Friday, January 24, 2020

Buku Pertama 2020 :Aku Mahu Cincin Di jari (Review)


Image result for aku mahu cincin di jari

Masa Big Bad Wolf Melaka tahun lalu,Cuya ada grab buku karya antara penulis best seller iaitu Ain Maisarah.Masa dulu2 minat sungguh pada Ain Maisarah.Bila dan menginjak dewasa,dah tak tahu apa perkembangan terkini kak Ain.Tapi, once Cuya nampak buku ni,dan harganya tersangatlah murah,apa lagi..terus sambar! Tak silap harga asal dalam RM17,Cuya beli dalam RM6+.
Murah ke murah?

Cuya memang suka buku yang ringan macam ni,yang macam teenagers punya...jiwa muda agaknya..kekeke

Buku ni berkisahkan tentang seorang jejaka bernama Paei yang mencari Juliet demi menunjukkan pada Fahrin yang perempuan juga minat pada Paei tanpa mengira ketampanan.Sebenarnya Paie tercabar dengan Fahrin disebabkan sesuatu....

Nak tahu lanjut,bolehlah dapatkan!Sebenarnya bukanlah cerita tentang jejaka mencari cinta sahaja,sebaliknya ada nilai murni dan nasihat di hujung cerita untuk adik-adik di luar sana yang sibuk mencari cinta.Apa-apa pon best...siap ada tips tulis surat cinta.Lawak la hai....Zaman sekarang ni ada lagi ke orang tulis surat cinta by hand?Pergh..kalau ada, satu dalam seribu kan.Hehehe


3 comments:

  1. sadly i dont really read novels anymore.

    ReplyDelete
  2. wah murahnya, mesti puas hati kalau dapat borong banyak buku..hehe

    ReplyDelete
  3. wah.. ada tips tulis surat cinta..
    lama tak menulis surat..

    ReplyDelete