Thursday, September 13, 2018

Impian dan Angan Angan

Semua orang mempunyai impian dalam hidup mereka.Ada berimpian nak rumah besar,jawatan yang tinggi..tak lupa juga bagi mereka yang berimpian untuk menjadi anak yang soleh dan solehah.Impian manusia tak terkira!

Apa beza impian dan angan-angan?


Menurut:

Kamus Bahasa Melayu


[im.pian] | ايمڤين

Definisi : sesuatu yg diimpikan; cita-cita yg bukan-bukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Kamus Bahasa Melayu


[a.ngan.a.ngan] | اڠن٢














Definisi : 1 gambaran ttg masa depan seseorang yg terbayang dlm fikiran; cita-cita: ~ tokoh politik itu adalah hendak menjadi Perdana Menteri. 2 apa-apa yg diingat; ingatan: ~nya melayang kembali ke waktu dia berada di Tokyo. 3 fikiran atau gambaran ttg sesuatu yg tidak mungkin wujud; khayalan: Segala yg dikatakannya itu ~ belaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)



Rasanya macam sama je kan?Ibarat kata ..

Saya berimpikan awak.
Saya berangankan awak.

Maksudnya saya inginkan awak.Tak gitu?





Wei,i baru perasan Heaven tu salah eja..Ampuunni saya ibuk periiii  XD


Sebenarnya tak salah kita mempunyai impian atau angan-angan setinggi gunung sekalipun.Kita tak tahu kalau satu hari hanya melalui angan-angan je kita berjaya dalam kehidupan.Berapa ramai orang dekat luar sana yang berjaya dengan hanya dimulakan dengan angan-angan kecil.Tapi jangan pula menjadi seperti angan-angan mat Jenin.Hah,,yang tu minta dielakkan,


Ingat,jangan berhenti daripada berangan.
Seorang yang berjaya ,berangan untuk masa depan dia.-Cuya

Cehhhhhh

Saya sendiri mempunyai angan-angan.Saya berangan dapat kuasa Superman.Eh? Tipu je...kekekeke
Saya berangan nak ada pekerjaan yang stabil,keluarga yang baru ,kereta sendiri..dan bermacam-macam lagi.Semua ni masih belum dikecapi,tapi kuasa Tuhan kan..kita tak tahu apa akan jadi pada masa depan kita,ye dok?Yang paling penting,kita berdoa banyak-banyak moga Allah permudahkan segalanya.Yakin dengan Allah!Yakin tiap kali berdoa.

Saya yakin,dan Allah sering kali memakbulkan doa saya.Kalau nak dikongsikan doa saya amalkan,rasa macam kurang ilmu lak nak kongsi doa2 ni....Jadi saya bercerita umum je lah ya?


All the best untuk semua yang membaca!Moga Allah sentiasa melindungi  dan makbulkan setiap doa kamu :)



1 comment:

  1. Doa yang baik ialah doa dengan keyakinan Allah akan makbulkan permintaan kita. Semoga apa yg diimpikan tercapai. Amin.

    ReplyDelete