Showing posts with label perler beads. Show all posts
Showing posts with label perler beads. Show all posts

Friday, February 21, 2025

Perler Beads Chibi Part 2

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Masih hari yang sama, Cuya buat craft perler beads Chibi. Kalini Chibi perempuan.





Cucun cucun dulu perler beads dia....


Siap sudah!

Bisnes is open! Cehh padahal tak promot mana-mana pon pasal ni.
Kalau sesiapa nak tempah keychain nama ke apa2, roger2 ya.


Till then,

adios amigos!


BTW, dah join giveaway Cuya belum??




Membuat Perler Beads Chibi


Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Harini santai saja, kita pon buat la arts sikit. Kita buat keychain daripada perler beads. Pernah dengar tak perler beads? Perler beads ni manik plastik yang bila kita gosok beralas dengan iron paper, plastik tu akan cair dan bercantum. Nanti tengok kat bawah ya.


Sebelum tu nak tunjuk sarapan kita pagi tadi. Kira brunch la.. ehehehhe
Masak telur separuh masak pakai air fryer je


Firstly, buat rangka atas pegboard. Pegboard ni alas untuk pastikan perler beads tu tak bergerak.
Senangla nak buat bentuk pape


Dah siap tu kita gosok hasil susunan perler beads tadi.
Gosok tu mesti alas dengan iron paper / film supaya takdelah melekat perler beads tu pada iron
Iron pon Cuya beli iron kecik cenoet khas untuk perler beads.


Tadaaa! Siap sudah satu chibi..

Chibi ni maknanya karakter comel2.

Cuya buat saja-saja rambut biru. Pakai bedal je  janji suka. Hahaha


Nanti nak buat lagi. Kejap lagi nak keluar beli barang ibu.

till then, 

adios amigos!






Wednesday, September 20, 2023

Tempahan Keychain Perler Beads

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Alhamdulilah haritu dapat tempahan keychain perler beads daripada makcik Cuya. Memandangkan dia ada reunion dengan kawan-kawan. Pada awalnya makcik Cuya tengok Cuya buat keychain untuk kawan-kawan training, dia pon berminat.

Baca juga entri Cuya yang Cuya bagi keychain pada kawan sama training: 

Kerana Pertemuan Juga Menemui Titik Perpisahan





Alhamdulillah.. siap sudah..
Cuya jarang  nak jana pendapatan daripada hobi Cuya yang satu ni. Tapi kadang-kadang rezeki datang tak diundang gitu.. 

Syukur :D

Monday, August 28, 2023

Mengirim Cinta Melalui Seni Perler Beads




Assalamulaikum, Hello Coconuts!
Kabare? Waras yaaa...... Alhamdulilah masih diberi peluang untuk terus menulis dalam blog Cuya yang penuh dengan kekurangan. Selagi kudrat masih ada, dan masih ada masa maka Cuya akan terus berkarya. Sebenarnya banyak je benda nak share dalam blog, tapi tulah apa orang kata 'writer block'? Entahlah...

Mungkin juga kadangkala Cuya diserang sakit M. Malas la citenya.... Hehehe . Sementara rajin ni taiplah segala kenangan.

So citenya, semasa Cuya belajar online haritu, Cuya ada hantar hadiah kepada kawan-kawan Cuya secara pos. Saja nak bersedekah dan mencari jalan untuk berkarya memandangkan stok perler beads Cuya masih banyak.

3 orang je Cuya pilih, sebab memikirkan kos penghantarannya saja dah mahal. Maka Cuya pilih untuk pos kepada kawan yang selalu Cuya contact.

Keychain nama classmate Cuya


Variasi Coaster ( Alas Cawan)

Diorang semua happy dengan hadiah Cuya beri. Alhamdulilah.
Kira macam bersedekah dalam membuat orang happy.

Sekarang ni pon Cuya ada projek kena buat keychain nama untuk kawan-kawan Busu Cuya.
Sebab kebetulan Busu nampak Cuya punya keychain yang dibuat untuk kenalan semasa training. Cuya okay je, sebab benda senang buat.

Benda ni boleh buat bisnes kan? Tapi Cuya je takde masa. Moga-moga ada rezeki untuk Cuya buka bisnes sendiri akan datang. Aamin.


Adios, amigos!




Sunday, February 19, 2023

DIY Perler Beads Bear Phone Case

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Beberapa hari lepas, tiba-tiba Cuya rajin nak buat phone case sendiri. Sebenarnya dah lama Cuya nak beli phone case, asyik lupa je sampai naik kuning phone case lama Cuya. Jadi Cuya pergilah kedai beli phone case tapi bila balik tengok macam kosong je phone case. Jadi Cuya tiba-tiba teringat masih ada perler beads untuk DIY phone case so why not kan?


So Cuya guna 2 perler boards , tweezer, kertas untuk tracing phone case.


Cuya susun dulu perler beads ikut line tracing tadi.


Buat bentuk bear dalam tu.


Penuhkan kosong dengan beads.

Cuya guna iron kecik khas untuk perler beads beralas kan iron paper.

Lepas tu gam dengan hot glue hot pada phone case lama. Tapi Cuya rasa hot glue gun tak tahan lama, nanti Cuya kena beli double tape, lebih kuat.

Dah siap!

Mudah je, tinggal kena bersabar susun satu-satu. Bosan-bosan boleh la buat satu.

Sekian, adios amigos!








Wednesday, November 4, 2020

Coaster (Alas Cawan) KLCC Perler Beads

Assalamualaikum,Hello Coconuts!


Beberapa hari lepas Cuya ada buat Perler Beads Art.Tiba-tiba semangat kerajinan mai pulak kat kita kan...So, buatlah arts. Heheh


Kalini Cuya buat coaster( Alas Cawan) pemandangan KLCC.









Apa macam,cantik tak?
 Cuya takde la pandai mana.Dapatkan inspirasi dari internet juga.Hehehe
Ni selepas dah di iron guna seterika.Sebelum iron lapik dengan baking paper/tracing paper.
Jangan iron direct!

Okay,Cuya ada Koko ni petang ni.Online la citenye....

Adios amigos!









Saturday, October 31, 2020

Among Us Perler Beads


Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Rasa macam lama lak menyepi.Al maklum la...busy sisturrr... Akan datang Cuya dengan classmate semua sibuk dengan event. Eh online pon ada event? Eh ada la! Event online la jadinya..hehehhe

Tapi sibuk..sibuk jugak,.. Cuya sempat la buat arts sikit.Sikit je la. 

Korang tahu tak game Among Us? Kalau tak tahu maknanya ketinggalan trend terkini la.Kekeke..
Game ni memang viral la,semua orang sibuk main, kecuali Cuya.HAHAH... Tapi di sebabkan karakter dalam game ni comel, Cuya pun decide untuk buat arts untuk karakter game ni. 

Jom tengok Cuya buat Perler Arts!




Hah ni la dia Among Us...Cuya tak nak explain,korang cari sendiri pasal game ni. Ngeh3


Followers