Followers

Saturday, April 20, 2019

MAPS oleh Cyda Yusof


Bonjour!

Harini seketul Cuya rajin nak buat review novel MAPS oleh Cyda Yusof.
Mengisahkan seorang wanita bernama Izly yang ditinggalkan oleh tunangnya.Majlis dah buat persiapan,sampai hati tunangnya tinggalkan dia!Izly nekad,nak ingin mencari pengganti tunangnya.
Pada mulanya,rakan-rakan baiknya menasihati dia untuk pergi bercuti.Jadi,Izly pun dengarlah cakap mereka memandangkan mereka kawan baik Izly.Masa dia pergi bercuti tu,dia terserempak dengan seorang lelaki,dan di situlah cerita mereka berdua bermula.


Apa yang jadi pada Izly?Adakah mereka jatuh cinta pandang pertama?Mampukah Izly atasi tekanan yang dialaminya?
Jawapannya ada pada MAPS.

Jalannya cerita yang simple dan tak beratkan kepala.Patut beli!



"Tunjukkan saya maps!Supaya saya tahu jalan ke hati awak ."


Friday, April 19, 2019

Masak Apa tu? (Cerita Pendek)



"Mak , harini masak apa?" kata aku pada mak.
"Tengoklah dalam periuk ada bubur kacang merah.Air sirap pon ada tu..." mak membalas
Aku pun bergegas berlari ke dapur.Bau masakan mak sungguh menyelerakan, aku dengan rasa seronoknya tinjau ke dalam periuk.
'Wah!Nampak sedaplah..' getus hatiku.
Aku mencedok bubur kacang ke dalam mangkuk.Bukan sedikit ,tapi dalam kuantiti yang banyak.Maklumlah,perut sudah berdondang sayang.Aku menghirup perlahan bubur itu.
'Erm...lain macam pula bubur ni,tapi sedap!'.
Aku makan dengan rakusnya.Habis comot pipi aku.Aku hampir tercekik lalu aku memegang leherku, mengharapkan benda yang tersekat di dalam kerongkong keluar.
"Eh,kacang?Herm..Patutlah sedap." ngomel aku.Lalu, aku hirup air sirap yang mak sediakan.Rasanya luar biasa!





Usai makan aku memeluk mak di pinggangnya.
"Mak...sedap mak masak harini.Mana mak dapat bahan-bahan tu? Kita bukan ada apa-apa pun dekat rumah ni."
"Ala..mak cincang daging ayah kau je.Air sirap tu perahan daging dia la tu..sedap kan?"
Aku tersenyum sambil mengangguk kepala.Haritu merupakan hari bahagia aku sebab dapat makan makanan yang paling sedap!


                                                  


Apa macam,seronok kan dapat makan bubur kacang?ngeh3~

Hadiah Novel Dari Fb dan Daripada Bos

Hai,ketemu lagi.Hehe...
Sejak join dropship buku,rezeki buku tu sentiasa ada.Serious pelik....
Tapi mungkin juga kerana gigihnya seketul Cuya untuk join contest di fb,al maklum la...berkawan semua dengan pembaca buku dan novelis. XD
So di bawah antara karya-karya yang Cuya dapat percuma daripada contest dan juga atas sebab Cuya jadi dropship.


Ni zine daripada contest anjuran novelis Aeyfa Nasri.

Ceritanya simple tapi membuat rasa nak baca sambungannya.Sayangnya tiada sambungan kisah ni,tapi ada sambungan kisah watak dalam ni.Iaitu Bob.

Di atas ialah sebahagian hadiah contest  dan juga hasil daripada jadi dropship.

Sekarang ni Cuya jual novel seram thriller karya Khairul Naim.

Antara novel-novel beliau

SIHIR ORANG MINYAK
JELMAAN
JELMAAN 2
NERAKA BAWAH RUMAH
LINDUNGI AKU
BASHAH EPISOD 1


Kalau siapa beminat,sekarang ni ada PROMO APRIL
RM100 UNTUK 7 BUAH NOVEL.

TERHAD KEPADA 10 PEMBELI PERTAMA.
Kalau berminat boleh ws Cuya  www.wasap.my/60135800776

No photo description available.

FB Raysie Rants dan berubah nama ya kepada Cuya Mofa

Makin bertambah koleksi buku Cuya,,,bacanya idok lagi..xD
Ku seru semangat membaca!

Terima kasih kerna sudi membaca.

#MalaysiaMembaca

Thursday, April 18, 2019

Menang Contest di FB (Novel)

Assalamualaikum semua.I am super excited sebab a few days ago i received parcel from satu penerbitan bernama Love Novel.Parcel ni memang Cuya lama dah tunggu.Hadiah sempena kemenangan contest yang berlangsung di fb.Syaratnya kita kene share banyak kali untuk menang share terbanyak.Dan Cuya berjaya mendapat antara top 5.Masa tu macam tak percaya tapi akhirnya usaha Cuya terbalas juga.Gigih wei Cuya duk 'share' je keje.

Cuya dapat PAKEJ SILATURAHIM
Banyak betul novel dia bagi.Alhamdulilah rezeki..

Dan sebenarnya Cuya terima 2 parcels dalam hari yang sama.

Lagi satu hadiah buah tangan kawan baik Cuya,Liza.
Terima kasih Liza sebab baik hati sangat bagi hadiah ni.Aku akan save nama kau dalam blog ni.Ni kawan sama belajar diploma.
Rindu kau!



P.s-Bila lah Cuya akan mula membaca semua novel2 Cuya?



Tuesday, April 16, 2019

Segmen Bloglist Shuhaida #3



semerah warna bunga,
merah lagi buah epal
sebesar mana GA ada,
besar lag hati yang kebal

*Nak cakap berbesar hati nak join..kekekekek



Terma & Syarat :
1. Follow blog Shuhaida Saad ni.
2. Komen bersama link blog korang.
3. Entri nak buat atau tak, terserah.
4. Tunggu shu update dan masukkan dalam list shu.
5. Done.

Tarikh Tamat :
18-Apr-2019 (8.30 malam)



Monday, April 15, 2019

Abam Kie's Birthday Giveaway










APA HADIAH2NYA???





Hadiah Utama: Novel Preloved X 4 Pemenang

Hadiah Saguhati: Topup RM5 X 4 Pemenang

Peserta pertama dan terakhir akan mendapat topup bernilai RM5

Jumlah pemenang ialah 10 orang.








Hadiah best2 tu!











Moga Abe Kie dikurniakan kesihatan 

dan semoga dimurahkan rezeki!

















Sunday, April 7, 2019

Giveaway Road to 8 Million Pageview




   

KLIK BANNER UNTUK JOIN
 TAMAT 12 APRIL 2019

Cek Mek seorang yang kaya,
Di mana saja pasti membeli,
Giveaway menarik sudah tersedia,
Mari kita join sekaki,

Pageview sudah 8 juta,
Alhamdulilah rezeki berlimpah,
Mari rakan saudari saudara,
kita tambah pageview yang ada.

Pelbagai benda yang dicerita,
Dari review resipi pon ada,
rugi kita tak terjah sana,
apa lagi moh singgah!


Cara menyertai “Giveaway :: Road to 8 million pageview”

1) Wajib follow blog ini www.ceriteraibu.com
2) Wajib follow IG : afdilah17 dan gajet_ibu_moden
3) Wajib like/follow facebook : norafdilahlias , ceriteraibudotcom & GajetIbuModen 
4) Buat 1 entry bertajuk “Giveaway Road to 8 Million Pageview” dan backlink kan banner ke entry ini.
5) Tinggalkan komen dan link entry korang di ruangan komen di bawah.





1) 10 blog akan dipilih untuk diletakkan dalam bloglist blog Dilah.
Bloglist ni tak pasti sampai bila, kalau Dilah terlebih rajin mungkin 3 bulan sekali akan tukar. Atau mungkin juga setahun sekali.. So jangan lepaskan peluang untuk dipilih masuk dalam bloglist Dilah nanti ye..
2) 2 hadiah misteri kepada 2 orang peserta.










SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI.















Wednesday, April 3, 2019

Giveaway bersama Sponsor by Mrs Pip




Giveaway ini bermula hari ini 15.3.19 sehingga 5.4.19 dan pemenang akan dipilih menggunakan khidmat random.org atau sewaktu dengannya



Saya Follow.



Book Giveaway by JJM & Friends




Pembaca buku riang ria,
Ada giveaway yang tersedia,
Ayuh rakan ayuh semua,
Kita menurut serta.

KLIK GAMBAR UNTUK JOIN.