Monday, September 17, 2018

What do you read today? (GIVEAWAY RM20 + MODERN RESUME !!!!)

GIVEAWAY RM20 + MODERN RESUME !!!!











  Pernah dengar tak pepatah "Awak adalah apa yang awak baca"?Setiap apa yang kita baca akan membentuk diri kita yang baru.Membaca membuatkan kita berfikir sama ada lebih kreatif,aktif mahupun rasional.Membaca memberi kita seribu satu kelebihan yang tidak terjangkau.Setiap pembacaan kita melatih otak kita untuk berfikir secara pantas dan ianya merupakan satu senaman minda untuk mengaktifkan sel-sel di dalam otak bagi membentuk otak yang lebih sihat. 

  Selain itu,membaca mampu menambahkan ilmu pengetahuan yang baru.Selalunya,kita lihat mak ayah kita rajin membaca surat khabar bukan?Patutlah mereka mampu berfikir dengan cerdas dan sentiasa ada pengetahuan yang baru.Hal ini demikian kerana mereka rajin membaca berita terkini dan mereka tahu kepentingan membaca isu semasa.Isu semasa bukan sahaja membantu kita mendapatkan informasi terkini tentang maklumat dalam negara,malah kita juga dapat mengetahui maklumat di luar negara. 

  Baiklah,itu antara kelebihan membaca.Sekarang ini,saya ingin kongsikan kepada anda semua, apa yang saya baca hari ini?Sebagai seorang blogger,saya seringkali ternanti-nanti entri daripada rakan blogger lain.Antara entri saya baca,,saya membaca entri berkenaan karya netizen tentang kucing yang mati di kedai dobi.Karya sebegini adalah isu semasa yang harus dititik beratkan oleh masyarakat supaya mereka tahu sikap kemanusiaan perlu ada dalam jiwa masyarakat dan berharap kejadian sebegini dijadikan tauldan buat semua. 

Sekian sahaja daripada saya,ingat kita adalah apa yang kita baca :)


CLIK SINI UNTUK JOIN!

10 comments:

  1. kejadian kucing tu memang menjadi nightmare semua orang kan. kekejaman manusia sekarang ni makin scary.

    btw, goodluck! :D

    ReplyDelete
  2. Mama.suka tgk resume budak skrg mmg simple Dan catchy

    ReplyDelete
  3. arghhhh. memang menyayat hati sangat pasal kucing tu. Btw, thank you yer sebab join

    ReplyDelete
  4. Memang sedih dan menyayat hati sungguh kes kucing tu. Eerrghh geram betul bila ingatkan balik. Memang tak berhati perut betul orang yang buat tu.

    ReplyDelete
  5. All the best awak. Ika pun join jugak.
    https://ikashoid.blogspot.com/2018/09/what-do-you-read-today-giveaway-rm20.html

    ReplyDelete
  6. Baca blog dah menjadi satu rutin yang dilakukan 2,3 kali sehari.. barulah rasa dekat dengan rakan-rakan blogger lain..
    Good luck..

    ReplyDelete
  7. all da best

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/09/what-do-you-read-today.html

    ReplyDelete