Followers

Wednesday, August 19, 2020

Blogger Pilihan Cuya : Warisan Petani


Assalamualaikum,Hello Coconuts!



Cuya kembali dengan entri terkini. Kadang-kadang kan,Cuya kekeringan idea untuk upload entri baru tapi Cuya suka upload sebenarnya. Cuya akan cari idea dan cerita untuk ditulis dalam blog. Cuya ada perasan blogger lain yang suka share mengenai blog pilihan diorang, jadi .....why not Cuya pun buat sesekali?

Dengan cara ni,kita dapat naikkan trafik blog lain dan menjalinkan silaturahim.Ini juga tanda penghargaan kepada blogger yang rajin datang tinggalkan komen di blog Cuya. Tanpa anda siapa la saya :)

Eh panjang lak mukadimah .Nah... blog pilihan Cuya kali ni adalah......Drumroll please....





Bunga mawar bertambah seri,
Serinya cantik buat si Ani,
Kenali blogger pilihan hati,
Siapa lagi si Warisan Petani.


Yeah, Cuya pilih wak!
Kenapa Cuya pilih wak kali ni?


1) Suka kongsi informasi berkenaan tumbuh-tumbuhan

Cuya, nama je duduk kampung.Banyak betul tumbuhan yang Cuya tak kenal.Pokoknya Cuya 'buta pokok'.Eh ada ke istilah tu? Hahah.. Wak suka share berkenaan tumbuh-tumbuhan yang boleh dikatakan rare juga la.Cuya macam...wow...ada eh pokok2 macam ni? First time dengar.

2) Suka share aktiviti berkebun

Sebelum Cuya dilahirkan, atuk Cuya memang ada kebun. Dan banyak buahan-buahan yang ada dekat kampung ni. Durian,rambutan,langsat, jambu air,nangka,cempedak,bachang,kekabu dan macam-macam lagi lah.Tapi masa tu Cuya tak berkesempatan untuk melihat semua tumbuhan ni. Cuya pun tak pernah jumpa atuk atau dipanggil sebagai 'aki'. Bila tengok wak bercerita, terasa macam membaca cerita seorang atuk untuk cucunya. Dia jauh tapi terasa dekat .. :)

3)Share berkenaan makan2 ( Ngeh3)

Hah..bab makan ni Cuya nombor satu.Kalau ada pasal makanan je, mata Cuya segar.Kekekeke
Kadang2 wak share menu minum petang dia. Cuya seronok sangat. Suasana kampung tu lebih terasa bila membaca entri Wak. Cuya seronok!

4) Warna blog Wak

Warna blog Wak sangat sesuai dan padan dengan topik-topik yang disampaikan oleh Wak yang bertema kan kehijauan bumi.Cuya suka sangat dengan konsep yang ditampil kan Wak. Ianya simple tapi just nice and related to each to other.. hah mat saleh kau dah keluar hahhhh hehehhe

5) Kekerapan menulis entri

Boleh dikatakan sangat aktif dalam dunia blogging.Wak pun rajin tinggalkan jejak di blog Cuya. Terima kasih Wak! 




Antara entri yang menjadi kegemaran Cuya adalah :

WW 183 : Atuk Pun Tak Pakai Kasut Adidas







Jom semua lawat Wak!

Bersahaja bercerita bukan melawak,
Ini pendapat diri sendiri,
Mari semua melawat Wak,
Kenali tumbuhan berwarna warni!



15 comments:

  1. banyak belajar ttg tanaman bila pi blog WP.

    ReplyDelete
  2. Ya.. jom support wak 😊😊😊😊

    ReplyDelete
  3. atie follow jgkkk blog warisan petani ni.. byk jenis makanan yg atie tak pernah tauuu ..so good info

    ReplyDelete
  4. akk antra pelawat setiap kebun wak tu...

    ReplyDelete
  5. Entri makanan mesti jadi pilihan ramai orang. Saya suka tengok orang review makanan dulu sebelum beli.

    ReplyDelete
  6. Suka tengok wak kongsikan pasal kebun beliau.. best.. info berguna..

    ReplyDelete
  7. Istilah 'buta pokok' kalau tak ada, tak apa. Kita adakan!! Hehehe~

    Perkongsian wak memang bagus sebab mengajar kita pasal tumbuh-tumbuhan.

    ReplyDelete
  8. dulu selalu blogwalking blog wak tp skrg dah jrg sbb x smpt. okay nak jenjalan blog wak pulk la

    ReplyDelete