Showing posts with label memasak. Show all posts
Showing posts with label memasak. Show all posts

Thursday, January 4, 2024

Ayam Masak Tomato Kicap


Assalamulaikum, Hello Coconuts!

Cuya selalu singgah blog orang lain, mesti diorang share diorang masak apa. Cuya ni pulak tak rajin nak share bab memasak sebab malas nak tulis entri. Hah ni lah masalahnya penyakit M.

Lagipon Cuya kalau memasak pon bukan lah sehebat akak2 blogger lain. Setakat noobies macam saya ni, apalah sangat skill memasak. Hahhaah  Tu yang malas nak menunjuk yang kita pon tahu memasak.

Tapi takpela, harini kita sharelah jugak supaya lebih banyak entri tertulis dalam blog.



Ayam Masak Tomato Kicap

Bahan-bahan:

Ayam beberapa ketul
Serbuk ketumbar
Serbuk jintan
Serbuk kunyit
Garam

Bahan tumis:

Bawang merah
bawang putih
Halia
Cili blend
Sos tomato
Kicap manis

SEMUA BAHAN NI PAKAI AGAK2 JE. ( Mak2 kan suka pakai agak2 je 😂😂)

1) Campurkan ayam dengan serbuk jintan,ketumbar,kunyit dan garam secukupnya.
2) Lepas tu panggang ayam tu supaya ayam tu masak dengan lembut

*Sori takde gambar.. hahahah


 
Panaskan minyak.
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk



Lepas bahan tumis tu dah naik bau, masukkan cili blend. Masak sampai pecah minyak dan warna cili dan gelap sikit. Lepas dah kering sikit masukkan air kosong sedikit.

Kemudian masukkan sos tomato dan kicap secukupnya. Pandai-pandailah rasa ya. HAHA


Volla! Siap dah...

Kita tak masukkan garam sebab pada ayam dah ada garam. Kicap pon masin sudah.


Cuya kalau masak ikut suka je, takde pon resipi yang sebenar-benarnya. Mak-mak kan pakai agak2 masak ikut instict. Tipikal mak-mak. Hhehehehe]


Nanti korang cubalah resipi ni. Simple aje resipinya wakk... tapi sedap! *Ceh puji diri sendiri








Followers