Sunday, October 18, 2020

Ralph Breaks The Internet Cartoon Movie




Assalamualaikum ,Hello Coconuts. Kalau sesiapa dah biasa datang blog Cuya,akan perasan Cuya suka kartun,komik,dan lukisan. Dan atas sebab tu Cuya nak share pendapat tentang cartoon movie yang Cuya baru sahaja tengok. Cerita ni dah lama dah keluar ,Cuya baru dapat tengok.

Bagi sesiapa yang pernah tengok cerita pertama iaitu Wreck It Ralph,pasti kenal dengan watak-watak kartun ni yang terdiri daripada watak utamanya Ralph dan Penelope.

Ralph dan Penelope asalnya daripada Game.Basically cerita dalam ni memang cerita pasal game dan internet.Imaginasi pencipta kartun ni memang sangat tinggi.Macam mana lah dia bayangkan suasana Internet atau Wifi versi kartun, seakan2 kartun ni semuanya hidup.

 

Wreck-It Ralph 2

Penelope berasal daripada game bernama Sugar Rush.Tapi game dia tiba-tiba rosak sebab stereng game tu dirosak oleh pemain.Jadi orang kedai yang kelolakan game ni cuba nak beli stereng baru,tapi mahal sangat

.Jadi game Sugar Rush terpaksa ditutup.Ini membawa makna Penelope dan kawan2 dia takde tempat tinggal lagi.

Ralph dan Penelope perasan akan kewujudan WIFI di kawasan mereka,jadi mereka nak cuba beli stereng untuk Sugar Rush.Wreck-It Ralph 2

Bermacam-macam cara mereka guna untuk beli stereng.Ralph sanggup buat video bodoh untuk popular dan kumpul 'love' daripada seluruh penonton

Dalam movie ni ada kisah persahabatan.Persahabatan yang diuji dengan impian masing-masing.Ralph sayang pada Penelope sampai sanggup buat apa sahaja untuk Penelope dapat game dia balik tapi Penelope ada impian lain yang dia nak kejar.

Cuya agak terharu dengan scene persahabatan mereka. Dan sangat comel melihat di saat mereka saling melambai antara satu sama lain bila masalah mereka selesai.


Cuya bagi 5 bintang! Satu sebab Cuya suka idea cerita ni, animasi yang sangat ceria dan cantik.Moral value tu yang penting ya! Hehe

19 comments:

  1. memang citer ni best. penah tengok dan enjoy sangat. macam tak sangka imaginasi pembuat citer ni sangat bagus!

    ReplyDelete
  2. suka movie ni !! 😭😭 its about minat versus persahabatan right . i love their lovely friendship

    ReplyDelete
  3. i already watch the movie, and i like this movie too! ;D

    ReplyDelete
  4. suka la Ralph ni.
    Dia ni kawan yang baik.

    ReplyDelete
  5. awww, dah masukkan dlm list.. nak tgk jew nanti.. cita2 mcm ni sngt refreshing kan

    ReplyDelete
  6. Akak suka cite ni 😊 suka friendship diorang

    ReplyDelete
  7. Comellah kartun ni. nak tengok nanti. Tq Cuya share.

    ReplyDelete
  8. Yang second ini tak tengok lagi.. menarik juga..

    ReplyDelete