Showing posts with label hadiah giveaway. Show all posts
Showing posts with label hadiah giveaway. Show all posts

Thursday, February 12, 2026

Dapat Hadiah Dari Blogger Kak Notie

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Cuya masih belum sempat blogwalking ke blog lain. Moodnya tak sampai lagi. Mohon ampun. Hehe.. Nanti mood dah sampai Cuya tinggalkan jejak ya.

Beberapa hari lepas Blogger Kak Notie ada emel Cuya.



Kak Notie ada buat giveaway di blog dia. Dia nak bagi kain pasang haritu.


Tapi giveaway ni dah tamat ya. Alhamdulilah kak Notie bermurah hati nak kongsi rezeki dengan Cuya.



Alhamdulilah kain dah sampai harini. Cantik warna pink, favourite colour Cuya.

Cuya doakan kak Notie dimewahkan rezeki seperti mana bertebarannya air zam zam ke seluruh dunia, dikurniakan rezeki durian runtuh, rezeki yang tiba tiba, rezeki yang mendekatkan diri dengan Allah, rezeki yang bermanfaat dan rezeki yang tidak pernah habis sebanyak buih di lautan.

Aamin ya rabbal alamin.

Cuya pon tak jangka dapat kain ela ni. Memang rezeki tiba2. Syukur Allah kurniakan rezeki yang tidak pernah habis.

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Alhamdulilah.

Till then, adios amigos 👋🏻 


Saturday, January 3, 2026

Hadiah Top Komentar Blogger Cie


Assalamualaikum, Hello Coconuts! 🥥 

Sempena tahun baru, Blogger Cie ada umumkan pemenang top komentar di blog dia.



Guess what? Cuya dapat jadi top komentar di blog kak Cie! Alhamdulilah... Tak sia-sia gigih komen hari-hari. Kak Cie lak konsisten update blog.

Dan alhamdulilah hadiahnya dah sampai.


Jeng jeng jeng... Besar kotak ni. Ada apa eh?


Tadaaaa organizer baru. Warna pink lak tu! Kak Cie macam tahu-tahu aje Cuya suka pink.
Terima kasih kak cie!

Dipendekkan ceritaaaaaa.....



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Cuya ada juga organizer yang samaaa. Tapi beza warna pink dia lain.

So Cuya total dah ada 3 organizer pink. Hehehe

Untuk organizer baru yang kak Cie bagi ni Cuya tengah fikir, maybe letak di bilik ibu pula sebab meja solek Cuya dah penuh. Nanti Cuya fikirkan.


Alhamdulilah rezeki yang tidak pernah habis. Syukur sangat. Semoga kak Cie dimewahkan rezeki berlipat ganda luasnya seperti buih di lautan. Aamin ya Rabb.

Till then, adios amigos!


Friday, March 14, 2025

Hadiah Top Komentar Kak Suria Amanda dan giveaway Blogger REN

Assalamualaikum, Hello CoConuts!


Alhamdulilah, harini Cuya terima parcel hadiah  daripada blogger Suria Amanda dan juga REN serentak.


Baca juga : 

Dapat Jadi Top Komentar di blog orang lain!




Hadiah daripada kak Suria Amanda:


Masa ni hujan... tiba2 courier datang bawa barang. Cuya pelik lah kotak besar apa ni?
Cuya agak2 hadiah daripada kak SA


Cantik kotak dia, apa ni?



Wah dapat mangkuk porcelain. Sesuai untuk letak lauk panas. Alhamdulilah..

Boleh lah guna untuk letak lauk  raya nanti.. hehe

Cuya first time seumur hidup dapat hadiah mangkuk sendiri. Mangkuk pertama Cuya! XD



Ada 3 saiz. Cantikkan?

Semoga kak SA dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah selalu. Terima kasih sebab sudi berkongsi rezeki dengan Cuya. Moga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan tiada habisnya. Aamin ya Rabb



BACA JUGA :



Haritu Cuya join giveaway daripada blogger REN. Alhamdulilah dapat hadiah sampul raya. 


Cantik doodle REN buat! Kreatif dan teliti sungguh

Terima kasih blogger REN :D

Sesiapa yang nak join giveaway REN boleh la click link atas. Ada rezeki dapatlah juga sampul sama macam Cuya ^^



Semoga blogger REN dimurahkan rezeki seperti sungai yang mengalir dengan deras, seperti hujan yang turun dengan lebat dan sebanyak buih di lautan. Aamin ya Rabb




Syukur atas setiap nikmat yang Allah berikan :)



Thursday, March 13, 2025

Hadiah Top Komentar CCL Dah sampai!

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Sebelum ni Cuya  ada tulis entri yang Cuya dapat jadi top komentar di blog Cik Cappuccino Latte.
And hadiahnya dah sampai!  Alhamdulilah..  Nervous gak nak tahu  dapat hadiah apa. Hahaha


jeng jeng... hadiah apa ini? hehe


Wahhh cantiknya! Memang feminin hadiah dia, sesuai untuk remaja dewasa macam Cuya.

Dalam dia banyak compartment boleh simpan kad.


Alhamdulilah untuk rezeki ni. Terima kasih CCL!
Moga dimurahkan rezeki yang tiada habisnya dan sebanyak buih di lautan. Aamin ya Rabb

Jom la kita komen dekat blog CCL ramai-ramai. :D







Sunday, March 3, 2024

Terima Hadiah Giveaway Daripada Blogger Syazni Rahim


Assalamualaikum, Hello Cooconuts!

Semalam Cuya terima parcel  misteri yang sudah tidak berapa misteri Hehehe 

Baca :

SENARAI PEMENANG GIVEAWAY PERFUME SR JANUARI 2024

Alhamdulilah menang saguhati. Syukur.... Nak tahu tak hadiah apa dia bagi?



Tadaa! First time  Cuya dapat hadiah macam ni.

Ini kak Syazni nak suruh Cuya rajin kemas rumah ni!




Boleh panjangkan pemegang... dasyat... Function teruk!

Kak Syazni kata, dah nak raya ni boleh tolong mak bersihkan kipas.

HAHAHAA

Selama ni Cuya pakai penyapu dengan galah panjang je. Style orang dulu2 gitu.


Terima kasih kak sudi berkongsi rezeki! Semoga dimurahkan lagi berlipat ganda rezeki akak. Aamin...


Lepas ni berkilat la kipas rumah Cuya XD


Nota kaki : Sorry tak menyempat nak BW. Nanti ada masa free Cuya balas kunjungan.






Wednesday, February 7, 2024

Kotak Misteri Hadiah Giveaway Cuya dah terbang macam Pontianak!


Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Korang ingat tak Cuya punya giveaway sampul raya rare 2024 tu? Cuya dah selamat packing dan terbang kepada para pemenang. Alhamdulilah. Bagi yang mengenali Cuya, mesti tahu Cuya jenis suka hias kotak misteri bertema.

Boleh tengok bawah ni:


Boleh tengok dekat tab blog Cuya kat atas ni bahagian ' Creative Thingy'


Di sebabkan Cuya suka sangat tema Halloween, ofcos kotak Cuya hias semuanya berkaitan dengan tema tu. Tapi kalini Cuya hias simple2 je sebab Cuya tak banyak masa. Hehe


KOTAK MISTERI
TEMA : MESSY HALLOWEEN


Mula-mula tulis utusan diraja. Benda ni wajib, al maklum la.. kita Permaisuri kottt XD




Hadiah pertama bertema kan Halloween dan Monster. Yang pertama ni ada banyak penggunaan kain felt so special la hadiahnya.  Mana hadiah boleh balut Cuya balut

Keseluruhan masih  tema Messy Halloween sebab semuanya  terabur. hahahah
Terabur pon satu seni whaatt hehe


Hadiah kedua kotak tema Bat dan Spider. Pelekt dia Cuya guna pelekat yang jenis plastik boleh tampal pada cermin. Masa ni gam terlebih, tu nampak  basah kat kotak. Bedal jela nak, kita kekurangan masa xD


Hadiahnya dibalut dengan tema The Dead Blood Kills Me ( pakai sebat je  eh tema ko Cuya XD)

Sticker dia Cuya guna tattoo sticker which is renyah sebab nak lekatkan perlu guna air. Nampak macam simple je main tampal-tampalkan, tapi perlukan kesabaran dan effort . Hahahah
 Takpe, demi rakyat Coconuts beta!

Nak tahu isi hadiah?
Baca review daripada pemenang kedua Rabia:



Hadiah ketiga Sweet Halloween. Kotak tu warna pink biru, yang sweet tapi ada confetti halloween yang Cuya lekatkan. Dan dibalutkan dengan spider web yang rupa macam rambut kak Ponti pon ya. Kotak ketiga ni dapat special effect wohh.. 


Isi dalam Cuya balut tema Bat & Spider. Simple2 je macam tadi

Hadiah apa pemenang ketiga dapat?
Baca review kak Ct Cheery

Menang Giveaway Sampul Raya Rare 2024 By Permaisuri Cuya


Dari awal giveaway entry akk ni lawak.. sampai terima hadiah pon lawakk... 😂😂😂Memang layak menang, rezeki dia... heheh 


Di akhir kejadian, tapi kotak no 3 masa ni belum bagi special effect spider web tu.

Hadiah pertama dan kedua dapat tagging WARNING! Cantikkan? Cuya suka tagging tu, nampak special.



Harap-harap semuanya suka dengan hadiah Cuya. Hadiah mungkin biasa sahaja, tapi effort Cuya tinggi khas untuk Coconuts! Moga akan datang rezeki Cuya lebih supaya dapat kongsi lagi dengan para Coconuts yang rajin singgah blog Cuya.


Lots of love,
Permaisuri Cuya














Followers