Showing posts with label kevin & coco. Show all posts
Showing posts with label kevin & coco. Show all posts

Thursday, February 13, 2025

Unrecognizable Makeup Trend


Assalamualaikum, Hello Coconuts.

Harini korang buat apa je? Cuya takde apa sangat. Cuma malam ni tiba-tiba tergerak hati nak unboxing lipgloss yang setahun dah beli.

Lama betul. Yalah, kita banyak lipgloss. Sebahagian pon dah bagi orang pakai.



Meriah warna sebab untuk event kan . Lagipun kotak ni edisi Halloween.



Kalau depan² lagi nampak berkilat dia




Ni semalam punya makeup tengah buat trend tiktok Unrecognizable makeup.

Maknanya makeup yang memang buat orang tak cam muka asli kita.

Lain kan muka Cuya?

Sanggup makeup malam2 tu habiskan foundation 

Wednesday, March 27, 2024

KEVIN & COCO Corps Bride Makeup Set ( My Childhood Cartoon!)



Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Lamanya tinggalkan blog. Mentang-mentang bulan puasa, blog pon kena puasa ya? Hehe!

Macam biasalah sharing Cuya berkenaan produk makeup baru favourite Cuya KEVIN & COCO. Produk ni belum dikenali lagi dekat Malaysia, tapi Cuya jangkakan yang produk ni akan popular kat Malaysia sebab produk dia murah dan packaging menarik sangat.

Disebabkan Cuya suka amat cartoon sejak kecil lagi, jadi zaman childhood Cuya dipenuhi dengan cartoon mat saleh macam The Corps Bride. Korang pernah tengok tak? Sebab Cuya tahu tak ramai blogger yang sezaman dengan Cuya. Kalau ada pon diorang lebih aktif di Tiktok.
@nacuyaa

I have been searching ups and down for this Corps Bride KEVIN COCO Makeup set. Luckily i found one! I lost to my innerchild, it's forcing me to get this makeup set 🤣 #corpsbridemakeupset #corpsbridekevinandcoco #corpsbride #kevinandcoco #makeupmalaysia #corpsbrideeyeshadows #kevinandcocoeyeshadows

♬ original sound -



Makeup set ni memang dah takde jual dekat kedai asal sebab dah kehabisan stok. Stok kilang pon dah takde. So Cuya jumpa satu kedai, dia jual mahal tapi sebab memang Cuya nak sangat so tutup mata jelah masa  bayar. Yalah, kita dah minat kann.... Ehehehehhehe



Cover dia meletops! Kalini bukan pink colour

sebab Corps  Bride ni pengantin mayat, sebab tu warna dia biru seolah2 lebam.


Dalam ada cermin besar
Lipgloss dan lipsticks



Eyeshadows more to coklat

Eyeshadows dia dua layer\

Ada highlighter jugak.

Kejap lagi mesti ada lelaki yang komen, boleh guna untuk painting kan? Untuk melukis?
\
Memang dari haritu dapat komen gitu 😂


Boleh korang... kalau rasa diri tu kaya sangat, boleh la beli makeup untuk painting
Hahahahaah

Cuya senanya dah kekeringan idea dah nak update apa sebab skroll galeri gambar, takde gambar baru pon. Ni lah masalah blogger kan. Tu satu, pastu kerajinan takde pulak. Berat nanang~




    Doakan idea Cuya melimpah ruah!






Friday, March 15, 2024

Shopping KEVIN & COCO makeup buat kali be berapa entah

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Banyak kali dah shopping produk KEVIN &COCO ni dan semuanya Cuya beli di Tiktok Live di @BettyBeautyLive yang merupakan Sole Distributor @ Pengedar Tunggal KEVIN & COCO di Malaysia.



Cuya dah ada a few entries di blog pasal KEVIN & COCO ni. Kalau korang tak sempat baca boleh baca di senarai posting ya.




@nacuyaa

Makeup Vlog ? Dunno what's that call as. Just recently found out about KEVIN & COCO products and kinda obsessed with it. I am so lucky to know about it. You should try the eyeshadows palletes. Once try, sure want more 🤣 Popular brand at overseas, but just recently have shops in Malaysia. Do i get commission for promoting this? @BettyBeautyLive 🤣🤣🤣 #kevinandcoco #kevinandcocoeyeshadows #eyeshadowsmurahmalaysia #makeupmalaysia

♬ Pretty (Sped Up) - MEYY



Ni antara collection Cuya selepas awal tahun mengenali KEVIN & COCO. Boleh tahan banyaklah untuk newbies. Hahahaha 



Baru-baru ni Cuya ada dapatkan

Snake pallete 
Halloween Witch Makeup set
Mother and Daughter makeup set
Spider lips

Kita peminat Halloween, mesti dapat produk halloween hehehe


Serba serbi pink ya! Hahaha


Pastu beli harga promo

Butterfly pallete  (untuk anak buah)
Cherry girl
Shopping girl
Blue box makeup set ( Hadiah dari Betty sebab join makeup challenge kat TikTok)



Leopard pallete
Mermaid palelte



Beli lip oil, liptint, lipbalm dan lipgloss dengan live host An an. Beli time live boleh pilih sendiri produk lips2

Comel2 kan?


Lipmatte beli time promo. Kasi borong

Nak bagi anak buah juga


Ni pon beli time promo untuk habiskan stok 



Setakat harini, masih menunggu parcel baru 🤣🤣

Kalau korang nak tengok dan cuba KEVIN & COCO bolehlah pergi ke tiktok @BettyBeautyLive


Cuya ada tag betty kat video tiktok Cuya


P.s- Bulan puasa panas betul.. hausss

Saturday, February 17, 2024

Bollywood Makeup Challenge

@nacuyaa

I am joining Bollywood Makeup Challenge by @BettyBeautyLive . Using KEVIN & COCO Eyeshadows to do this makeup. Cantik tak sister? Moga ada rezeki menang, first time join contest gini. bollywoodmakeup makeupchallenge makeupmalaysia kevinandcococosmetics kevinandcoco

♬ Chammak Challo 2 - 𝐴𝐷𝑋𝑂



Hello Coconuts! Biasa tengok Cuya membeli makeup kan? Semestinya brand KEVIN & COCO.
Boleh baca di bawah ni:



Tengoklah betapa banyak Cuya dah borong brand ni. XD  Sebab pallete dia cantik gilos. Nafsu membeli Cuya membuak-buak. 

So citenya seller ni macam adakan contest kecil untuk semua orang untuk buat makeup Bollywood. So Cuya saja join memeriahkan suasana. Malam ni dia suruh join, malam ni jugaa Cuya try buat makeup bollywood. Entah jadi ke tak, tak tahula...



Jadi tak Bollywood nya? Hhahaha Sebat je ni


Feeling2 hindustan kejap..  hhahahha


Sib baik Cuya memang ada gelang India ni sebab dulu masa Diploma pernah join menari Bollywood.


Moga ada rezekilah menang contest ni. First time join contest makeup2.
Wish me luck!


Nota pinky - Okay tak Cuya makeup?









Friday, February 9, 2024

Cubaan Untuk Menjadi Wanita Tercantik Di Hadapan Kamera Telefon

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Siapa kat sini nak rasa diri dia cantik/ hensem?  Ehh semua orang nak cantikkan! Termasuk si tukang taip ni. Semua orang berusaha untuk tampil cantik dan kemas di mana-mana pon kita berada. Cuma terkadang ada juga waktu di mana kita rasa sangat malas untuk bersiap dan sesekali akan jadi selekeh sebab malas gila nak jadi serba cantik. Kononnya macam nak natural look gitu lorhhhh Hahahahahaha..

Cuya rasa semua orang lebih kurang gitu je, termasuk Cuya sendiri. Bila ada mood nak cantik, segala benda nak nampak cantik. Kalau dah malas tu, dah macam Mak Lampir dah rupa! HAHAHA . Disebabkan  Cuya dah rajin beli makeup, jadi Cuya rajinkan diri juga untuk gunakan makeup Cuya yang baru beli tu. Cuya tak selalu keluar jalan-jalan, jadi Cuya gunakan makeup Cuya untuk buat video @ content di Tiktok.

Maka, terhasillah makeup di  bawah ni. 


Makeup guna eyeshadows KEVIN & COCO.


Lipgloss pon dari KEVIN & COCO Vampire Lipgloss tema Halloween. Udah ku bilang, daku suka banget sama  tema Halloween. HAHAHA



Sedang berusaha untuk menjadi Wanite Tercantik Di Hadapan Kamera Telefon dan di khalayak cermin bilik tidurku.

Ni makeup looks untuk harini juga. Bedal je, takde tema apa2 pon. Makeup pon sebab nak buat video. hehehe


Sorry Cuya memang suka buat muka bila bergambar XD
Acah comel gitu!
Nanti bila dah tua nak gelakkan gambar sendiri puas2 HAHAHA


Iolls muda lagi, Alhamdulilah HAHAHAH
Ye ye je ko ni Cuya xD

Al maklumlah, Cuya tak pernah beritahu umur Cuya kan? Mana pernah Cuya dedahkan kat sini. =P

Korang kan pandai, ce teka ? 

Melalui posting2 Cuya, muka Cuya, cara Cuya berkomunikasi, cara posing,
boleh agak tak? >_<

SALAHHH!!


Eh, korang dah teka belum tu? 😂😂

Siapa jawab betul Cuya lanje lima puloh sen.
Boleh buat beli cikedis. XD


Haish makin lama taip, makin merapu pulak rasa. Sebelum membebel panjang, Cuya cau cincau dulu ya.

Papai!


.

Saturday, February 3, 2024

Review KEVIN & COCO Palletes & Lipgloss

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Harini Cuya terpaksa update melalui fon sahaja. Laptop pulak buat hal 🥲. Alhamdulillah ada fon, walaupun tak selesa nak menaip dekat sini tapi kita teruskan bagi update dekat sini

Cuya dengan produk KEVIN & COCO dah macam best friend sekarang. Asyik nak tengok live dekat Tiktok je hari-hari. Mana tak teracun! Hahahaha Kalini Cuya beli sikit je sebab Cuya nak dapatkan pallete ganti disebabkan eyeshadows Cuya ada satu tu pecah.


Lipgloss dan eyeshadows pallete


Disebabkan Cuya suka akan tema Halloween, Cuya ambil Lipgloss Spooky ni. Bercadang untuk kumpul yang tema Halloween in future. Hehe

Eyeshadows yang seller ganti sebab satu warna pallete pecah. Cantik.. warna natural.




Makeup set Pink Barbie. Cuya dapat ni sebab beli set kombo memang dapat 2 item. Yang ni Cuya tak buka lagi.

Lepasni puasa beli KEVIN & COCO, buat sementara waktu jela. Kekekeke

Lepasni bolehlah Cuya buat looks baru untuk content di Tiktok. Atas dasar suka je, nak popular lambertt lagi. 😂😂


Tuesday, January 16, 2024

Review Kevin & Coco Eyeshadows ( Monster Party)

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Sejak dua menjak ni rajin tengok live dekat tiktok penjual makeup Kevin & Coco. Semua pallete dia cantik gilosss... Kita ni pulak minat makeup kan. Dulu selalu bermimpi nak beli makeup banyak-banyak konon nak jadi MUA ( Makeup Artist) tapi tula....berangan jela dulu ya. Banyak skills kena asah lagi.

Sebab  Cuya rajin join live, Cuya rajin window shopping dalam tu. Cuya akan tanya banyak soalan dalam live sebab nak tengok2 apa yang best. Biasalah, perempuan kan. Rambang mata kita youuu.. Hahahah

Tanya punya tanya, dapat juga yang berkenan di hati.



Comel, macam buku kanak2...
Cuya kan kanak2 riang XD



Isi dalam dia double cute!
Memang terserlah keanak-anakkan Cuya! HAHAHA

tapi perempuan mana yang tak suka benda cute?

Sampai cousin Cuya pon ingat Cuya beli mainan XD




Warna dalam pallete biru


Warna eyeshadow dalam pallete purple



Highlighter dalam pallete pink 


Warna dalam pallete kuning


Rasanya setiap pallete mempunyai tema ikut warna pallete. Cantikk gilosss




Lepastu dapat free lip gloss sebab seller ingat Cuya first time beli. Alhamdulilah rezeki. hehehhe


Selain kumpul buku, eyeshadow adalah favourite Cuya untuk kumpul. Sebab colourful!
hahhahahhaha



Nota kaki: Esok hari Cuya dah start first day kerja! Alhamdulilah. Ada kekosongan di tempat intern lama Cuya yang sudah berwajah baru tu.

I will be part of Malaysia Heritage Studios! Syukurrr

Wish me luck guys!


JOM JOIN GA CUYA!









Thursday, January 11, 2024

Review KEVIN & COCO Eyeshadows

Assalamualaikum, Hello warga Coconuts!

Harini 3 parcel sampai ke mahligai beta. Sejak dua menjak ni beta semakin gian membeli belah tanpa arah tujuan.Hal ini demikian akibat daripada tersesat dalam live yang diadakan di Kerajaan Tiktok. Ahhhhh Boleh jatuh miskin beta!

Tapi benda pon dah beli, yang penting kita enjoy! ( Suara ala Nora Danish)


Lagipon sudah lama beta tidak membeli barang kecantikan semahal ini. Dulu beta obses! Lama-lama sudah makin berkurangan obsesi tapi kini ia kembali meracun diri!




Besar parcelnya. Betul-betul secure.


Beta request bag khas daripada Kevin & Coco


Seller begitu menjaga baik produk yang dikirimkan mereka.


Tada!!

2 Box eyeshadows beserta sekotak lipstick percuma. Oh yeah!




Pallet bergambar KEVIN & COCO Dragon Queen adalah pilihan beta kerana mempunyai 5 page eyeshadows!

Dalamnya ada 98 warna!


Ni page 1


Page 2


Page 3


Page 4 ( Sesuai jadi cream blusher dan lipstick)


Page 5 ( Boleh jadi contour dan highlighter)



Ini pulak set Catwoman Eyeshadow Mana taknya beta menggila membeli!

Eyeshadows yang glamour seperti beta! XD


Ada lipstick

Yang pen tu beta tidak pasti apakah gerangannya.Mungkin eyeliner?


Beta sememangnya rambang mata tengok pallete mekap di kedai Kevin  &  Coco officially Malaysia.
Beta beli di Kerajaan Tiktok

Total harga RM89.30 setelah ditolak diskaun.

Walhal orang sekaya beta tidak perlukan diskaun. Harta beta sahaja sudah mencukupi untuk tujuh keturunan. Tapi Kerajaan Tiktok menggesa beta untuk terima diskaun sebagai tanda terima kasih. Jadi beta pon menerima tawaran mereka.


Begitulah kisahnya.

Inilah pertama kali beta membeli produk Kevin & Coco. Rakyat Coconuts pernah ke mengetahui tentang produk ini?



Jangan lupa join giveaway beta









Followers