Thursday, February 6, 2020

Mendekatimu Dalam Doaku.



Hati ini pernah disakiti,
pernah dilukai,
sehingga kini,
aku masih tidak mengerti,
ujian apakah ini?

Entah sembuh atau tidak,
aku tidak tahu.
Yang aku tahu,
aku rindu kamu.

Disaat berteleku di malam hari,
tidak pernah aku lupa,
untuk menyebut namamu,
Walaupun ku tahu,
kau sendiri tidak pernah cuba mengingati,
diri ini.

Tuhan,
apa Kau dengar isi hatiku?
Yang terus meminta-minta,
dan ku tak ingin berputus asa,
Berdoa kepadaMu adalah keutamaanku,
aku hidup untukMu,
dan aku mati untukMu jua.


Moga satu hari,
kamu yang aku rindui itu,
akan mendengar juga doaku,
moga hatimu turut terkesan,
dengan usahaku,
mendekatimu dalam doaku....


4 comments: