Showing posts with label suprise box. Show all posts
Showing posts with label suprise box. Show all posts

Wednesday, February 7, 2024

Kotak Misteri Hadiah Giveaway Cuya dah terbang macam Pontianak!


Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Korang ingat tak Cuya punya giveaway sampul raya rare 2024 tu? Cuya dah selamat packing dan terbang kepada para pemenang. Alhamdulilah. Bagi yang mengenali Cuya, mesti tahu Cuya jenis suka hias kotak misteri bertema.

Boleh tengok bawah ni:

SUPRISE BOX
πŸ’“Monsters
πŸ’“Vampire

Boleh tengok dekat tab blog Cuya kat atas ni bahagian ' Creative Thingy'


Di sebabkan Cuya suka sangat tema Halloween, ofcos kotak Cuya hias semuanya berkaitan dengan tema tu. Tapi kalini Cuya hias simple2 je sebab Cuya tak banyak masa. Hehe


KOTAK MISTERI
TEMA : MESSY HALLOWEEN


Mula-mula tulis utusan diraja. Benda ni wajib, al maklum la.. kita Permaisuri kottt XD




Hadiah pertama bertema kan Halloween dan Monster. Yang pertama ni ada banyak penggunaan kain felt so special la hadiahnya.  Mana hadiah boleh balut Cuya balut

Keseluruhan masih  tema Messy Halloween sebab semuanya  terabur. hahahah
Terabur pon satu seni whaatt hehe


Hadiah kedua kotak tema Bat dan Spider. Pelekt dia Cuya guna pelekat yang jenis plastik boleh tampal pada cermin. Masa ni gam terlebih, tu nampak  basah kat kotak. Bedal jela nak, kita kekurangan masa xD


Hadiahnya dibalut dengan tema The Dead Blood Kills Me ( pakai sebat je  eh tema ko Cuya XD)

Sticker dia Cuya guna tattoo sticker which is renyah sebab nak lekatkan perlu guna air. Nampak macam simple je main tampal-tampalkan, tapi perlukan kesabaran dan effort . Hahahah
 Takpe, demi rakyat Coconuts beta!

Nak tahu isi hadiah?
Baca review daripada pemenang kedua Rabia:



Hadiah ketiga Sweet Halloween. Kotak tu warna pink biru, yang sweet tapi ada confetti halloween yang Cuya lekatkan. Dan dibalutkan dengan spider web yang rupa macam rambut kak Ponti pon ya. Kotak ketiga ni dapat special effect wohh.. 


Isi dalam Cuya balut tema Bat & Spider. Simple2 je macam tadi

Hadiah apa pemenang ketiga dapat?
Baca review kak Ct Cheery

Menang Giveaway Sampul Raya Rare 2024 By Permaisuri Cuya


Dari awal giveaway entry akk ni lawak.. sampai terima hadiah pon lawakk... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚Memang layak menang, rezeki dia... heheh 


Di akhir kejadian, tapi kotak no 3 masa ni belum bagi special effect spider web tu.

Hadiah pertama dan kedua dapat tagging WARNING! Cantikkan? Cuya suka tagging tu, nampak special.



Harap-harap semuanya suka dengan hadiah Cuya. Hadiah mungkin biasa sahaja, tapi effort Cuya tinggi khas untuk Coconuts! Moga akan datang rezeki Cuya lebih supaya dapat kongsi lagi dengan para Coconuts yang rajin singgah blog Cuya.


Lots of love,
Permaisuri Cuya














Saturday, January 13, 2024

Kotak Misteri Handmade Cuya Unboxing Reaction

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Tahun 2020 adalah tahun dimana Cuya exchange suprise box dengan rakan blogger. Harini Cuya nak share reaction daripada blogger AD bila unboxing suprise box Cuya.

Enjoy!



Suprise box yang kak AD dapat ni adalah 100% handmade Cuya.

Apa pendapat anda?

Berikan komen anda tidak lebih daripda 100 patah perkataan. πŸ˜‚πŸ˜‚


Nota kaki : Apakah ini gambaran kotak misteri giveaway Cuya? Hermmmmm
Anda rasa?





Wednesday, February 24, 2021

Aku Bagi Suprise Box pada Cik Roxa



Assalamualaikum..Hello Coconuts!

Cuya kembali lagi dengan entri suprise box...Oh rindunya nak buat~

Time ada bajet,time tengah rajin..boleh ar buat.Hehe

So kalini, Cuya bagi suprise box pada Cik Roxa kita.  Cik Roxa telah pun memilih  buku yang Cuya akan bagi, dan buku tu semua komik! Al maklumlah, yang ada stok kat rumah komik ja. Ngeh3....

So,kalini suprise box apa yang Cuya create?

Jeng jeng jengggggggggg




Kalini Cuya hasilkan tema Ugly Face of Horror.
Idea ni datang tiba-tiba bila CUya tengok baking paper Cuya dah buruk.

Jadi Cuya burukkan lagi dengan renyukkan kertas tu supaya bagi effect muka berkedut.
Asal boleh je!

dan tadi Cuya dah selesai tengok live Cik.Roxa...dia terkejut dengan box Cuya.

Cuya banyak tergelak je tengok live Cik Roxa\

Apapon..mission accomplished!

Baik,Cuya takkan post gambar.

Korang tengok sendiri ya dalam video. ngeh3.


Apa komen anda?

Kalau nak tengok Suprise Box yang lain,boleh cek dekat



Adios Amigos.. >_0




Thursday, November 5, 2020

Dapat Suprise Box Daripada BFF!


Assalamulaikum,Hello Coconuts!


Previous entri Cuya ada cakap Cuya exchange suprise box dengan BFF, ternyatakan suprise box bff bagi pun sempena birthday Cuya yang lepas. Dah lama dahhh...


Tanya BFF,ni suprise box ke birthday gifts ni?

Dia cakap both. Hahah



Yeayyyy
Cuya dapat :
1)Dua buah komik (tahu aje Cuya dah start kumpul komik2 ni..ngeh3)
2) Tabung (shoo cuteee)
3) Tasbih digital ( pink kaler!)


Cuya dah buat unboxing dekat WS status..hehe
Yang kelakonya, tabung ngan tasbih tu BFF Cuya ada tanya Cuya. Yang tabung tu pulak,Cuya sama2 pergi kedai tengok tabung tu. Exactly yang tu! HAHAHA

Papepon Cuya happy sangat dengan hadiah macam ni.I appreciate every single things. Alhamdulilahh <3

BFF Cuya minta maaf sebab dia bagi sikit je,walhal Cuya bagi lebih sikit.Laaa nama pon suprise box,ikut kita la nak bagi apa.Jadi takde masalah bagi Cuya dia nak bagi apa.Alhamdulilah semua ini rezeki. :D

Thanks Ted!
* Love you till Jannah~*

Aku Bagi Suprise Box Pada BFF !

Assalamulaikum ,Hello Coconuts!

Cuya kembali dengan suprise box terkini.Kali ni exchange dengan BFF Cuya. Kami duduk dekat with each other.


So apa tema kalini? Aaaaaa...kena tengok..lebih kurang je ngan tema2 sebelum ni.
Btw,dah tengok suprise box lain sebelum ni?

Suprise Box:

πŸ’“Monsters
πŸ’“Vampire






Simple je kalini,tapi tema lebih kurang..Heheh...

Jangan lupa subscribe semua! <3



Tuesday, October 13, 2020

Aku Bagi Suprise Box Pada Member Zaman Diploma

Assalammualaikum ,Hello Coconuts!


Harini Cuya baru sahaja hantar suprise box pada kawan zaman diploma dulu.Kalini bukanlah atas sebab untuk bertukar buku,tapi atas dasar suka-suka sahaja.Dia on,Cuya pun On jela...hehehhe

Jom tengok macam mana kotak suprise Cuya kali ni.Takdelah suprise mana,,tapi deko2 sikit2..hehehe

Bagi yang baru disini, jom baca entri Suprise Box yang lain!



Tengok tau video ni!




Apa macam? Okay tak suprise box kalini?
Kalini Cuya buat biasa2 je,ikut kata hati.

Tepek je apa yang ada.
Pembalut putih tu pun Cuya pakai yang untuk recycle punya.
Pakai je apa ada.HAHAHA


.
.
.
.
.
.
.
.
..

.
.
.
.
..
.
.

.
.
..

.
.
.
.
.
.
.

.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

..

.
.
.
.
..

.
..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

..
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.






TADAA!!


Nampak tak 3D effects tu.
Macam biasa,barang daripada obersee
Nak mencari kat kedai?Jangan harap dapat jumpa.
Sekarang semua dihujung jari sis.Hehe

Hadiah untuk kawan Cuya tu pun semua dari online shop.
Jangan lupa komen,share,like dan subscribe channel saya ya!

Cuya memang tak aktif mana youtube, tapi saja cuba-cuba.Hehe
Please support me!


Terima kasih sejuta lemon!

Adios Amigos~
 

Monday, October 12, 2020

Aku Dapat Suprise Box daripada Kasihku Amani



Assalamualaikum,Hello Coconuts! Harini pak posto asyik datang je rumah.Macam banyak nau barang Cuya beli.HAHAHA....Nasib baik kelas pagi tadi batal.Huru hara tau! Sebab platform kitaorang guna macam sesak dan takleh masuk.

Okay,tu bukan perkara utama Cuya nak cite.Harini Cuya terima parcel daripada kak Sha (http://kasihkuamani.blogspot.com/) .

Sebelum ni Cuya exchange suprise box dengan kak Sha.Nak tahu Cuya hantar apa? Jom baca





Jeng jeng jeng..Parcel dia bau wangi wei..hahaha Cuya rasa macam bau dari minyak wangi Mekah pulak! xD

Cuya lupa nak tangkap gambar masa buka kotak,sebab Cuya sibuk buat video unboxing.
Video tu Cuya cuma share di status WS..ngeh3


Tadaa!!

Barang yang Cuya dapat

πŸ’œNovel Sihir Orang Minyak ( Cuya merupakan dropship pertama penulis Khairul Naim satu ketika dahulu dan Cuya dapat banyak buku dia.Kebetulan buku yang ni Cuya belum ada )

πŸ’œBuku Rahsia Chandeliar (Dapat dua buku!)

πŸ’œBuku finacial ( I really need thissss!!!) Cuya memang nak sangat buku camni, Alhamdulilah dapat >_<

πŸ’œLotion (Wangi! Bau rose )

πŸ’œShampoo dan Hair Treatment (Wah lepas ni makin cantik la rambut ku.Kekekeke)

πŸ’œCoklat Beryls Tiramisu (Sedap!)

πŸ’œSepit (Bole la guna untuk deko)

πŸ’œ Pin tudung(Tambah lagi pin kite)

πŸ’œShawl (Pink! Warna ferevet! )

πŸ’œBookmarks (Yeay, dibuat sendiri oleh kak Sha)




Terima kasih Kak Sha!! Moga dimurahkan rezeki dan diberi kejayaan di dunia dan akhirat :)   <3


Thursday, October 8, 2020

Aku Bagi Suprise Box pada Kasihku Amani

Assalamualaikum ,Hello Coconuts!
Kalini Cuya kembali dengan pertukaran Suprise Box aka Mystery Box.Cuya bertukar kotak kejutan dengan Kak Sha. Cuya yang tanya Kak Sha kalau dia nak tukar, Alhamdulilah dia okay saja.

Kak Sha dah terima,jom baca entri dia.

Bungkusan Keceriaan dari Blogger Cuya


Segmen bertukar Suprise Box ni adalah datang daripada entri ni ya -->Give a book, get a book

Nak tengok tak kotak yang Cuya hantar kat Kak Sha?Tutup mata dulu!...Jangan intai ehhh...hehehe




Video ni adalah proses Cuya hias suprise box.Jangan lupa komen,like dan subsribe ya!







Hahhhhhhh

Terkejut takkkkk
Hahahaa

Apa macam tema kali ni?
Cuya pilih tema Horror dan Halloween.
Korang boleh baca tak apa yang Cuya 'tulis' atas kotak tu.

'JANGAN BUKA!'


Sebelum Cuya pos kotak ni pada kak Sha,Cuya tanya kawan2,bole tak diorang baca perkataan Jangan Buka! tu...siap ada yang respon

"Macam mana orang tu nak buka kalau kau tak bagi?"

Hahahaha

So tu luar dia kan..dalam dia macam mana lak?Kenalah selari dengan tema Halloween tapi Cuya buat cute and simple je.


"Macam ni kau kata cute Cuya??"

Okay yang ni takdelah Cute..but macam spooky gitu~ Kalau sesiapa tak tahu,tu sarang labah2 Cuya amik dekat sarang yang terbentuk di umah nenek.Kreatifkan?
.
.
.
.
Siapa percaya gigi dia gongakπŸ˜‚

Tu web special effect Cuya beli dari obersea...ngeh2 Sanggup tu semata untuk hias kotak.Ala takpela,baru syok sikit nak hias kotak

Sekarang ni jom tengok pembalut untuk setiap barang Cuya bagi kak Sha





Simple je kan?Warna dan design setiap bungkusan bertemakan Halloween. Tepi2 bungkusan tu la items yang Cuya guna untuk deco.

Ada yang komen Cuya kena tambah sprinkles,tapi Cuya just go for what i am doing!..Trust yourself la omputih kata


Apa2pon Cuya harap Kak Sha suka la dengan kotak Horror Cuya ni.Dan saya akan menghantui kak Sha selama-lamanya....Muahahahaha!!


Seronok tul hias2 ni.Hehehe

Okay,lepas ni ada projek kotak lagi.Can't wait!

 

Monday, September 28, 2020

Aku Dapat Suprise Box daripada Anak Denesor!


Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Sebenarnya Cuya memang ada buat entri untuk Suprise Box..tapi Cuya hold sebab kak AD (https://www.anakdenesor.com/) belum pos.

So,di pendekkan cerita, Cuya buat exchange box dengan kak AD. Kak AD dah terima dah box Cuya,nak tahu box macam mana Cuya hantar? Kita tunggu dehhh...Suprise!

Harini Cuya memang tunggu parcel dari Kak Ad. Alhamdulilah..sampai sudah. Suprise box kak AD memang suprise betul! Siap ada tema gitu~

Sebenarnya penukaran kotak kejutan ni adalah untuk mengelakkan pembaziran buku yang tak dipakai.Jadi benda wajib yang perlu ada dalam kotak adalah buku.Barang lain terserah nak bagi apa.




TADAAAAAA!!



It's Halloween timeee!!

Cuya selalu excited kalau bab Halloween.Dulu kecik-kecik selalu tengok cerita berkaitan dengan Halloween.Dan teringin juga nak merasai suasana Halloween sendiri.
Eh korang tahu tak Halloween tu apa?Ala macam diorang sambut dekat luar negaraa...
\

Nak tahu,cari sendiri la..
Cuya nak buka suprise box ni! xD



Wuuuuu...Siap ada poems dalam kotak.Menarik2!
Cuya siap baca poems ni...Ada buat video,tapi taknak la tunjuk.HAHA!


Kreatifnya kak AD....macam buat buku2 spells,potions ..dan Trick Or Treat! Sungguh mengimbau memori Cuya dengan cerita omputih dulu2..Shaya Shuka!Shaya Shuka! 






Barang yang Cuya dapat:

πŸ’‹3 buah novel English ( Dibalut dengan pembalut ala2 buku Spells dan Potions)
πŸ’‹Buku nota (Besar) Best ni boleh tulis nota2..tapi sayang!
πŸ’‹Buku nota (kecil) Bole tulis barang nak beli ke,nak plan something ke..heheh
πŸ’‹Buku Doa Harian (Alhamdulilah...ada masa Cuya baca dan amalkan insha Allah)
πŸ’‹Mask extension (Comel gilos..Cuya duk usha je benda ni kat blog kak AD)
πŸ’‹Bangle (Cuya taip entri ni sambil pakai bangle ni..ngeh3)
πŸ’‹Sampul duit yang di design sendiri oleh kak AD.Mantap!
πŸ’‹Coklat!!! ( dah bagi ayah satu,ibu satu, Cuya  empat!HAHAHA tamaknya sister)

Sambil2 taip ni kunyah coklat kak AD ...heheh

Banyak gila kan barang kak AD bagi! Haish Cuya macam... " Aku bagi benda biasa-biasa je kat dia ya ampunnn"

BTW,ni first time Cuya main tukar2 suprise box.Best! Cuya planning nak buat exchange box juga dengan another blogger,guess whoo? Rahsia~  Tak sabar nak approach dia.hehehe Tunggu!

Alhamdulilah...Cuya bersyukur sebab diberi kesempatan untuk exchange Suprise Box dengan kak AD.
Kalau korang berminat nak exchange box ngn kak AD ,boleh contact dia dekat blog dia tau. Kak AD memang kreatif. Pertukaran kotak kejutan dengan blogger lain pon memang penuh kejutan!

Jom lawat Anak Denesor

TERIMA KASIH ANAK DENESOR!


Followers