Sunday, January 26, 2025

Koleksi Bag Tangan

Assalamualaikum,  Hello Coconuts!

Sejak kecil lagi Cuya memang murah rezeki untuk dapat barang yang Cuya tak minta pon. Tup tup depan mata dah ada.

Koleksi bag Cuya ni pon bukanlah atas permintaan Cuya tapi ianya ada pemberian keluarga Cuya sendiri iaitu Ibu dan Busu terutamanya. Moga Allah sentiasa merahmati kedua-dua insan ini.


Takdelah banyak pon bag, tapi lebih daripada cukup. Syukur. Cuya nak simpan dekat sini sebagai kenangan. Biasanya bag ni Cuya dapat sebab Busu jalan2 ke dalam dan luarnegara.


Bag sling rasanya busu beli dekat vietnam.
Cuya suka warna dia yang ceria dan design yang unik


Sling bag hitam busu bagi. Simple tapi cantik


Bag dari Bangkok, rasanya sama ada busu bagi atau sepupu Cuya kak thirah


Bag anyaman plastik tauuu.. Plastik terbuang. Cuya suka sangat sebab unik dan handmade


Cuya ada dua bag anyaman plastik ni. Dekat bag plastik ni siap ad logo HALAL tau. Kekeke
Kreatif betul la orang yang buat ni. Mana tah dia belajar. Kalau dekat ni Cuya dah menuntut ilmu dah dengan dia.







Bag ibu bagi beli dekat goshop..Macam bag bucket gitu


Bag leather ibu belikan dekat goshop jugak. Dulu-dulu ibu suka shopping goshop
Ada je benda dia nak suruh Cuya tolong belikan... hahaha




Bag anyam comel kecik je busu bagi juga


Bag daripada Sarawak busu bagi.Bag ni berat tapi Cuya suka bawa gi wedding sebab lawoo dan unik.
Bukan senang nak jahit manik tu . Kawan Cuya pon kata bag macam ni mahal 



Bag paling lejen milik ibu. Dah berzaman ibu simpan, akhirnya ibu bagi Cuya.
Bag kulit ni.. tahan lama.


Dah ada banyak-banyak bag ni pon tak terpakai. Nasib baik Cuya bukan jenis shopping bag. Takde ruang la nak letak dalam almari. Penuh


Tapi akan datang kalau Cuya berkemampuan lebih, Cuya rasa Cuya akan shopping juga la bag.
Cuma sekarang Cuya banyak beli buku saja. Ala budak nerd XD

Paling suka beli makanan. Itu wajib! Siapa tak suka makanan??
Orang gila pon suka makanan kay.. HAHAHA


Ni belum kira totebag lagi busu bagi. Ada ajer hadiah dia nak beri. Alhamdulilah. Moga Allah melimpahi busu dan ibu rezeki yang tidak pernah habis.







11 comments:

  1. beg anyaman plastik tu nmpk unik...beli makanan mmg best, tapi x lama...beli brg boleh guna lama..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, makanan kejap je rasa nikmat. Barang bole guna sampai lunyai hehe

      Delete
  2. Yg 1st tu cutenyaaa mz suka kaler2 ceria gitu ;) mz start collect/beli handbag sejak masuk umur 40s sbb rasa dh agak mampu utk beli brand yg mz suka, allhamdulillah.lg pun mz gi keje memang bwk handbag so mz gilir2 laa pakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok boleh tukar² handbag kan, baru lah boleh bergaya hehe
      Agak nanti Cuya pon macam MZ jugak

      Delete
  3. Yg manik tu mmg lawa 👍🏻
    Takpe Cuya, lalui saja fasa kehidupan ni dgn tenang & ceria. Makin dewasa makin stabil financially Insha Allah akan dapat beli apa yg kita nak 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak.. insyaallah moga yang baik² akan datang dalam hidup
      Aamin ya Rabb

      Delete
  4. Replies
    1. Sikit saja ni, ada org lgi la bag dia menimbun
      Cuya, buku yg menimbun hehe

      Delete
  5. LZ pun peminat setia bags.. Setiap koleksi beg ada cerita tersendiri.. Cantik dan unik koleksi bags Cuya.. Suka tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh peminat bags ya, mesti menarik koleksi yg ada.
      Terima kasih.. samalah kita, bag² ni semua memori tersimpan

      Delete

Followers