Assalamualaikum, hello Coconuts!
Selamat Tahun Baru guys! Tahun baru ni buat apa je?
Memandang di JAKEL ada promosi, Cuya, Ibu dan abang pergi JAKEL Melaka mencari kain pasang baru. Cuya sebenarnya takde kain pasang nak dibeli sebab di rumah dah ada tapi sajalah mengikut teman ibu.
Ibu sedang sibuk memilih kain untuk baju Ayah.
Cuya mengambil kesempatan untuk selfie memandang banyak cermin di situ. HAHAHHA
Oh lupa time ni tengah cuba fitting baju. Saja nak beli yang dah siap
Selfie bersama kain tanpa corak.
Sebenarnya masuk JAKEL memang lengang ya. Agaknya orang berjimat cermat sekarang ni.
Nak dibanding zaman dulu, punya la ramai.
Selfie dengan kain bercorak abstrak pula
Ibu masa tengah memilih kain
Walaupun kat rumah dah ada kain pasang, eh beli lagi kain.
Warna kain memang tak lari lah daripada warna pink.. mesti ada pink. hehehe
Beli je dulu, tailor tak jumpa lagi ni.
Ibu punya 3 pasang,
ayah 2 pasang/
Time to manicure! Kalini kita self manicure je.
Gosok2 dah kilat!
Guna apa ya?
Pakai ni je noqs. Cuya dulu memang buat servis kilatkan kuku dekat UiTM atas subjek jual2.
Jadi dulu banyak la stok benda ni. Nail glass nama dia.
Lepastu masa Cuya tengah tulis entri ni, tiba2 dapat notification orang tag dekat IG.
Alhamdulilah! Cuya menang giveaway skintific! Hadiah sempena tahun baru ni. hehehhe
Takyah susah2 cari skincare dah. Dapat full set terus! Syukur amat!
Terima kasih organizer @skintific dan @imperfectpiqa !
Alhamdulilah rezeki Allah beri yang tiada habis-habisnya. 💕💕











