Thursday, December 22, 2022

Cuya Jual Preloved ( Novel & Komik)


Assalamualaikum, Helo coconuts!

Sementara Cuya sedang berehat di rumah, Cuya sibuk menguruskan jual beli buku prelove Cuya di bawah ig @prelovebukubycuya 

Kebanyakkannya yang dijual adalah komik- komik yang Cuya sudah habis baca. Kalau korang free, jom la lawat, mana tahu ada berkenan nak beli untuk diri sendiri atau anak- anak. Cuya saja mencari duit untuk diri sendiri. Hehe  Jom support ^^






  Dan ada lagi beberapa buah novel yang lain.  Jom la singgah igshop Cuya..


Sebenarnya Cuya nak jual kat Shopee, tapi sistem courier Shopee ni dah lain, jadi tak best. 
Kawan pon ada cakap, orang dah jarang beli kat Shopee, sekarang Tiktok yang sedang mencanak naik.

Tiktok penyebab duit habis , Tiktok juga  naikkan ekonomi.

Hahaha


Dulu Cuya rajin jadi affiliate, macam dropship la. Kalau jadi affiliate, kita beli barang yang kita affiliate tu pon kita dapat komisen. Seriousss  Cuya pon pernah try beli barang yang kita jadi affiliate.

Cuma Cuya dah lama tak menjual dekat tiktok, hilang mood kot. Mood kelaut gila masa tu.
Habis social media Cuya tak online pon. Haha


Korang kalau berminat bole ws Cuya dekat link di bio IG Cuya ya.

Adios Amigos!


Monday, December 12, 2022

" Ibu, Nasuha dah besar. Boleh ke Nasuha bercinta?"



Assalamualaikum, hello coconuts.

Semakin hari semakin menginjak dewasa seketul Cuya. Sampaikan makin lama spend masa dengan ibu ayah di rumah, semakin banyak persoalan yang Cuya akan tanya.

Cuya memang seorang yang straight forward atau jenis cakap tak tapis. Jadi, kalau Cuya ada soalan, mesti Cuya akan tanya direct je. Sebagai seorang yang boleh dikatakan dah dewasa dan dah sampai masanya untuk Cuya mencari pasangan hidup, Cuya suka ajukan soalan yang seorang kanak- kanak tak akan tanya.


Macam tajuk entri kali ni, itulah antara persoalan Cuya terhadap ibu. Cuya sejak sekolah lagi, kalau sukakan seseorang, Cuya tak pernah nak jujur dengan ibu. Sebab Cuya tahu ibu ni macam mana, dia mana suka Cuya bercinta monyet. Cuya rasa, bukan ibu sorang je macam tu. Mak mak lain pon sama kan?

Jadi, Cuya berani tanyakan soalan, " Ibu, Nasuha dah besar. Boleh ke Nasuha bercinta?" pada ibu.
Jawapan ibu agak pendek .

" Takpe, kita tengok nanti macam mana. Biar Allah yang tentukan" begitulah bunyinya.

Ikutkan jawapan ibu tu mungkin Cuya faham, yang ibu dah bersikap terbuka untuk Cuya berkenalan dengan mana-mana lelaki.

Walaupun hakikatnya, sejak sekolah lagi Cuya pernah bercinta monyet. HAHAHA  Apa boleh buat, perasaan suka dan sayang tu kan fitrah manusia. Namun begitu, cinta monyet Cuya sering kali diakhiri dengan kekecewaan.

Ada masa, orang suka Cuya, Cuya tak suka dia. Ada masa Cuya suka dia, dia tak suka Cuya. Itulah lumrah hidup.

Bila tengok sekeliling, kawan- kawan Cuya ada yang dah beranak dua, dah kahwin dan dah bertunang. Sedangkan Cuya masih sendiri. Tak tahulah nak kesian diri sendiri ke nak gelak. HAHAHA  Cuya faham, ini semua ujian daripada Allah.

Bukan Cuya tak cuba untuk mencari seseorang sebagai teman hidup, tapi mungkin Allah tahu Cuya belum ready untuk berumah tangga.

Cuya selalu cakap " Nak kahwin...tapi takde pasangan. Nak kahwin..tapi tak ready. Macam mana ni?"

Memang kita tengok orang yang kahwin semuanya indah-indah belaka sedangkan kita tahu langit tu tak selalunya cerah. Ingat kahwin semudah ABC ke? Awak suka saya, saya suka awak, kita kahwin?

Jangan mimpilahhhh

Cuya harap, semua yang membaca ni dapat mendoakan Nurnasuha Mohd Fadzil dijodohkan dengan lelaki yang memang selayaknya untuk Nasuha. Moga yang terbaik ditakdirkan untuk Nasuha.


Cuya mengaku, memang Cuya ada suka seseorang tapi apakan daya, mungkin hati dia tak tergerak untuk Cuya. 

Ya Allah, entah apa lah yang Engkau rencanakan untuk aku. :):



Cuya akhiri entri dengan gambar Cuya yang agak terkini untuk tatapan semua.

Cuya dah besar, Cuya okay!











Friday, December 9, 2022

Keychain Nama Perler Beads

Assalamualaikum, hello coconuts!

Lama Cuya tak update aktiviti arts. Skroll kat blog tengok button kat tab atas bahagian ' Creative Thingy', rupanya Cuya takde buat posting arts langsung walaupon Cuya ada buat.

So kalini Cuya share karya keychain nama yang simple Cuya buatkan untuk kawan- kawan dan officemate.



Ni nama2 orang di tempat Cuya praktikal which is in Mini Malaysia and Asean Cultural Park di Melaka.

Sebagai kenangan Cuya untuk diorang, Cuya buatlah keychain nama. Warna kecyhain pon berdasarkan warna favourite diorang. Cuya harap diorang suka la

One of the staff cakap Cuya ni sweet sebab suka beri macam2. HAHA



Ni pula keychain dan gambar2 Cuya print untuk kawan2 Cuya yg mostly classmate sempena perjumpaan . Itulah perjumpaan kami setelah 2 tahun belajar online. Happy gila masa tu.

Bayangkanlah selama ni kami belajar online sahaja, tak ke bosan? Alhamdulilah

Cuya siap tulis surat cinta lagi untuk kawan2 Cuya. Gigih tak gigih? Hehe

Cuya rasa Cuya ni macam romantik dengan kawan2 sendiri lak. Lucu! 🤣🤣

Mungkin sikap Cuya memang gitu, suka memberi kenangan yg sweet2.


Cuya hargai semua orang yang memberi memori indah dan tak indah. Baik, itu sajala perkongsian Cuya. Pendek saja, panjang2 siapa nak baca kan?

Terima kasih!