Followers

Monday, January 6, 2025

Review Tuhan Aku Ingin Hijrah Oleh Adnin Roslan


Assalamualaikum,

Beberapa bulan lepas kawan Cuya, Sabrina ada bagi buku percuma pada Cuya.  Salah satunya bertajuk Tuhan, Aku Ingin Hijrah oleh Adnin Roslan.

Sebelum ni Cuya pernah review buku Adnin juga:

Review Buku Tuhan Aku Ingin Sembuh Oleh Adnin Roslan



Boleh klik link atas kalau nak baca. Untuk entri kalini, seperti tajuk di atas Cuya akan review buku penulisan Adnin Roslan juga.


Buku ini mempunyai ketebalan sebanyak 581 mukasurat. Memang tebal.


Isi kandungan buku ini adalah tentang dosa-dosa yang utama dan menjadi kebiasaan kita sebagai umat Islam lakukan  harian. Dosan besar dan dosa kecil


Selain penjelasan tentang dosa besar dan kecil. Buku ini mengajar juga kita cara untuk tinggalkan maksiat yang kita lakukan


Akan terselitnya puisi penuh dengan nasihat. Kata-kata ringkas tapi padu untuk kita fahami.



Ada juga doa untuk kita hayati dan fahami bagi menembus segala dosa yang pernah kita lakukan.
Sambil membaca sambil berdoa, bagus kan?


Kadangkala dosa yang kita tak perasan, nampak macam simple je tetapi jika secara berlarutan kita teruskan dosa ini, pasti timbangan dosa kita akan berat.


Banyak info dari soal jawab yang kita boleh tahu dalam buku ini. Memang sangat bermanfaat untuk semua umat Islam


Untuk bulan Ramadhan special, sebab ada nota tarbiah seperti nota sejarah untuk kita ketahui.


Setiap penulisan pasti ada rujukan seperti hadis yang sohih untuk kita pelajari.


Banyak istilah yang jarang kita dengar, kita akan jumpa dalam buku ini.


Overall, Cuya sangat suka buku ni. Sebab bila baca je memang terasa kena cucuk  pisau belati dekat dada ni sebab dosaa-dosa dalam ni Cuya mesti pernah buat samada sedar atau tidak je.

Cuya rasa semua umat Islam wajib ada buku ni sebagai rujukan di rumah sebab memang mendatangkan manfaat. Sekarang dekat tiktok pon tengah harga promo. Korang boleh la grab.

Daripada beli benda bukan-bukan, alangkah eloknya sesekali kita beli bahan bacaan sebagai peringatan untuk hari akhirat kelak.

Moga buku ini menjadi pahala yang berpanjangan buat si penulis dan si pemberi. Aamin...








20 comments:

  1. Bagus bacaan novel mcm ni.. banyak bagi peringatan...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah cuya dah share sebuah buku bermanfaat yang mungkin saya akan beli suatu hari nanti. Kadang diri ni memerlukan bacaan seperti ini supaya boleh sentuh hati yang tengah lara ni. insyaallah sama-sama kita beriltizam untuk berhijrah tahun ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah moga buku ini akan mendatangkan manfaat pada semua pembaca.
      Perkara baik harus dikongsi bersama

      Delete
  3. Content nya sgt bagus laa👍👍👍

    ReplyDelete
  4. Ian & Iris pun suka baca buku2 mcm ni..MA tumpang diaorang punya jer...

    ReplyDelete
  5. Pengisian yang menarik! Semoga kita semua terhindar daripada perbuatan dosa & maksiat! Aamiinnn!

    ReplyDelete
  6. Kat rumah pun ada buku tarbiah sentap yg edisi awal2 dia baru naik tu, tpi tak terbaca lagi. Tak sangka tebal juga buku ni smpai 500 page! Isi nampak best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak muka surat, tapi kalau dibaca sekejap sahaja habis hahaha

      Delete
  7. kak lady suka penulisan beliau...

    ReplyDelete
  8. pernah nampak beberapa kali buku ni kat kedai tp baca belum lg

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing Cuya, bagus buku dengan pengisian begini, banyak ilmu dan peringatan.

    ReplyDelete
  10. Bagus cuba baca buku2 macam ni...
    Jangan tiru uncle kerja baca buku kartun je...

    ReplyDelete