Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Memandang Cuya ni peminat komik, Cuya pon jual buku preloved especially komik. Cuya lepas dah habis baca komik kalau dah taknak simpan lagi Cuya akan jual sahaja sebagai preloved. Mana Cuya nak, Cuya simpan.
Kadang-kadang ada komik yang bagi Cuya kurang menarik untuk dibaca lagi atau siri terlalu panjang maka Cuya let go sahaja untuk kosongkan rak. Ada masa Cuya cari stok komik untuk dijual balik. Tapi yang tu kena rajin selam mencari komik dekat platform tertentu.
Yang atas ni semua Lawak Kampus untuk dijual.
Belum ada pemilik lagi
Yang 3 gambar atas ni dah terjual orang beli lumpsum. Alhamdulillah
Ni koleksi komik Cuya. Sayang gila nak letgo.
Nila mini library Cuya. Ada lagi sebahagian buku dalam kotak. Dah takde ruang nak letak
Sampai satu part ibu kata nak buang je buku Cuya 😂😂 Adeh jangan begitu.
Teringat kisah orang share dekat group komik pasal mak dia bakar semua komik dia. Kesiannya... Dia ada kenangan buruk yang tak boleh dilupakan.
Alhamdulillah ibu Cuya sekadar mengugut hehehe
Jangan dibakar buku saya, ku rela jual je.
Tapi ayah Cuya pernah campak komik Cuya untuk dibakar, pastu Cuya kutip balik.
Bapak2 memang gitu eh dulu2? Suka bertindak melulu..kesian kat anak2. Nasib baik sekarang ayah Cuya tak macam tu. Kalau tak, Cuya sorokkan barang dia 🤣🤣 balas dendam terus ehhh haahahah
Lama tak baca komik.
ReplyDeleteKenangan silammm
DeleteBanyaknya koleksi komik cuya.
ReplyDeleteIyaaa sebahagian untuk dijual hehe
DeleteHahahaha balasa dengan balik sorok kan barang ayah ya cuya 🤣
ReplyDeleteSaya bersyukur papa saya suka sangat membaca. JD memang dari kecil kami dibiasakan membaca buku, dan bebas beli buku apapun. Dulu tiap birthday, saya dan adik dapat hadiah boleh beli buku sebanyak apapun asal kami berdua kuat bawa keranjangnya.
Jadi kami cari akal bagaimana nak bawa sebanyak mungkin buku tp masih sanggub bawa. So keranjang kami taro lantai, lalu dorong berdua 🤣🤣
Papa cuma ketawa saja. 😄. Kalo buku, papa tak pernah banyak tanya, pasti dibelikan. Tp kalo mainan, diinterogasi dulu mainan apa 😂
Ayah Cuya juga sebenarnya tak kisah kalau Cuya beli buku banyak2
DeleteTapi kadang2 mood dia tak berapa betul hehe
wooowww byknya!!! lawak kampus tu my zharfan pernah beli jugak zmn2 dia sek men
ReplyDeleteBudak lelaki mesti pernah merasa beli hehe
DeleteKita waktu kecik-kecik dulu suka membaca tapi jarang membeli hehe, selalu baca dekat library takpun pinjam kawan. Sekali sebulan ibu kita belanja beli satu novel. Bila dah besar pegang duit sendiri ni sumpah rasa nikmat betul bila boleh beli buku bila-bila kita nak :'))) Sekarang pun suka baca komik hehe, tengah follow Siri Prince tu hahahahaha
ReplyDeleteKann bila dah besar seronok nak membeli banyak buku. Hahaha
DeleteOh siri Prince pon panjang gila... sama macam siri candy, jenuh jugak nak catch up , macam lawak kampus la :)