Friday, January 22, 2021

SWAP BUKU DENGAN GROUP BUKU LEMBAH KLANG


Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Maaflah tak selalu update dekat blog ni. Cuya rindu nak blogging macam selalu tetapi kekangan masa menghalang aktivit kegemaran Cuya yang satu ni.

Apa-apa pon, baru-baru ni Cuya ada SWAP BUKU dengan penghuni GROUP BUKU LEMBAH KLANG.Bagi yang tak tahu, itu adalah group atau geng2 yang suka dan gilakan buku.Situ ada jual beli buku. 
Group tu aktif betul! Kadang-kadang Cuya tak sempat nak baca semua.

Yang paling bestnya, selalu ada cabaran membaca .Ni menyebabkan Cuya jadi bersemangat untuk membaca.Siap ada hadiah dan sijil tau!

Okay,berbalik pada cerita swap buku tadi. Cuya telah Sway dengan Che Ta, geng buku gak.

Cuya tukar novel remaja Cuya dengan 8 buah komik.



Buku-buku ni semua preloved, tapi serius macam baru! Bila tanya Che Ta,kenapa nampak baru...rupanya sebab baca sekali je. Hahaha..Patut la!

Alhamdulilah, bertambah koleksi komik Cuya.Ini lah rezeki yang Allah beri tiada habis-habisnya.
Che Ta ni trusted seller tau. Dia kata kalau Cuya nak jual balik komik kat dia pon dia terima.

So sape2 nak beli novel preloved,bole pergi ke ig che ta..




Jom lawat che ta!







21 comments:

  1. Mesti seronok baca buku kan, lebih-lebih lagi komik kesukaan kita..

    ReplyDelete
  2. Wah! menariknya..boleh swap buku..sgt jimat!

    ReplyDelete
  3. Ha...nak kena joint ni group jual beli buku. KSarie memang hantu buku dari kecil

    ReplyDelete
  4. wah 8 buah buku..banyaknyaaaaa..sukaaa

    ReplyDelete
  5. Komik yang Ai beli kat Popular last year tak habis baca sampai sekarang. Nanti dah habis baca nak preloved juga lah.

    ReplyDelete
  6. Wah. Mcm best je buku buku tu.

    ReplyDelete
  7. Baca komik ni best, kartun comel-comel. Harga pun berbaloi, tak kisah preloved janji masih boleh baca. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..best sngt! preloved ke baru..mana2 bole

      Delete
  8. Bestnya group tu siap ada cabaran membaca!

    ReplyDelete