Thursday, February 20, 2025

Origami 3D Selepas Bertahun

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Setelah 3 hari berhempas pulas , akhirnya Cuya siap juga projek Origami 3D. Dah bertahun Cuya tak buat.Uish mencabar nak buat. Cadangnya nak buat yang besar, last2.... tengok lah apa kejadiannya.

Konon plan awal nak buat burung hantu, lepastu terus confuse nak buat apa sebenarnya. Hahaha

BTW, korang dah join belum Giveaway Cuya? Jemput join tau!



Dah berzaman  Cuya tak share pasal Origami 3D. Kalau korang nak tengok hasil lain, boleh klik pada tab di blog Cuya bahagian CREATIVE THINGY.

Baca juga : ORIGAMI 3D

So , berbalik pada cerita harini. Cuya dah siapkan satu origami  3D yang taktahu la apa kejadiannya. Mari saksikan!




Marilah melipat bumi... Eh melipat kertas.


Potong beratus-ratus kertas kecil. Hanya orang yang kuat semangat saja boleh buat ya! Bukan orang yang kuat makan tau XD


Maka lipat lah beratus kertas kecil tu berbentuk sebegini.


Lepastu cantum2 kan badan dia...


Ulang step untuk kertas cream lak


Siappp!
Yang putih tu  tak bercantum ya  ...origami ni takde tangan


Cuya tanya ibu,

"Ibu, ibu rasa ni apa?"

"Burung hantu"


Hermmm mengikut plan asal memang Cuya nak buat burung hantu, tapi kan dah tukar plan.

Menurut ayah pulak ini adalah anjing . HAHAHA


Sekarang nak tanya korang lakkkk


Menurut korang ini apa? Gunakan imaginasi korang!












14 comments:

  1. Mak ai! Makan apa ni kreatif sangat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle lagi kreatif tau! papepon terima kasih ! :D

      Delete
  2. Replies
    1. Ada juga nampak macam anak kucing kan . Good imagination!

      Delete
  3. Akak nampak macam burung hantu, pandang sekali lagi macam anak kucing...eh..mana2 la...Cuya ni makan apa erk..semua yg kreatif je nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulaa macam2 rupa bentuk mengikut imaginasi masing2 hehehe
      Biasa je kak, pinjaman Tuhan hehe

      Delete
  4. cantiknya cuya... kalau bergabung dengan kakak fateemah ni mesti cuya ada kawan nak menelek2.. :P meh la rumah akak.. gabung dengan kakak fateemah.. dia suka la mende2 cenggini ni.. selain dari gaduh dengan tudung :P :P :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh kakak fateemah pon minat ya benda2 gini? Boleh gengg ...XD

      Delete
  5. Wow...Nice giler...Kalau sy mmg x jadi ni...Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi akak pandai jahit! Cuya bab jahit fail xD

      Delete
  6. saya lihat nampak seperti rubah merah.. heheheh

    ReplyDelete

Followers