertajuk


Mungkin ada yang dah baca, atau belum.. Cuya sengaja lukis bentuk komik pulak.



























Ni tiktok Cuya kalau nak baca cerita sambil dengar lagu sweet bersemut. Ehehehehe

Followers