Sunday, January 26, 2025

Minyak Zam Zam Bagus Untuk Rambut?


Assalamualaikum Hello Coconuts!


Cuya nak share berkenaan produk yang lejen dekat Malaysia ni which is Minyak Zam Zam. Katanya telah popular sejak tahun 1947. Lama tuuu... Cuya pakai minyak rambut ni sesekali je bukan hari-hari.

Kalau dulu pergi kedai india untuk beli dengan harga RM5 sahaja. Tapi kedai tu tutup harini. Sengaja Cuya tanya kedai Hantai , kedai runcit Cina. Tak sangka ada. Harga dalam RM7 berapa sen.



Botol lama dah nak habis.
Bau Zam Zam ni kuat takdelah wangi mana bagi Cuya

Cuya pakai sebab kawan ibu yang pakai  minyak ni rambut dia hitam dan tak beruban.
So macam woww la kan. Dapat elak daripada beruban.
Jadi di usia muda ni la Cuya guna.


Merupakan minyak rambut yang dihasilkan dari herba dan tumbuhan semula jadi untuk kecantikan dan kesihatan rambut.

  • Mengurangkan keguguran rambut
  • Membantu pertumbuhan rambut yang sihat dan bersinar
  • Menebalkan akar-akar rambut
  • Menyelesaikan masalah gatal kepala
  • Menyelesaikan masalah kudis di kulit kepala
  • Merapikan rambut kusut
  • Struktur rambut menjadi lembut, sihat dan tidak bercabang
  • Kulit kepala menjadi sihat dan bersih
  • Minyak tradisional untuk kegunaan luar





Ada yang pakai tak minyak ni?






2 comments:

  1. Pernah nampak dan pakai. Hehe tapi rasanya cuba sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh takpe dapat merasa sekali okay la tu.. hehe
      ada pengalaman

      Delete

Followers