Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Harini cuaca di Jasin,Melaka hujan start daripada jam tengahari. Sampai ke petang ni masa rasa kesejukan dek kerana hujan tadi. Sebenarnya Cuya dari pagi menunggu parcel Cuya. Cuya tunggu popcorn!
Bibir ni asyik berzikir je " Mana la popcorn aku...." Hahaha
Sekali masa zuhur Cuya dapat panggilan Whatsapp daripada courier Flash Express. Akhirnya parcel aku sampai! Penantian tak sia-sia.
Muka manyak happy dapat popcorn 1kg lebih besar daripada muka Cuya!
Senanya popcorn ni abang Cuya belanja, abang no 3. Hehehe
Masheh abang! Moga Allah merahmati abang dan keluarga dan di letakkan di syurga tertinggi.
Aamin...
Cuya beli warna warni sebab Cuya ingatkan popcorn yang ni ada banyak perisa. Rupanya Cuya salah kedai daaa..... Tu la nak laju lagi.
Sebab Cuya ada nampak kedai jual popcorn warna warni perisanya lain2. Takpela bukan rezeki. Next time maybe. Beli pon sebab duk lalu lalang dekat FYP Tiktok. Hehe
Boleh buat banyak bekas.
Rasa dia ada yang rangup, ada yang tak. Dan tak terlalu manis.
Okay je la, Cuya approve. Boleh laa buat raso raso... hehehe
Ibu siap pesan..
"Tak elok Nasuha makan manis-manis ni..." Sambil tangan ibu capai popcorn masuk mulut."
HAHAHA
sebab popcorn ringan kan, jadi 1 kg memang dapat banyak lah kan, happy Cuya ye makan popcorn
ReplyDeleteAlhamdulilah.. rezeki... banyak happy :D
Delete