Followers

Wednesday, January 1, 2025

Bukan Takdir Kita, 2025 Aku Gagal!

Assalamualaikum guys,

Masih ingat ke entri aku bertajuk Hadiah Dari Langit?

Kan masa tu aku kata aku nak luahkan perasaan pada crush aku . Ya, aku dah berjaya luahkan semua.

Tapi aku gagal. Huhuhu

Dia tak terbuka untuk bercinta masa sekarang ni.

Ya Allah, kecewa betul aku. Bayangkan crush zaman sekolah, lamanya aku syok kat dia. Walaupun ada masa turun naik juga perasaan ni pada dia.

Aku merasakan, inilah ujian aku. Allah memang sengaja menguji aku. Aku ni bila melibatkan tentang perasaan, susah nak luah.

Sekarang ni aku belajar untuk luah supaya aku dapat lepaskan slow².

Bayangkan semalam aku susah nak tidur. Sebab asyik fikir dalam kesedihan. Sendu beb... Huhu
Tapi apakan daya, cinta tak boleh dipaksa.

Saban hari, dialah orang yang selalu aku doa. Nampaknya, Allah belum makbulkan doa aku. Dan sekarang aku terfikir, apalah yang aku patut buat sekarang?

Mungkin aku patut salurkan rasa cinta aku ni atas sejadah. Ahhhh Hati masih sedih....
Moga aku dapat ubati kesedihan yang melanda.

Pembuka tahun 2025 ni tak berapa okaylahh
Aku takleh tipu diri sendiri.

Aku tetap akan sayang dia dari kejauhan. Biarlah rasa ini bersemi dan bersemadi dalam doa di malam hari.

Saya sayang awak kerana Allah






22 comments:

  1. Aduh..baca postingan ini jadi sedih..padahal baru saja memulai thn yang baru, harapan ingin bahagia, apa daya Allah berkehendak lain..melibatkan hati dan perasaan itu memang sangat susah buat perempuan ,moga baik' saja ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa, bila melibatkan perasaan ni memang susah. Sedih ya sedih tapi apakan daya... Terima kasih kak, moga ada hadiah lain yang Allah nak beri nanti

      Delete
  2. it's ok to feel sad, cuma kena try to move on jugak, dan moga2 cepat jumpa pengganti. bila dh jumpa pengganti, kita takkan ingat dah cinta2 lama yg sblm2 tu....ni MZ berckp based on my own experience..sblm MZ jumpa my life partner now, ada dlm 4 kali kot MZ heart broken (ie cinta tak kesampaian, for mcm2 reasons ie mak tak bagi lah etc)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kali juga akk broken ya...
      Pengalaman mengajar kita kan. Bukan senang nak move on dari cinta hati saya, entah berdaya ke tak saya nak move on. Takut pintu hati ni tertutup utk org lain... Terima kasih kak atas nasihat

      Delete
  3. cuya kuat..insya-allah mana tahu bila dia terbuka hati nak bercinta, dia cari cuya..aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin ya Rabb ...terima kasih kak atas doanya

      Delete
  4. Semoga Cuya tabah dan kuat. Insya-Allah, ada jodoh lebih baik untuk Cuya yang Allah dah aturkan, cuma masa belum tiba. Saya singgah balas dan follow blog Cuya. :)

    ReplyDelete
  5. Alahai, tak apa. Sekurang-kurangnya kamu dah cuba untuk luahkan perasaan. Mungkin bukan masa sekarang, tapi siapa tahu apa yang akan datang. Jangan putus asa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. Alhamdulillah dah terluah semuanya, syukur

      Delete
  6. alamak.. x pandai nak nasihat kat org tgh frust, anggap je la bukan jodoh...be strong...
    kalau dah jodoh tu..kawan sekejab pun dah jadik la..
    mcm MA dulu..kawan 5 tahun, memang ingat dia la jodoh..siap dah clash, jumpa balik yer...ibu & ayah memang approved sgt la...but bukan. jumpa ngan arwah suami, kawan setahun je..terus bertunang & after 1 tahun..kawin...
    so...jgn sedih lama2 sgt...not suits you.. you are born to be happy & cheerful.. ok dear!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul perkenalan singkat pon boleh jadi jodoh. Yang lama belum tentu berjodoh kan.

      Terima kasih mummy!

      Delete
  7. cuya, kalau cuya sayang dia.. cuya doalah... hati kan milik Allah.. kalau cuya x dapat dia, Allah akan gantikan dengan yg lebih baik dr dia sehingga cuya kata Alhamdulillah, syukur aku x jadi dengan dia hari tu :D..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Cuya sendiri cakap dengan dia yg hati kita ni milik Allah. Allah Maha membolak balik hati kita

      InshaAllah kak, Cuya doakan yang terbaik untuk dia dan diri Cuya

      Delete
  8. In shaa Allah Allah atur yg lebih baik dan terbaik nnt

    ReplyDelete
  9. ada hikmah disebaliknya...mungkin thn baru akn jumpa lebih baik dr yg cuya crush dh lama tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga ada takdir yang terbaik untuk kami berdua

      Delete
  10. Happy 2025 Cuya. Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki dan dimakbulkan impian, Aamiin Ya Rabbal Aalamiin. Take care tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin ya Rabb. Terima kasih kak mulan, moga doa berbalik pada akk 🤗

      Delete