Sunday, June 14, 2026

Pakej Keceriaan Tiba Di Rumah

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Alhamdulilah segala puji bagi Allah atas setiap rezeki yang Allah kurniakan pada Cuya.

Semalam pakej keceriaan telah tiba di teratak indah Cuya . Pakej keceriaan ini adalah sponsor daripada abang Cuya tercinta atas sedekahnya yang tidak pernah habis kepada Cuya.

Kalau sebelum ni Cuya pernah hadiahkan sesuatu buat anak-anak buah Cuya, akhirnya Tuhan membalas kembali kebaikan yang Cuya dengan memberi kebahagiaan yang tiada tolok bandingnya .

Sesungguhnya hati Cuya berbunga-bunga disertai dengan tumbuhnya benih-benih kebahagiaan dalam hati Cuya kerana barang yang diorder cuma ambil masa sehari sahaja untuk sampai ke mahligai Cuya di Jasin Melaka.

Syukur Alhamdulilah barang sampai dengan selamat walaupun ada sedikit kerosakan yang berlaku. Cuya anggap itu cuma ujian kecil untuk Cuya nak dibandingkan dengan nilai hadiahnya sangat besar kerana ianya adalah sponsor sepenuhnya oleh abang Cuya yang disayangi.

Mari kita lihat pakej keceriaan Cuya yang penuh dengan kemewahan yang telah lama diimpikan 😄


Tadaaaaa. Cuba teka apa ini? Cuya ada 2 set kuromi ni. Besar-besar set ni 



Set mewarna!.. Yang ni set kuromi purple ada 180 pcs. Ada crayon, oil pastel, marker, watercolour, colour pencil, eraser, gam dan pin
Set mewarna kuromi pink pulak luaran jenis aluminium, ada dalam 145 pcs item di dalamnya. Set mewarna ni jenis bertingkat tapi lebih kecil sedikit berbanding kuromi purple.

Sengaja Cuya ambil 2 jenis set mewarna sebab dalam isi dia lain sedikit.



Lepastu Cuya beli buku colouring Spooky Cutie. Memandang Cuya suka kartun tema Halloween, alhamdulilah Cuya jumpa jugak buku yang sesuai ikut tema Cuya nak.



Isi dalam buku colouring tu.
Comel2 kartun dia. Saiz buku pon besar.


Banyak pages dalam dia.


Ni hasil setelah Cuya colouring pakai set kuromi pink bertingkat. Boleh tahan warnanya.



Ni hasil mewarna satu page semalam. Dah lama Cuya tak mewarna rasa seronok sangat
dapat spend masa mewarna setelah berzaman tak mewarna.

Haritu Cuya bagi anak buah colouring set, harini Cuya dapat set mewarna impian Cuya lak.

Orang dewasa mana tak minat set mewarna mewah camni kan. Syukur amat.. 😄

Siapa kat sini minat mewarna?

Tuesday, June 9, 2026

PEMENANG GIVEAWAY KERAJAAN KELAPA 2.0

Assalamualaikum, salam satu Coconuts buat kerajaan Kelapa Bersekutu sekalian!


Masa yang dinanti telah pon tiba! Ayuh kita saksikan kemenangan buat julung kalininya~

Drum roll pleaseeee~ 🥁 

Jenggg

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jenggg

.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
 Jengggggg

Pemenang pertama:



https://hiduptot.blogspot.com/2026/05/giveaway-kerajaan-kelapa-20.html


Pemenang Kedua:

https://nervesmoon.blogspot.com/2026/05/giveaway-kerajaan-kelapa-20.html

Pemenang Ketiga:

https://eyma0913.blogspot.com/2026/05/giveaway-kerajaan-kelapa-20.html


Pemenang Keempat:

https://www.farhanajafri.com/2026/05/giveaway-kerajaan-kelapa-20.html



Tahniah kepada semua pemenang!


Pemenang boleh bagi details ke alamat emel queridoame@gmail.com 
Nanti dah sampai hadiah jangan lupa buat entri tau2 :3


Hadiah akan dipos setelah semua pemenang share details ya...

Yang tak menang jangan sedih2, inshallah ada rezeki kita berkongsi rezeki lagi!


Monday, May 18, 2026

Bonus Shopee Minggu ni. Dah Tiga Kali!

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Cuya baru selesai kumpul coins Shopee tadi. Tula tadi dah tertidur awal, maka terjaga pon awal sangat. Hewheww

Misi mengumpul coins haruslah diteruskan sebab kita nak shopping~


Alhamdulilah Shopee bagi bonus lagi untuk kali ketiga! Minggu ni taktahu la kempen apa. Dan Cuya tak pasti kalau akaun orang lain pon sama macam akaun Cuya, ada bonus.

Sebab lain akaun lain nilai coins dia. Kira ikut nasib la. Cuya tak pasti bonus ni sampai bila sebab dulu coins ni cara dapatkannya lain.

Bergantung pada sistem Shopee tu sendiri.
Kadang tu dia bagi voucher live, kadang dia bagi 100 coins atau 500 coins.

Kadang kena tengok video selama 40 minit shj atau 60 minit shj. So permainan dia berubah-rubah. Ikut suka Shopee la nak bagi cam mana kan.

Yang penting Cuya seronok dapat kumpul coins. Takpela sikit2 kan. Boleh buat diskaun untuk shopping. Sape nak bagi? Shopee la bagi... 😄

Jimat berganda-ganda.. 
Perempuan mana tak suka diskaun? 😂

Nota kaki: Giveaway Kerajaan Kelapa berbaki 13 hari lagi! Cepat2 join!

Tealive Durian Coffee

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Hari Jumaat haritu Cuya saja skrol live Shopee. Lepastu masuk la dalam live Tealive. Cuya baru je dapat baucer daripada Shopee untuk beli dalam live.

Lepastu saja tengok bag oren apa ada dalam Tealive tu. Maka kita pon tersangkut beli sekotak kopi tealive.


Yang bestnya cuma dapat harga Rm2 je untuk sekotak! Jauh beza dengan harga asal. Tapi Shopee bagi promo untuk beli sekotak saja la, kalau beli extra harga dia naik sikit.

Jadi Cuya pon order, ibu yang sponsor 🤣 


Maka sampailah sekotak Kopi Durian. Cuya suka kopi dan suka juga durian. Jadi kita nak rasa apa hasil kombinasi dua bahan ni.



Dalam dia ada 6 sachets kopi. Kalau kita bahagikan Rm2 untuk 6 sachets, adalah dalam Rm0.33 sen satu sachet. Okay la kan.. dapat merasa buat air Tealive sendiri kat rumah.


Bila buka je sachet tu, semerbak bau durian. Best sangattt...



Hasil selepas bancuhan kopi durian dilakukan.

Bila rasa, sedapnya! Memang sesuai kombinasi durian dan kopi ni. Sesuailah untuk sesiapa yang minat kopi dan durian sekaliarung.

Kombinasi yang sangat unik dan menyelerakan. Bau pun harum jee...

Boleh repeat lagi ni kalau dapat harga murah. Terima kasih Shopee belanja voucher! 😆


Nota kaki: Baki Giveaway Kerajaan Kelapa berbaki 13 hari lagi! Cepat2 join!

Sunday, May 17, 2026

Shopee Masih Beri Bonus

Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Harini Cuya bangun awal lagi cam biasa sebab semalam tidur awal. Jadi sementara ada masa free kita collect Shopee coins duluan.


Alhamdulilah untuk kali kedua, dia beri bonus kat Cuya lagi. Tapi buat masa sekarang sistem tengah down jadi Cuya tak dapat nak withdraw coins ni ke akaun utama.

Ni dah kali kedua sistem down jadi macam ni. Sebelum ni Cuya pernah alami dan siap refer customer service Shopee. So Cuya dah tahu dah, Cuya kena sabar je dulu sementara sistem tengah down ni.

Jadi coins yang terkumpul akan kekal dulu dalam akaun live.

So sambil-sambil tu Cuya window shopping la kat Shopee tu nak tengok barang apa menarik untuk dibeli. Cuya dah siap2 add to cart, mana tahu jadi pilihan hati untuk dibeli.


Nota kaki: Giveaway Kerajaan Kelapa berbaki 14 hari lagi! Cepat2 join!

Lagi 14 Hari Giveaway Kerajaan Kelapa Akan Tamat!

Assalamualaikum Rakyat Kelapa sekalian!

Adapun hari berganti hari, waktu pun berlalu laksana air sungai yang tiada berhenti mengalir, sehingga beta menjadi gundah-gulana dan tiada tenteram bersemayam di singgahsana, dek kerana masih ramai lagi rakyat Kelapa sekalian yang belum lagi mencemar duli menyertai Giveaway Kerajaan Kelapa milik beta ini.

Maka bilakah gerangan kakanda dan adinda sekalian hendak berangkat hadir ke teratak beta, mencuci kaki serta memeriahkan majlis anjuran beta yang serba sederhana ini?

Ayuhlah segera, wahai sekalian rakyat jelata! Sesungguhnya masa itu amat mencemburui kita dan tidak sesekali menanti barang sesaat pun.

Sebelum dedaunan luruh menyembah bumi, sebelum bayu bertiup semakin garang, sebelum badai besar datang melanda negeri… maka segeralah kalian menyertai Giveaway beta ini, sebelum kemurkaan beta turun bersama halilintar dari kayangan!





Kliklah pada gambar yang terpampang di atas itu, nescaya barangsiapa yang patuh akan titah perintah beta ini, maka diberkatilah segala stok kelapa di teratak kalian, tiadalah ia akan susut mahupun kehabisan selagi bulan dan bintang masih beredar di langit nan tinggi.

Malah tempayan santan di dapur kalian akan sentiasa penuh melimpah-ruah, pohon kelapa di halaman akan berbuah tanpa henti, dan rezeki kalian akan datang mencurah-curah umpama ombak memukul pesisir pantai.

Namun andai ada yang sengaja berpaling muka serta enggan menurut titah beta… maka bersedialah kalian menerima bala berupa kelapa tua yang keras tiada bersantan, air kelapa masam lagi tawar, bahkan sudu untuk mengopek kelapa pun ghaib entah ke mana!



Yang Benar,
Permaisuri Cuya Wal Kelapa Adinda Sultan Padil Permaisuri Kerajaan Kelapa Bersekutu.



Saturday, May 16, 2026

Terjaga Awal Pagi, Moh ler Kiter Kumpul Coins

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Selamat pagi! Ohayo Gozaimase~.
Jam menunjuk pukul 4:46 pagi ni . Cuya sebenarnya dah terjaga daripada pukul 3 lebih tak silap. Pastu Cuya dah takleh tidur.

Memang biasa gini kalau dah terjaga tu memang takleh tidur balik sebab kita dah tertidur awal.

Siapa ada masalah macam Cuya? Kalau tertidur awal maka terjaga pon awal. Sebab tu Cuya suka tidur lewat sikit.

Tapi tula orang kata tak elok tidur lambatkan tapi kita ni degil . Sama-sama tidur lewat dengan ibu. Ibu pon tak pandai tidur awal agak sebab dulu dia kerja shift kan. Dah biasa tidur lewat.

So pagi ni terjaga maka kita pon sibuklah mengumpul coins Shopee macam biasa. Konsisten is a must!


Road to 1000 coins! Macam biasa Cuya akan kumpul sampai 1k supaya senang sekali withdraw. Sebab dia max boleh withdraw 1k coins.

Kalau bawah lagi boleh withdraw 50 coins jer. Jadi kenalah bersabar sampai reach 1k coins.

Kadang orang tengok nilai coins ni macam sikit amat, tak berbaloi . Percayalah, setiap sen tu sangat bernilai sebenarnya. Kita je kena belajar menghargai.

Semalam kawan Cuya siap Whatsapp lagi Cuya cane Cuya kumpul coins. Dia macam tak sangka coins ni boleh buat banyak penjimatan. Selama ni dia macam caye tak caye je dengan coins ni .

Hah Cuya dah buka mata orang lain. Function tau coins ni. Sape nak bagi kita duit diskaun untuk shopping?

Benda yang sikit tu lama2 kalau dikumpul menggunung juga betul tak? Yang penting sabar dan terus konsisten mengumpul. 💪🏻😄

Dah kumpul coins ke tu?


Nota kaki : Korang dah join giveaway Cuya lom? Klik banner belah kanan atas sekali ya view web version baru nampak.

Friday, May 15, 2026

Menang Top Komentar Cik Cappuccino Latte, Hadiah dah sampai!

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Alhamdulilah bulan lepas Cuya berjaya jadi top komentar di blog Cik Cappuccino Latte.


Dan hadiah dah selamat sampai semalam. Video unboxing dah release awal di status Whatsapp. Hahaha 😂 yang tahu je tahu.

Sebelum ni Cuya pernah jadi top komentar pertama kali juga di blog CCL tahun lepas. Kira ni kali kedua lah menang.



Kalini apa pula suprise gift daripada CCL?

Mari kita tengok ~

Bukan satuu, tapi dua hadiah!


Elianto Perfume Rosey Shower Gel. Wah wah...lepas ni takde alasan untuk tidak mandi ni. Ni wajib mandi 5 kali sehari! 🤣 


Dapat lagi Elianto Perfumed Rosey Body Mist.

Lepasni Cuya berwangi-wangian lerr... dijamin tidak busuk okayyyyy . Semua orang nak cium Cuya nanti! HAHAHA 😂 

Cuya tak pernah try mana-mana brand Elianto sebelum ni. Dapat juga merasa.


Alhamdulilah, inilah rezeki Allah beri yang tiada habis-habisnya. Syukur sangat.. 

Terima kasih Allah. Terima kasih CCL!
Semoga CCL dimewahkan rezeki sebanyak buih di lautan dan rezeki yang melimpah ruah yang tiada habisnya. Aamin...


Korang pergi terjah ya blog CCL, pergi komen banyak-banyak tanda support blogger lain!


Nota kaki: Korang dah join lom giveaway Cuya? Klik banner belah kanan, view web version baru nampak banner tu.

Misi Mengumpul Coins Shopee Diteruskan

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Macam biasalah Cuya akan update proses Cuya mengumpul coins hari-hari sebab dekat blog ni tak tahu dah nak update apa.

Agaknya ada yang terinspirasi untuk mengumpul coins sama macam Cuya 😂. Kita bagi semangat kepada semua untuk sama-sama kumpul coins. Jiayokk!


Ni coins dalam akaun utama. Jap lagi Cuya nak guna sebab ada barang ibu yang nak dibeli untuk raya Haji ni.



Ni ada baki dalam akaun live. Macam biasa Cuya akan kumpul sampai reach 1000 coins baru withdraw daripada akaun ni.

Untuk kempen minggu ni dia banyak bagi voucher untuk live. Cuya pon tak tahu ler ada beza ke tak harga barang live lepas ada kewujudan voucher ni. Sebab Cuya tengok takde pon barang semua turun harga. Atau mungkin barang tertentu je dapat voucher ni.

Tengoklah kalau ada barang berbaloi nak dibeli, mungkin boleh beli. Kalau takde, so takyahlah guna voucher tu sebab Cuya ada target barang yang nak dibeli.


Misi Memburu Coins Shopee Activated!


Nota kaki: Korang dah join giveaway Cuya lom? Klik pada banner atas sekali belah kanan, view web version baru nampak.

Thursday, May 14, 2026

Shopee Beri Bonus!

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Macam biasa harini Cuya teruskan misi mengumpul coins Shopee. Tup2 Shopee bagi extra bonus harini.


Dua kali dapat 500 coins bonus harini . Wahhh terima kasih Shopee! Tak jadi dah nak merajuk dengan Shopee. Selepas bersusah payah ada juga kesenangannya yang Allah kurniakan.





Hasil tengok live harini. Alhamdulillah.. syukur atas nikmat kurniaNya. Harini boleh tersenyum tengok coins hadiah daripada Shopee


Misi mengumpul coins diteruskan! Kambate kudasai 💪🏻 Kita menabung sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Mungkin dalam minggu ni tengah ada kempen Shopee kot sebab tu la dapat bonus. Korang tak try ke kumpul coins Shopee? 🤭

Next dah ada target nak beli apa, tapi masih pusing pusing lagi dalam Shopee. Kita window shopping.

Nota kaki: Korang dah join giveaway Cuya lom? Klik banner belah kanan atas view web version nanti nampakla banner tu.

Wednesday, May 13, 2026

Episod Malas Memasak Tapi Rajin Kumpul Coins Shopee

Assalamualaikum Hello Coconuts!


Hari demi hari makin malas nak memasak ya. Tapi kita gigihkan jugak memasak sebab ada perut yang perlu diisi.

Kalau duduk sendiri takpeler, makan biasa-biasa je. Ni duduk ramai kenalah memasak walaupun malas .

Marilah bersama saya dalam episod malas memasak. 



Siap nasi goreng ayam saya. Memang serious malas memasak, tapi terpaksa juga memasak. Gigihkan jugaa...



Ni pon malas memasak, maka ibu lah yg rajin merebus. Cuya cuma tumbuk gula Melaka. Ngammmm


Sekali lagi malas memasak, maka kita masak sambal ikan bilis.

Daripada malas memasak, jadi tetaplah memasak walaupun malas. Hehe


Ni Cuya rajin. Setiap kali kul 8 ada game Shake Shopee untuk dapatkan coins . So Cuya dapatlah 7 coins. Okayla daripada takde. Dah beriya shake pon cuma dapat 7-8 coins .



Coins reward setakat ni di akaun utama. Untuk harini dah siap collect.


Ni coins collect daripada live dan video Shopee. Lagi sikit nak cukup kan 1000 coins. Jiayok!!!..

Usaha tak mengkhianati hasil!

Alhamdulillah dengan coins Cuya kumpul, dapat belikan hadiah untuk anak2 buah. Harini anak buah Cuya dah terima hadiah set mewarna Cuya belikan tu. Dia dah pasang angan-angan nak bawa set mewarna gi sekolah untuk subjek pendidikan seni dia tu. Seronok diorang.

Bila buka je set mewarna tu masing-masing macam " Wowwwww". Dulu masa Cuya kecik selalu berimpian nak set mewarna macamtu. Alhamdulillah Cuya penuhi impian Cuya dgn belikan anak buah Cuya set mewarna. Semoga bermanfaat lah buat anak buah Cuya.



Anak buah Cuya yang perempuan tu ingatkan painting pallet tu mekap 😂. Dia memang suka mekap tapi Cuya tak belikan la . Cuya harap diorang happy terima hadiah kecil Cuya. Selalu Cuya terima hadiah, kalini Cuya pulak memberi.

Anak buah Cuya yang lain Cuya berikan buku nota, sticker, pensil case dan yang dewasa Cuya berikan mekap. Anak dara sorang tu dah pandai mekap dah. Bila tanya mana belajar? Rupanya kawan2 dia semua pandai mekap.

Kalau tak dulu dia mana pandai mekap. So Cuyakan memang mekap collector, Cuya bagi je set mekap Cuya pada dia. Alhamdulilah Cuya dah ada geng mekap dah sekarang. Baru syok nak beri mekap.



Nota kaki: Korang dah join giveaway Cuya? Klik banner belah kanan atas sekali ya. View web version baru nampak.


Apa Komen Chatgpt dengan blog Cuya

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Tadi jenguk blog kak Notie, nampak chatgpt komen pasal blog dia.

Kalini Cuya nak cubalak chatgpt komen pasal blog Cuya lak.



" Diari Magik Seorang Perempuan Kreatif"

Wahh memang kena. Sebab Cuya kan selalu share benda kreatif dekat blog ni. Cuya suka buat benda2 seni ni.

Dah lama rasanya tak share benda2 seni ni kan. Taktahu nak buat seni apa lak.

Kan bagus kalau boleh jadi cikgu seni ada anak-anak murid sendiri. Cuya memang bercita- cita nak mengajar anak murid sendiri.

Memang minat mengajar tapi ada penghalang untuk Cuya gapai cita-cita Cuya. Kadang rasa macam kenapalah Allah tak beri peluang kat aku untuk mengajar, tu kan minat aku?

Dari dulu lagi Cuya bercita-cita jadi pensyarah ke.. tapi Cuya tak mampu nak gapai walaupun Cuya sesuai jadi pengajar. Ibu pon cakap Cuya ada potensi boleh mengajar dan Cuya sendiri tahu Cuya boleh mengajar.

Tapi disebabkan satu perkara ni, cita-cita Cuya macam terpaksa dikuburkan.
Ke akan ada ya peluang tu? Mungkin nanti didik anak sendiri agaknya? Walaupun entah tak nampak masa depanku 🥲


Buat masa sekarang syukur la apa adanya . Allah ada, Allah jaga. Yakin saja dengan rencana Allah inshallah semuanya akan baik-baik saja untuk kita.

Allah dah sediakan rezeki untuk setiap hambanya. Tak mungkin aku takut miskin sedangkan penciptaku Maha Kaya..

Nota kaki: Korang dah join giveaway Cuya lom? Tekan banner belah kanan atas. View web version untuk nampak banner tu.



Cadbury Peppermint



Assalamualaikum Hello Coconuts!

Harini Cuya nak review coklat yang Cuya beli dari Langkawi.

Coklat harini adalah Cadbury Peppermint.


Saiz dia sama macam coklat Cadbury lain. Tapi intinya saja berbeza.


Luaran dia macam ni. Macam nampak line hijau dekat tepi coklat tu.


 
Dalam dia ada cecair hijau, perisa mint dia la tu. Rasa dia kombinasi rasa coklat Cadbury dan mint. Lebih kurang saja rasa coklat mint lain bezanya yang ni cecair hijau dia rasa likat.

Sedap la rasa dia. Coklat dia mencair dalam mulut bersama mint tu. Nak describe panjang2 pon dia cuma ada dua kombinasi jer. Yang penting kenalah dengan tekak Cuya yang memang peminat coklat .


Cuya perhatikanlah coklat celebration Cuya ni. Yang bawah ni.


Haritu banyak ni. Last2 Cuya tengok tinggal 3 pieces jeeee. Mana pergilak coklat aku ni??

Pastu tanya ayah " Ayah habiskan coklat Nasuha eh??"

" Dah kau suruh makan. Makan jelaaa"


Herm memang sah ayah makan coklat Cuya. Dia memang dah tua2 ni kuat manis lak. Dia ajer yang makan coklat tu. Sabo jelaaaa 😂 


Boleh banyak2 tu tinggal sikit ajer coklat Cuya. Orang nak makan sikit sikit, dia tiap masa nak makan. Adehhhh

Kang jangan sampai kena kencing manis sudahh. Hahaha..


Nota kaki: Korang dah join giveaway Cuya lom? Kalau belum klik banner belah kanan atas. View web version baru nampak banner tu.


Followers