Assalamualaikum Hello Coconuts !
Semalam adalah hari dimana adik perempuan ibu Cuya balik melawat ke kampung Cuya di Jasin. Diorang balik berempat termasuk sepupu Cuya.
Ada juga tetamu bakal besan makcik Cuya datang ke kampung. Saja-saja diorang ziarah dari Muar kebetulan makcik Cuya pergi ke Muar untuk perbincangan perkahwinan sepupu lelaki Cuya.
Dan family Cuya datang tangan tak kosong. Memandangkan sepupu Cuya , Kak Thirah baru sahaja balik daripada Holland atas urusan kerja, jadi Cuya dapatlah merasa buah tangan dari sana.
Snacks popular daripada Holland
Stroopwafels
Rupa wafels dari dekat.
Kak Thirah kata tekstur asal dia keras
Tapi masa Cuya makan dia dah jadi chewy sambil ada rasa caramel.
Sedappp
Foaming shower gel diperbuat dari Europe.
Tak sabar nak try
Lepastu dapat hadiah daripada sepupu Cuya lagi sorang Iqa.
Hadiah yang tak dijangka.
Tadaa!! Matawang baru!!!
Dapat matawang Indonesia, Thailand dan negara baru dalam list, Rwanda!
Wow... Rezeki2 Alhamdulillah
Kak Thirah dan Iqa pon ada bagi syiling Euro, Rupee dan Rupiah.
Syiling Genting Highland pon iqa bagi. Lawak laa
Dia kata " Ni syiling lama Genting, ko takkan dapat mana2" 🤣🤣
Syiling kak Thirah dan Iqa bagi. Alhamdulillah
Buku matawang kertas Cuya dah penuh! Alamat kena beli baru la ni
Syukur sangat Allah keliling Cuya dengan orang baik2.
Tak lupa juga pada makcik Cuya yang ada menghulur duit pada Cuya . Semoga Allah sentiasa meluaskan rezeki mereka semua dan memberi kejayaan buat mereka dunia dan akhirat.
Terima kasih orang baik!