Monday, August 3, 2020

Komik Preloved Haul!


Assalamualaikum ,Hello Coconuts! How are you?  I am fine thank you..
 Bagaimana dengan hari- hari anda? Ada cerita menarik yang nak dikongsi kan sama saya? Hehe.

Kalau korang tiada,Cuya ada! Hahaha...

Harini Cuya pergi makan dekat Dominos,teman kan kawan jumpa dengan kawan dia. Kawan kenal dekat Baitul Jannah.Korang pernah dengar tak web Baitul Jannah tu? Ala orang nak cari jodoh tu. Hah  itu lah! Member tengah cari jodoh....kita masih single potato.Kuikuikui..

Yang bestnya, laki tu belanja kitaorang.Moga Allah berkati rezeki dia.Insha Allah .Okay tu cerita lain la, yang Cuya nak cerita kalini adalah Cuya baru sahaja Haul komik harini!  Sempat lah COD dekat dengan   Dominos tadi. 

Hah..Cuya beli komik apa tu? Komik preloved je....Kenapa bayar lebih untuk komik sedangkan boleh dapat murah? Gituuuu   

Sekarang mood Cuya nak mencari komik je..hehehhe Buat masa sekarang cuma kumpul,kalau nak jual tu..tak sure la



Satu,dua, tiga.....hah sampai 9 Cuya borong kau! Ala ni sikit je...orang lain sampai berbelas. Cuya beli kat mana ni? Hah...Cuya cari IG orang yang jual..alhamdulilah jumpa orang yang dekat je dengan rumah Cuya. Boleh la dekat....Cuya duk usha je ig dia ni...

Antara komik yang Cuya beli :


  1. Syurga Serigala
  2. Pengintip Bangsawan
  3. Cik Bunga Matahari 1
  4. Cik Bunga Matahari 2
  5. Suka Hati Kaulah Shakespear
  6. Origami 1
  7. Origami 2
  8. Biru Violet
  9. Destini Violet
Cuya banyak amik yang ada siri.Syok sikit baca panjang2.





Untukk peminat komik,jom kita beli komik preloved daripada brother ni.




JOM RAMAI RAMAI SINGGAH.
TRUSTED SELLER.
MURAH PON MURAH
KUALITI BAIK!

Banyak komik yang dijual,dah takde jual dekat kedai. Kira rare juga la..
Kualiti dia okay,buku2 tu masih boleh dibaca. Luaran dia ada juga yang tak macam baru, tapi its okay.Yang penting isi dia kan?

Cuya pun ada  nego ngan brother ni.Alhamdulilah,dapat harga murah.Next time, kalau ada rezeki lebih,mesti nak repeat.Insha Allah. Tak silap Cuya,banyak lagi komik dia tak terjual tu...boleh la korang usha-usha. Dalam RM5 ke bawah je harga.


Nampak gayanya,cutinya komik marathon je la ek? Kekekke .Alrite korang, jangan lupa singgah dekat Malaysia.Preloved.Comics  .Jom!



Sehingga ke next entri, adios mi amor! 💓

Saturday, August 1, 2020

Dapat RM50 e-wallet Touch n Go and Aku Belanja Apa?


Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Ni hao ma? Wo ye hen hao. (Apa khabar? Saya juga khabar baik)

Hah.sekarang ni, semua mesti sibuk nak daftar mysejahtera dengan touch n go kan?? Kan???
Yalah, gomen nak bagi duit free, siapa tak nak sis? HAHAHA.

So citenya,semalam Cuya buat permohonan la untuk duit RM50 ni. Harini baru dapat.

Kira macam sehari juga la nak tunggu duit masuk. Alhamdulilah,syukur atas rezeki Allah beri.

Cuya apa lagi,bila duit masuk..it's shopping time!! Cuya ajak BFF pergi jalan ke pekan. Mula-mula pergi ke watson, usha juga barang kat situ.Tapi takde idea nak beli apa..hahahah


Last2 Cuya pergi seven E dekat tempat lain.Cuba teka Cuya beli apa?

Hah..teka2...

Dah teka??

Jeng jeng jenggggg



Tada!!!!

Cuya beli komik gempak starz guys...
Komik lawak kampus kali ni bertemakan frontliner dan ada juga t-shirt dijual sekali dalam set buku ni.

Lama Cuya tak beli merchandise dari Lawak Kampus.Alhamdulilah,dapar grab sehelai baju dan 2 buah komik.


Sebenarnya sebelum Cuya pergi seven E,Cuya ada pergi kedai buku di pekan.Kat situ pon Cuya beli sebuah komik


Cuya memang sasarkan untuk beli komik.
Balik je rumah, abang tanya..buku2 dalam bilik tu nak buat apa,tahi cicak ke?

Hahahahaa XD

Lepastu Cuya cakap la dengan slang omputih "It's called as COLLECTIONNNSS"
Hehehe

Cuya nak buat koleksi,tapi taktahula kalau next time Cuya nak jual...Hehehe

Alhamdulilah,apa yang Cuya nak..selalu tercapai.Semua ni rezeki daripada Allah.Walau sekecil mana sekali pon rezeki kita,belajar la untuk bersyukur.

Baiklah,sehingga ke next entri.Akan datang Cuya akan buat haul lagi, Haul apa?korang pon tahu kot.Nantikan....

Bye adios amigos!