Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Hari Isnin lepas Cuya dan keluarga abang pergi ke Zoo Melaka. Tapi Cuya tak rajin nak tangkap gambar binatang kat situ. So Cuya share gambar sikir-sikit jadi la eh. Buat raso-raso orang kata.
Memandang pada Sabtu lepas ada wedding cousin Cuya, Cuya dan abang tidur di hotel Muar. Jadi abang Cuya yang duduk di Perlis ni lepas habis wedding terus balik Jasin tidur di rumah ibu Cuya. Maka diorang pon ajak la Cuya jalan-jalan ke Zoo Melaka.
Berzaman Cuya tak jejak ke Zoo ni, entah bila last tak ingat. Sekolah rendah agaknya? Bila datang zoo ni takde perubahan ketara pon, biasa-biasa saja. Cuya pon tak hype sangat dengan zoo ni. Perasaan dah tak sama macam mula-mula jejak kaki dekat zoo.
Kena beratur dekat tiket
Dapat tiket warna pink pasang kat tangan
Masa dekat pintu masuk ada photographer yang tangkap gambar kitaorang.
Kakak ipar Cuya beli dengan harga RM100.
Dapat sekeping gambar besar, fridge magnet gambar kami,serta 2 block kaca yang ada gambar kitaorang jugak.
Kak ipar offer nak beli kan gambar, Cuya kata tak yah la. Lagipon balik Cuya boleh print sendiri.. hehe
Nasib baik dapat gambar bentuk digital.
Dekat luar Zoo Melaka
Posing selagi boleh. Haha
Baby yang kecik tu sampai terkangkang besau hahhhh.. HAHA
Benda merah yang anak buah Cuya pegang tu plastik yang boleh tarik panjang dan dibengkokkan.
Tu pon harga RM10 bai!
Plastik bodoh la Cuya panggil. Kahkahkah
Scammer! kekeke
Dekat taman burung berbayar. Sorang bayar RM6 tak silap Cuya.
Dapat bagi makan dan minum pada burung , ayam belanda
Anak buah Cuya ni takut-takut dan berani juga diorang.. Hahaha
Cuya masa ni tengah bagi minum pada burung
Kitaorang naik tren dekat situ berharga RM100 untuk 5 orang.
Tren tu akan bawa pusing satu zoo dan boleh stop mana-mana kita nak.
Takleh bayang Cuya kalau kena jalan kaki dalam Zoo..perghhh berleciak ketiakk babe.
Naik tren pon 1 jam lebih, apa lagi jalan kaki.
Sib baik abang dgn kakak ipar ambil keputusan untuk naik tren.
Beli aiskrim vanila dekat Ice Planet kedai dalam zoo
Lepastu singgah Aeon Ayer Keroh, beli sushi untuk makan dekat rumah.
Saja try sizzling dekat sini sebab Makngah Cuya kata sedap.
Hermmm... bagi Cuya,
BIASA JE NYAH.
Masin kauuu.... Hahaha Does not meet my expectation. Fail!
Singgah DAISO untuk beli plastik ziplock untuk buku-buku Cuya.
Rupanya taknak buku jadi kuning, kena seal dia dengan plastik. Patutlah buku Cuya kuning.
Lepastu pergi POPULAR nak cari siri komik Magis Manis Coklat huruf V.
Siri buku ni memang ikut huruf A-Z.
Bercinta nak nunggu komik ni habis siri dia.
Ni malam sebelum tu, kitaorang pergi makan dekat Ley Park Station di Ayer Keroh sebelah datang Melaka yang dekat Zoo Melaka tu.
Tak ramai orang pon masa ni
Kak ipar belanja pizza, sebab Cuya yang nak Pizza.
\
Air Butterscoth Latte.
Cuya baru minum sikit dah habis.
Sumpah scamm.. banyak ais je. Adoiiii
Masa ni ada karoeke berbayar RM3 untuk satu lagu, RM5 untuk dua lagu.
Masalahnnya perut Cuya penuh dah... so takdela pergi nyanyi.
Baru nak show off bakat yang tak berapa ada ni.
Kekeke
Ni baru tadi selesai print gambar-gambar yang Cuya nak. Senang ada printer sendiri, boleh print.
Tapi kualiti dia takdelah perfect mana. Asal boleh jela... Janji ada kan.
Terima kepada abang ku, abang Hakiim dan kak ipar Kak Tikah bawa Nasuha jalan-jalan Melaka.
Moga Allah murahkan rezeki abang dan akak dan dirahmati Allah selalu.
Nanti balik Jasin lagi ya! Seketul Nasuha kebosanan sendirian di rumah... Hehehe
Till then,
adios amigos!
No comments:
Post a Comment