Followers

Tuesday, January 23, 2024

Review KEVIN & COCO palletes

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Esok Cuya cuti, so bolehlah dengan riangnya menaip malam ni. Esok nak pergi klinik sebab ada bisul pulak dekat mata ni. Takut juga bernanah kan. Btw, malam ni last tau untuk sesiapa yang nak join giveaway Cuya. 

Persoalannya bila pengumuman pemenang? Hehehehe... suspen tak? Mesti ramai yang tak sabar kan. Jangan risau, Cuya akan umumkan dalam masa terdekat . Nanti lepas dah cabutan, Cuya terus umum kay? Korang jangan lupa semak link peserta . Sesiapa yang dah follow social media Cuya tapi Cuya tak tanda, tolong beritahu. Takut Cuya tak perasan. 

Rugilah kalau tak beritahu, mana tahu boleh dapat lebih daripada satu cabutan nama.


Okay, jom kita teruskan agenda entri harini dengan review makeup KEVIN & COCO Cuya!


Tudiaa sampai 2 box besar Cuya beli. Sakit belakang juga la Cuya unboxing sebab bubble wrap tebal nau! Betul2 secure




Cantik kan packaging dia? Lawooo gilerr


Lip Gloss twin sister. Yang ni nanti Cuya nak bagi kawan ofismate. Pandai-pandai la diorang pilih nanti

Lipgloss Halloween  Vampire Girl . Cantik betul! Luar dalam packaging cun!

Lagi2 Cuya lak suka tema halloween.. hehe
Sebenarnya Cuya tak ingat Cuya amik lip gloss apa, sib baik dapat yang ni. Hhahha

Baby Girl Pallete . Ni dapat free. Seller bagi ni sebab Cuya request nak eyeshadow glitter.


Lip Gloss  Halloween Night Elves. Yang ni Cuya belum buka lagi, so Cuya screenshot daripada website official KEVIN & COCO.
Lip gloss ni sesuai kalau ada makeup yang bertema. Saja Cuya beli mana tahu nak buat look yang lain daripada lain untuk content ke kan...




Couple Makeup Set. Packaging dia antara punca kenapa Cuya nak set ni. Warna dia cantik sangat!
Ada satu warna pecah, tapi Cuya dah beritahu seller.


Ada ke yang tanya, beli banyak-banyak ni buat apa?
Sebab suka la beli. Tak suka mana nak beli HAHAHHA

Cuya memang minat sangat makeups. Obses? Bolehlahhh...not too much. Ni beli pon sebab memang kita sejenis pakai makeup. Mana tahu boleh jadi MUA. Ceh!


Total pembelian :

RM158.10


Nak buat macam mana kak, ni adik punya hobi. Orang ada hobi ni memang banyak pakai duit. kekekke


Ada tak yang minat makeup kat sini? :)





19 comments:

  1. Ya Allah nak jadi opismate Nasuha jugak🤭☺️

    ReplyDelete
  2. Bolehlah guna untuk mata pelajaran pendidikan seni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu wak! Tapi seni tatarias laa..hehe

      Delete
  3. get well soon sis cuya ! eeeeyyyy cantiknya pallete. it's giving winx club vibess !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks! Haahahah lama tak tengok winx club! 😂

      Delete
  4. MZ pun suka jer beli make-up tp bab nak pakai tu ikut mood hheheheh kdg2 ada yg sampai expired tp tak sempat pakai or pakai sekali dua jer... then kena buang laaaa

    ReplyDelete
  5. tu dia.. meriah. ni kalau iris tgk ni, mau dia pun join sama..
    but apa salahnya.. dah keja, duit sendiri..ok je.. plus this what we love..so ok jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah perempuan takleh dipisahkan dengan shopping barang cantik2.. hehe

      Delete
  6. adoi..boleh dik, beli je apa yang awak suka...akak nie kalau beli, espired gitu je...memang idok ler nak beli...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha faham2.. Makeup ni sume lambat lagi expired, selagi tk guna selagi tu boleh guna

      Delete
  7. Janji bahagiaaa..Suka makeup lite lite je..Tapi mgm x pakai eyeshadow..pernah lah adik makeupkan time pkp takda kerja.. Seronok la sesekali main makeup makeup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Cuya tkde kwn dh nk makeupkan.., klo ada bole gak main conteng-conteng muka. Hehe

      Delete
  8. Saya juga pakai makeup, tapi lebih fokus ke make up mata dan bibir. Lebih dari itu tak suka 🤣. Dulu saat masih kerja di foreign bank, selalu pakai full makeup, Krn diwajibkan.

    Tapi setelah resign, happy Krn tak harus ber make up lagi 😅😄

    Tapi tetap saja eyeliner dan eye shadow, mascara dan lipstik, itu wajiiib pakai bagi saya 😁

    ReplyDelete
  9. Lengkap peralatan makeup Cuya,saya tak punya sebanyak itu 😁tapi biasanya saya suka pakai eyeliner dan lipstik,tak pernah ketinggalan, yang lainnya hampir tak pernah.

    ReplyDelete
  10. Lipgloss tu nmpk menarik 🥰🥰🥰

    ReplyDelete
  11. okey sep sikit cuya..kita geng..akak pun minat mekap..betul tu cuya, org yang ada hobi ni kena pakai duit...hehe

    ReplyDelete