Thursday, January 30, 2020

Perler Beads Phone Case Design DIY


Assalamualaikum,Hello Coconuts!
Harini Cuya rajin sikit,sebab nak buat  DIY daripada perler beads.
Bagi sesiapa yang tak tahu apa itu perler beads, sebenarnya itu adalah manik2 yang diperbuat daripada plastik dan digunakan untuk crafting.

Perler beads boleh digunakan untuk membuat macam-macam seperti keychain,stand phone,kotak hiasan dan pelbagai.

Jadi,mari kita tengok bahan apa yang diperlukan untuk perler beads.

Perler Beads (Semestinya)
Pegboards
Ironing paper /Baking paper
Tweezer
Phone Case Kosong
Gam Uhu/Hot Glue Gun

Ni dia..perler beads yang warna warni,ada banyak lagi tapi belum isi dalam organizer..
hehe


Tweezer dan ironing paper.
tweezer digunakan untuk susun

Ni design yang Cuya buat.Cuya susun atas pegboard
Kenapa ada lubang?Hah..tengok gambar bawah ni pulak.

Tudiaaa...siap!
Ni hasil selepas dah iron,berlapik kan ironing paper.
Bahagian belakang dia dah cair,yang ni gambar depan.

Then Cuya lekat je dengan Gam Uhu.

Cuya sengaja taknak cairkan bahagian depan sebab nak texture macam tu.
Phone case Cuya unik sikit,yang besi warna kelabu tu untuk stand kan fon.
Cuya beli fon case ni tahun lepas dekat Jonker Walk.Rm10 selepas mintak tawar.
Ngeh3..


Yeay,tak payah susah2 beli fon case lain,design je yang baru guna perler beads.

Kalau korang berminat dengan perler beads boleh beli dengan PerlerKiddi ig beliau.Bahan-bahan ni lengkap Cuya beli dengan Perler Kid. Kalau nak order perlerart,accessories atau sebarang pertanyaan boleh lah hubungi Perler Kid

Whatsapp | Message | Call
+6.012.285.35.61.

Nah,atas ni no dia tau.berminat terus ws!

Seronok tau ada beads gini.Kalau nak tengok apa Cuya buat dengan perler beads ni,boleh klik link di bawah!


Cuya dah lama beli perler beads ni.Dah bertahun dah...cuma lama tak main sebab busy.Ni ada free time buat la.Hehe





11 comments:

  1. @At-Tarmizi.

    terima kasih.. :D

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Tak penah tau pulak sebelum ni pasal ni 😅

    ReplyDelete
  3. cantiknya...semoga maju jaya....Salam kenalan dari saya, pemilik blog oohsenyum.com

    saya nak tanya awak ini, awak berminat tak tukar link blog dengan saya (bloglist) insy Allah akan menambahkan lagi trafik ke blog awak.


    Kalau awak sudi beritahu ye, terima kasih banyak-banyak. Di bawah ini link blog saya. Saya harap awak sudi

    https://www.oohsenyum.com/


    ReplyDelete
  4. Iris pun ada...Ayu belikan, mula2 je dia main. lama2 terbiar dah.
    siap beli iron kecik utk dia...ni leh try ni..
    tq for sharing!

    ReplyDelete
  5. Cntik casing ni.. kalau bosan2 boleh edit kn cuya

    ReplyDelete
  6. kreatif n rajinnya cuya. nanti dpt jual kpd pelanggan. dpt la duit poket tambahan..

    ReplyDelete
  7. comelnya case tu! kawan sya pernah bagi juga keychain dia buat daripada beads ni :)

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/2020/01/how-was-my-2019.html

    ReplyDelete
  8. Kreatif.. Cantik bila dah di olah semula..

    ReplyDelete