Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Wednesday, January 29, 2025

Bisnes Jual Komik

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Memandang Cuya ni peminat komik, Cuya pon jual buku preloved especially  komik. Cuya lepas dah habis baca komik kalau dah taknak simpan lagi Cuya akan jual sahaja sebagai preloved. Mana Cuya nak, Cuya simpan.

Kadang-kadang ada komik yang bagi Cuya kurang menarik untuk dibaca lagi atau siri terlalu panjang maka Cuya let go sahaja untuk kosongkan rak. Ada masa Cuya cari stok komik untuk dijual balik. Tapi yang tu kena rajin selam mencari komik dekat platform tertentu.





Yang atas ni semua Lawak Kampus untuk dijual.
Belum ada pemilik lagi




Yang 3 gambar atas ni dah terjual orang beli lumpsum. Alhamdulillah 




Ni koleksi komik Cuya. Sayang gila nak letgo.
Nila mini library Cuya. Ada lagi sebahagian buku dalam kotak. Dah takde ruang nak letak

Sampai satu part ibu kata nak buang je buku Cuya 😂😂 Adeh jangan begitu.

Teringat kisah orang share dekat group komik pasal mak dia bakar semua komik dia. Kesiannya... Dia ada kenangan buruk yang tak boleh dilupakan.

Alhamdulillah ibu Cuya sekadar mengugut hehehe

Jangan dibakar buku saya, ku rela jual je.

Tapi ayah Cuya pernah campak komik Cuya untuk dibakar, pastu Cuya kutip balik.

Bapak2 memang gitu eh dulu2? Suka bertindak melulu..kesian kat anak2. Nasib baik sekarang ayah Cuya tak macam tu. Kalau tak, Cuya sorokkan barang dia 🤣🤣 balas dendam terus ehhh haahahah

Friday, January 24, 2025

Penyampulan Buku

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Macam pelik je kan tajuk entri kali ni? Terasa janggal pulak sebab jarang dengar perkataan 'Penyampulan'. Wujud ke perkataan tu? Hehe

So ceritanya Cuya harini pergi ke Family Store ( FS), mencari sedikit barang basah dan juga barang Cuya. Cuya cuma cari  satu barang, iaitu plastik ziplock untuk buku. Eh, buku pakai ziplock ke? Boleh saja untuk protect buku. 

Sebenarnya Cuya ada beli di Daiso AEON haritu, tapi mahal gila sebab ziplock jenis  tebal. RM5.90 hanya dapat 7 plastik saja. Nasib baik berkualiti. Tapi rugi la kan sebab dapat sikit je. Kalini Cuya cari juga  di FS.Walaupun saiz dia macam tak kena, tapi asal boleh saja la. Malas nak beli online.



Sebahagian buku untuk dimasukkan ke dalam plastik ziplock


100 pcs cuma RM16.90 je. Tapi besar punya la boleh muat beberapa buku.


Sebahagian buku dah ziplock


Selama ni Cuya tak pernah terfikir nak ziplock buku macam ni.
Rupanya boleh protect keadaan buku daripada berhabuk dan kuning.
Barulah Cuya tahu bila tengok orang lain share info.

Alhamdulilah settle sudah penyampulan buku. Tak banyak pon buku, banyak dah jual.
Seronok buat kerja ni, macam bungkus goodies. Hahaha

Haritu dah lah sibuk balut goodies kan, ni balik rumah kena membalut lagi.
Masih banyak lagi berbaki ziplock ni, itu tanda nya kena beli buku baru.

 Hehehe





Wednesday, October 30, 2024

Review Buku Tuhan Aku Ingin Sembuh Oleh Adnin Roslan


Assalamualaikum dan selamat pagi buta sudah. hahaha. Malam ni lewat Cuya tidur jadi sengaja nak tulis review.

Sebelum ni Cuya ada menerima beberapa buah buku daripada housmate lama Cuya zaman uni iaitu Sabrina. Sabrina dia up status pasal nak let go buku dia secara percuma jadi Cuya pon pm la dia.


Salah satu buku tu bertajuk Tuhan Aku Ingin Sembuh penulisan Adnin Roslan. Buku tu tebal dan harga pon boleh tahan mahal. Jadi Cuya bersyukur sangat sebab berpeluang untuk baca buku ni memandangkan buku ni memang tengah hype dekat TikTok.




Dalam buku ni dia ada tajuk mengikut bulan, jadi suka hati kita nak baca tajuk apa dulu.


Setiap bulan akan diiringi dengan puisi daripada penulis berkenaan dengan tajuk tertentu.




Kemudian setiap tajuk akan diakhiri dengan kisah2 nabi kita yang saling berkait mengikut topik yang disampaikan.






Bagi Cuya buku ni sangat- sangat bermanfaat sebab topik yang dibawakan juga menarik untuk dibaca. Dan kisah nabi yang tertulis juga membolehkan kita mempelajari tentang nilai kehidupan yang mungkin sebelum ni kita tidak pernah ketahui.


Sebenarnya apa yang nabi kita alami, kita juga turut mengalami situasi yang sama. Maka dengan itu kisah nabi boleh dijadikan pengajaran untuk kita menghadapi masalah duniawi ni.

Bagi Cuya buku ni memang bermanfaat untuk semua golongan baik muda atau tua sebagai tanda peringatan untuk diri dalam kita memperbaiki kehidupan kita. Cuya baca buku ni berulang kali supaya Cuya dapat kaitkan situasi Cuya dengan penyampaian daripada buku ni.

Sesuai dengan tajuk buku ni tentang kesembuhan diri, sedikit sebanyak hati Cuya berjaya disembuhkan dengan kata-kata motivasi dalam buku ni. Bila dah meningkat dewasa ni, buku-buku motivasi macam ni menjadi pilihan Cuya untuk dibaca sebab hidup kita ni memang perlukan kata-kata semangat supaya kita sentiasa bangkit daripada sebarang kelelahan, kepenatan dan kesakitan yang mencucuk diri.

Cuya suka sangat buku macam ni. Memang bagus untuk kesihatan mental juga. Buku yang membawa positiviti akan membentuk diri kita yang lebih baik.

Kalau korang nak boleh la beli kat tiktok Adnin Roslan.

Moga pahala buku ni sampai pada Sabrina 💕



Friday, December 15, 2023

Tabiat 'Tsundoku' Cuya. Apa tu?

Assalamualaikum , Hello Coconuts!

Hari Cuya saja selongkar kotak buku Cuya, nak tengok kot-kot ada buku yang boleh Cuya jual. Ternyata banyak gila buku Cuya tak baca lagi. Tahu beli, tapi tak baca inilah yang dipanggil sebagai Tsundoku.


Tsundoku (積ん読) is the phenomenon of acquiring reading materials but letting them pile up in one's home without reading them. The term is also used to refer to books ready for reading later when they are on a bookshelf. A stack of books found after cleaning a room.

Profesor Andrew Gerstle dari Universiti London berkata, fasa 'tsundoku sensei' sebenarnya sudah wujud dalam dunia penulisan sejak tahun 1879 lagi menurut penulis Jepun, Mori Senzo.

Beliau berpendapat fasa itu membawa makna berkaitan seorang guru yang mempunyai banyak buku tetapi tidak dibaca. Bagaimanapun, ia bukanlah digunakan untuk tujuan memerli sesiapa.

(Petikan https://siakapkeli.my/2019/06/21/tsundoku-budaya-aneh-orang-jepun-suka-beli-buku-tapi-tak-dibaca/ )


Sebahagian besar komik dalam ni memang tak dibaca lagi. Ada tu sebab tengah kumpul siri dia.
Nak jual sayanglak

Atas sekali tu sampul menang giveaway Gempakstarz


Kelakar tak tajuk novel2 ni? Hahaha
Lain maciamm

Rasanya masa tu memang ada satu musim tajuk novel semua yang bukan2 je..

Novel ni pon hadiah giveaway..Gigih join
Dulu minat lah novel, sekarang more to comics sebab nak cepat habis baca.. heheh


Begitulah Cuya..beli lagi dan lagi..Pastu banyak tersadai tak baca.
Sebahagian besar buku Cuya semua dah terjual. Alhamdulilah...

Yang ada ni semua untuk koleksi je

Koranglak ada tak tabiat lebih kurang Cuya?






Tuesday, July 25, 2023

Menang Giveaway Gempakstarz Untuk Kali ke (?)



Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Sebenarnya cerita menang giveaway Gempakstarz dah lama berlalu. Cuma Cuya sahaja tak share. Cuya rajin juga join giveaway Gempakstarz. Maklumlah, suka sangat komik keluaran syarikat ni .

Contest post bergambar dengan koleksi komik.
Tak sangka menang 🤣
Mungkin diorang tertarik dengan senyuman Cuya yang melebar dalam gambar tu. HAHA

Dapatlah hadiah yang atas tu.
Alhamdulillah
Ada buku nota,poster, kad


Ni menang Contest share quotes daripada buku.
Dapat buku healing, novel dengan sticker.


Ni pula menang Live Gempakstarz. Ada soal jawab.
Dapat merchandise Gempakstarz. Sticker keychain dengan fail.


Semua ni contest Gempakstarz. Seronok join, sebab menang.LOL
Member cakap Cuya jenis bertuah tapi bagi Cuya semua ni datang dengan usaha.
Kalau Cuya tak usaha mesti tak dapat.

Jadi teruskan berusaha dalam kehidupan!
Kelak kejayaan menanti.



Adios Amigos!







Sunday, July 16, 2023

Review Buku Letters From My Heart Vol II




Assalamualaikum, Hello coconuts!

Cuya baru sahaja selesai membaca buku Letters From My Heart Vol II daripada influencer kegemaran Cuya iaitu Aisyah dan Abang Alif. Sebelum ni Cuya ada review buku yang pertama, Letters From My Heart . Korang boleh la klik link kalau nak baca.

Berbeza antara Vol I dan Vol II adalah dari segi tema pengisian buku ini.

Vol I - General
Vol II- Persahabatan, percintaan dan perpisahan.

Vol II lebih menyentuh hati Cuya sebab tersangat kena dengan situasi Cuya. Cuya putus cinta dan kehilangan kawan. Cuya sangkakan kehilangan kawan tidak akan sakit, namun ianya jadi lebih teruk selepas membaca buku ini. Lagi sakit kehilangan kawan daripada kehilangan kekasih.

Lagi-lagi bila Cuya membaca buku sambil mainkan lagu piano yang sedih di youtube. Tiba-tiba sahaja air mata jatuh menyembah bumi. Aaahhh sudahh. Nasib baik Cuya masih mampu mengawal emosi dan tidak mengeluarkan esakan tangisan. Kalau tidak malu didengari ibu. Nak nangis pon kena pandai cover tau!

Orang kata, kalau kita membaca atau mendengar apa-apa sahaja yang berkait rapat dengan kita, kita akan jadi lebih emosional. Ibarat kita tengah sedih, kita dengar lagu galau yang mendayu-dayu. Lagi sedih! 







Sebahagian kata-kata dalam buku ini.

Kata-kata dia nampak simple tapi kalau kena pada situasi memang sakit terasa dalam di sanubari. Bagai dihiris pisau belati! Dia sedih tetapi pada masa yang sama dia memberi motivasi yang tinggi pada Cuya untuk move on daripada masa lampau. Ada juga terselit ayat daripada al-Quran.

Kita nak sedih, sedih juga. Tapi janganlah lama-lama. Cukup sekadar untuk melepaskan dan melegakan hati kita. Manusia mana yang tidak merasakan kehilangan dalam hidup? Semua orang merasakannya. Lainlah kalau kita memang hidup sendiri dan tidak mempunyai kawan atau tak pernah ada pengalaman bercinta. Mungkin dia kehilangan perasaan barangkali.

Apa-apa pon buku Vol II ini juga bahasa Inggerisnya mudah, malah lebih mudah daripada Vol I. Kalau di Vol I Cuya berjaya mencari 31 kosa kata bahasa Inggeris yang baharu, di Vol II hanya ada 8 je kosa kata yang baru pada Cuya. Bagi Cuya, orang yang ada asas bahasa Inggeris  boleh fahami dengan tersangatlah mudah.

Dictionary Cuya untuk buku Letters From My Heart Vol II

Alhamdulilah, Cuya puas hati dengan buku ni. Berbaloi-baloi la untuk seketul Cuya baca. Baca buku ni sekejap je dah habis pembacaannya. Lagi-lagi kalau orang dah biasa baca laju, ayat pulak pendek-pendek.

Cakap banyak pon tak guna, korang kalau nak tahu lebih lanjut kena baca tau. Beli je kat Tiktok bila Hijanah buat live. Murah dan berbaloi. Kalau taknak beli time live pon takpe, beli je sementara stok masih ada.


Sekian sahaja review Cuya. Nantikan next review! (Kalau ada masa la...eheks )
Adios amigos!







Sunday, July 9, 2023

Review Buku Healing : Letters From My Heart




Assalamualaikum, hello coconuts! Kabare?

Cuya disini sihat saja tapi agak selesema sedikit. Tapi apa-apa pon Cuya nak review satu buku healing yang hangat diperkatakan oleh warga Tiktok. Buku yang bertajuk Letters From My Heart adalah penulisan influencer favourite Cuya iaitu Aisyah dan Abang Alif. Cuya memang dah lama kenal diorang sejak diorang belum berkahwin lagi.

Cuya ni minat sangat dekat diorang dua sampai tidur pon termimpi-mimpi diorang. Serious talk korang. Cuya teringin sangat nak jumpa diorang. Fans banget seyhh.... Tapi apakan daya, belum ada rezeki lagi. Cuya tak dapat jumpa diorang, tapi kawan lelaki Cuya pula yang bekerja dengan company Hijanah. Haiya manyak untung.

Now, let's go straight to the content of this book. Cehhh mat saleh kauu. Al maklumlah, buku yang ditulis pon dalam bahasa Inggeris. Tu yang kita pon pelat mat saleh gitu.Eheks!

Jom kita tengok sebahagian isi dalam buku ni.











Semua gambar kredit pada Mr Google. Sorry kalau gambar tak berapa jelas.

Cuya banyak beri penumpuan pada quotes yang berkaitan dengan persahabatan dan juga percintaan. Seolah-olah setiap kata-kata itu kena dengan diri sendiri. Bila melibatkan persahabatan, Cuya jadi sedih sebab Cuya kehilangan kawan rapat. Bukanlah dia meninggal dunia, tapi telah meninggalkan Cuya tanpa sebab yang jelas.

Melalui buku ini, Cuya belajar manusia hanyalah bersifat sementara. Tidak ada gunanya kita bertahan terhadap sesuatu atau seseorang yang tidak mahu lagi bersama kita. Apa gunanya bersama kalau kita saling membenci? Kadangkala pergi itu lebih baik daripada kita bertahan pada perkara yang tidak kita gemari.

Melalui buku ini juga Cuya sedar, Cuya tidak keseorangan. Ramai lagi diluar sana yang mempunyai masalah sama macam Cuya. Masing-masing pernah terluka, pernah disakiti, dibuang,dihina dan bermacam perkara buruk lagi berlaku. Kita sahaja yang tak nampak sebab kadangkala manusia pandai menipu.

Bukan sahaja menipu orang sekeliling, malah menipu diri sendiri. Tak sedar diri dilukai dengan dasyat, tapi malah memilih untuk bertahan. Sehingga sampai satu masa hati dah berkecai dan tak mampu pulih baru kita sedar peritnya disakiti manusia.

Sebab tu orang pernah kata, jangan berharap pada manusia kerana manusia akan mati. Letaklah pengharapan yang tinggi kepada Allah. Sayang manusia berpada-pada. Inilah antara mesej yang tersirat yang kita tak nampak dalam buku ni, tapi ia ada di sebalik kata-kata healing.

Buku ini bukanlah healing semata-mata, malah ia lebih dari itu.Ianya adalah sebuah nasihat untuk jangka masa panjang. Kata-katanya sangat ringkas dan padat tapi jitu dan padu. Bahasa Inggerisnya juga rata-rata mudah difahami.

Cakap tentang bahasa, disebabkan ada sesetengah perkataan dalam buku ini ada yang Cuya tak familiar, Cuya mengambil keputusan untuk menulis semula perkataan tersebut disertai dengan  maksudnya di sebelah. Jadi Cuya baca buku ni sambil dengar lagu lofi di Youtube, serta mencari maksud perkataan yang Cuya tidak faham dalam buku ni.



Turutan dia begini (Perkataan tak difahami -> Mukasurat -> Maksud perkataan)

Ada 31 perkataan yang Cuya tak berapa familiar dan tak faham. Dengan cara ini, kosa kata Inggeris Cuya sudah makin bertambah. Sambil healing, sambil belajar, bagus bukan?

Next time, kalau Cuya baca lagi buku ni dah tak perlu risau. Sebab Cuya ada dictionary sendiri. Nak faham, refer je buku nota Cuya. Membantu juga kita nak belajar perkataan baru. Sebab tu Cuya kata, ini bukan sekadar buku healing biasa. Ianya lebih dari itu!

Overall, buku sebenarnya nasihat yang general. Ada motivasi tentang kehidupan, kekeluargaan, percintaan dan persahabatan . Pokoknya sangat dekat dengan kita. Ianya merangkumi semua permasalahan yang biasa orang hadapi. Yang paling penting buku ni mengajar tentang diri sendiri. Cara kita hadapi hidup kita.


Cuya bagi 10 bintang! Coming up next, buku Volume 2 pulak. Haritu ada promosi daripada Tiktok. Sebuah buku rm9, maka Cuya tidak melepaskan peluang. Dah lama teringinkan buku-buku hijanah, tapi selalu tak berkesempatan. Moga ada rezeki Cuya untuk borong kesemua buku Hijanah. Aamin Ya Rabb! One fine day!


Sekian , adios amigos!






Thursday, July 6, 2023

Review Komik : Misi Medik Sahut Cabaran



Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Apa khabar semuanya? Semoga berada dalam kesihatan yang baik. Aamin. Entri kalini adalah review komik yang baru sahaja Cuya selesai baca. Dah lama dah beli, tapi mood membaca tulah asyik datang dan pergi. Hehehe

Komik misi ni adalah buku kedua daripada Misi Medik 1. Cuya akan sertakan kedua-dua sinopsis bagi komik ini.

SINOPSIS MISI MEDIK #1:
Komik ini menceritakan kisah Yana, seorang pelajar perubatan dan kawan pertamanya di universiti, Isabelle. Yana ialah seorang yang mempunyai masalah anxiety (cemas) apabila bercakap dengan orang lain terutamanya dalam kumpulan besar. Yana bertekad untuk mengatasi kelemahan dirinya, namun ianya tidak semudah yang disangka. Untuk membantu dirinya berubah, Yana sentiasa bersama dengan Isabelle yang merupakan antara pelajar tahun pertama yang terbaik di universiti itu.

SINOPSIS MISI MEDIK #2:
Bermula tahun ketiga, Yana dan Isabelle lebih kerap berinteraksi dengan pesakit sebenar di hospital. Kali ini mereka melakukan pusingan ke beberapa wad antaranya NICU, O&G, Pediatrik, Obstektrik, dan Respiratori. Ketika inilah mereka mula sedar cabaran dan realiti menjadi doktor. Mampukah Yana melaluinya dengan cemerlang?


Komik ni memang banyak info yang bermanfaat. Ada istilah sainstifik yang dijelaskan dengan bahasa ringkas. Mengajar kita erti empati dan memberi contoh untuk kita berkomunikasi dengan baik. Ada sesetengah istilah sains tu Cuya sengaja tanya ibu sebab ibu nurse dulu, ternyata istilah yang digunakan semuanya betul belaka. Jadi jangan takut sebab info dalam komik ni semua tepat.

Semua orang mengalami masalah nervous kan bila berhadapan dengan orang ramai? Tak kisahlah jumpa orang ramai, kadang2 bila kita nak present dan bercakap dengan cikgu pon takut. Takut melakukan kesilapan.

Apa yang Cuya belajar daripada komik ni, kita jangan takut melakukan kesilapan dan jangan terlalu overthinking terhadap benda yang belum terjadi. Cikgu atau pengajar sebenar tidak pernah lokek ilmu dengan kita. Kalau kita tak faham apa-apa, tanya saja. Tunjukkan kesungguhan  kita nak belajar. Pengajar suka kalau kita banyak bertanya daripada mendiamkan diri.

Dalam kita mendalami ilmu , tak semuanya bijak teori. Adakala orang akan lebih faham bila kita praktikkan apa yang kita belajar. Bila kita aplikasikan kesemua teori yang kita belajar dalam kelas, inshaAllah kita akan lebih mudah faham dan ingat fakta penting dalam kelas.

Secara tidak langsung, kita bukan sahaja berhibur tapi kita dapat banyak ilmu dengan membaca komik sebegini. Kalau nak komik yang memberi manfaat tinggi untuk kita atau anak-anak, belilah komik misi tau. Cuya memang dari dulu beli komik Misi. Ada beberapa komik lagi Cuya belum dapatkan.

Tapi banyak pilihan untuk komik Misi ni. Korang boleh search saja. Cuya memang 100 peratus recommed!

Baik, itu sahaja yang Cuya boleh share. InshaAllah akan datang kalau ada komik lain, Cuya akan cuba rajinkan diri review ya. Eheks XD


Adios Amigos!



Followers