Sunday, November 22, 2020

Lukis Potrait Digital untuk Pertama Kali? Jadi ke?


Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Cuya is back...ceh macam lama nau tinggalkan blog. Yalah,dulu selalu update,sekarang busy  jadi jarang la update.

So,untuk entri kalini Cuya nak share achievement Cuya selepas Cuya dah beli drawing tablet HS64 Huion haritu.Alhamdulilah...Lepas Cuya dah godek2 apps dan tanya masta Cuya ( Shoutout to Aziera Azman!), Ziera adalah sumber inspirasi Cuya..gitue~ hehehe

Akhirnya...Cuya berjaya menghasilkan potret.Pada awalnya agak tak kemas la...tapi Cuya belajar and discover..dapat la buat yang okay sikit.

Dan Cuya ada open request untuk penonton Whatsapp Story Cuya..ternyata ramai yang berminat nak Cuya lukis. Yalah..Cuya bagi free je..sebab nak practise..hehehe

Potret daripada sekadar mencuba..hitam putih..ke berwarna. Hanya dalam sehari dua boost up!

Jom tengok potret digital drawing Cuya!


Masa ni Cuya sahaja je cuba lukis kawan Cuya, Aimi nama dia.

Sebab tu Cuya dah tahu guna apps ni sikit2.

Nila potrait pertama Cuya buat...nampak nau takde skill..HAHA


Ni potrait kedua..bila Cuya discover senanya mudah je nak kaler mengaler ni..

Tia nama dia tau...Lepas dia tengok lukisan seterusnya banyak dah berwarna,
dia jadi sedih sambil berkata
"Aku dengan Aimi jela lukisan hitam putih? :( "

HAHAH


Ini Haziq.Dia request Cuya lukis gambar dia.
Sama juga macam situasi Tia,bila dia tengok Cuya kaler mengaler,
dia pon nak gakkkkk

Hahahah


Ni Qilah, potrait pertama berwarna.Masa ni Cuya tak tahu kenapa Cuya rajin
sangat nak warnakan.Cuya cuba je..tapi line lukisan ni tak smooth.
I am noobies jangan kecam XD


Si mata cantik, Najla.Dia pon request juga..Katanya nak tampal gambar ni kat dinding.ewah!


Ni mek Onni..my niece..dia tak sedar dirinya dilukis..hahahahha


Ni rosyam nor.OPPS! Gurau2..

Ni Nazry..panggil dia Y ( WHY?)
Cuya saja lukis gambar dia..dia tak request..

rezeki dia..dia suka sangat lukisan ni..heheh Thanks Y jadi model aku..heheh
Dia kata  " Tak sia2 kita tengok video unboxing haritu"
Sebab haritu Cuya unboxing HS64 ni dekat Ws😂

Dia kata biasa orang bayar dia 5K gak untuk amik dia jadi model,untuk Cuya free je!
HAHAHA


This preety girl ,Iqa.Senyuman dia paling bright gila kat kelas..heheh



My mom! Cuya lukis semalam sebab tak leh tidur.Dalam kul bape tah tapi pagi buta.
Diam2 Cuya lukis dalam gelap..tapi ibu kata takde rupa ibu pon.HAHAH..sedih tul


This one is the previous one,Haziq.Dia kan request kaler..so here it is!


My bro..Dia kata mata dia nampak juling and mulut cam ikan.
Memang family sendiri kuat kecam eh??🤣🤣



Cuya rasa Cuya boleh buka bisnes la kan? Tapi masa lak takde....

ada lagi a few requests kena siapkan. 
\
Thanks sebab semua request dengan  Cuya Express Arts!


p.s- gambar2 ni adalah sebahagian besar Classmate Cuya.Shoutout to my classmates! Love you~💕💕

Thursday, November 19, 2020

Hadiah daripada Blogger Fieza Sani dah sampai!


Assalamualaikum ,Hello Coconuts~

Harini sebelum kelas Cuya terima satu parcel.Cuya memang menanti parcel ni.
Dan parcel ini tak lain tak bukan hadiah sempena memenangi Top Komentar di blog kak Fieza Sani
Alhamdulilah...naaaa Jom tengok hadiah apa Cuya dapat!




Yeah bag tote a.k.a bag sling.

Dua dalam satu gitu!

Dan juga keychain comel..

Terima kasih kak Fieza

Ini akan menjadi semangat untuk terus mengunjungi blog akak..insha Allah

Moga Allah permudahkan urusan akak di dunia dan akhirat,dan moga dilimpahi rezeki yang merncurah-curah.Amin Ya Rabb

 :)

Wednesday, November 18, 2020

Giveaway daripada Imperfect Channel


Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Harini macam biasa ada kelas,tapi Cuya masuk lambat sebab ada tetamu khas datang untuk hantar hadiah giveaaway pada Cuya. Masuk kelas lambat pun muka selamba...siap kena puji ngan Cikgu sebab Cuya banyak tanya dalam kelas. 

Yelah nak tebus kesalahan kan...kekekkee🤣

So, citenya...Cuya join giveaway dekat youtube. Kebetulan youtuber ni kawan Cuya.Cuya mestilah support bestie sendiri. Cuya tak pasti giveaway ni berlansung sampai bila..Korang plz check it out!


GIVEAWAY SEHNGGA 30 NOV

Diorang nak bagi Pokemon Plates untuk orang bertuah!

Plz support kawan Cuya yang syantik bersama suamianya yang ganteng..gitue~~


The best part it,,Cuya pon dapat hadiah ni! Gigih kot Cuya komen...kekek

Yang tak disangka,Suami member Cuya ni siap bagi something extraaa..



Tada! Dapat plate  Komala dan figure kartun Pokemon. 

Cuya pilih sendiri Komala ni..so cute!

Member Cuya kata, ni figure yang lama suami dia kumpul.
Baiknya diaaa..hehehe

Thanks Piqa and Andy!!
Thanks for the visit too....syok borak2 ya kite
Teh aku buat sedap kan?Boleh kahwin kann? HAHAHAH


Okay korang,,plz check it out youtube member Cuya ni kay.

Adios Amigos!





Tuesday, November 17, 2020

Aku First Time Beli Drawing Tablet! HUION HS64


Assalamualaikum ,hello Coconut!

Terasa dah berhabuk blog ni.Jadi kita nak sapu-sapu sikit kan kot2 ada sawang.
Harini hari bahagia Cuya sebab parcel Cuya dah sampai! Takde la lama tunggu,tapi bolelah..barang luar kan.

Cuya telah mendapatkan satu gadjet yang mungkin tak ramai pon nak guna.Barangkali dalam kalangan pelukis atau cikgu amat memerlukan produk ni. Cuya telah membeli drawing tablet atau tablet lukisan untuk praktis melukis digital. Cuya dari dulu mengimpikan drawing tablet, tak sangka Cuya dah dapat sekarang di depan mata.

Cuya telah membeli....



Cuya beli dekat shopee je.Cuya beli sebab Cuya tengok kawan Cuya ada beli,dan dia kata okay .so Cuya malas nak survey table lain.So here it is!

Harga asal tulis dekat shopee lebih kurang 180.Tapi harga jual RM123.
Memandangkan semasa sale 11.11 Cuya menunggu..punya tunggu..punya tunggu..

dapat lah harga paling murah RM109.99
Tapi Cuya ada coin,jadi jadi la RM107.61

Alhamdulilah..tak sia2 dengar cakap ibu,dia suruh tunggu.

Sebenarnya Cuya nak beli dah time kul 12 pagi tu..tapi harga tak turun2..punya la frust, sib baik beli dalam kul 11 pagi tu...







Ni Cuya try dekat paint biasa..hodoh tul.HAHAH



Ni first attempt lukis dekat fon

Second attempt

Dekat fon Cuya download ibisPaint X

nice gak tablet ni...Cuma Cuya kena biasa kan aje..\
Cuya sahaja cuba2..sebab nilah impian Cuya...nak melukis digital.Alhamdulilah..Alhamdulilah :D


Apapon,lepas ni Cuya akan lebih semangat untuk praktis melukis!

Caiyok2!\
Adios Amigos!






Tuesday, November 10, 2020

Bonobo Merci Multi Bags Set


Assalamualaikum,Hello Coconuts.

Dah PKPB ni, rutin membeli online kami sekeluarga kembali berjalan seperti biasa.Kekekke
Disebabkan ibu Cuya rajin tengok tv, maka dengan ini ibu Cuya juga rajin tengok GoShop.
Dan sudah tentu ibu akan terjebak dan Cuyalah yang menjadi mangsa untuk membeli barang-barang yang ibu nak dari Goshop.

Jadi,ceritanya ibu Cuya teringin nak handbag untuk dirinya, pada masa yang sama dia nak belikan juga untuk Cuya.Inilah dia ibu yang penyayang yang semua idam-idamkan. HAHAH.  Jadi ibu tanya kalau Cuya nak beli bag juga seperti dalam iklan,  Cuya pun kata... BOLEH AJAAA.....ngeh3


Cuya pun submit order thru laman web Goshop dan membeli beg Bonobo Merci Multi Bags Set.



6 in 1 bags.

Ibu ambil handbag,yang lain2 Cuya punya..Tamak tak? XD

Jadi disebabkan bag ni Cuya punya,ibu suruh lepaskan bag lain pada anak buah Cuya.
Walaupun hati berat,sebab Cuya dapat bag tu (bag contest) atas usaha Cuya join giveaway,dan menjadi kenangan Cuya...Cuya kena lepaskan juga.Orang kata,berilah barang yang paling kita sayang pada orang lain.  :)


Overall,,bag hitam ni nampak ekslusif sangat.Nampak mahal.....Nice teroks..I loike~

Bagi sesiapa yang nak beli,bole lah beli,tapi sekarang rasanya tinggal warna hitam je,warna lain habis sudah



Okay,sampai disini sahaja gengs.Thanks sudi baca ! :D


Menang Merdeka KBM Festival


Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Alhamdulilah,syukur sangat kerana masih diberi peluang untuk menaip walaupun Cuya tak selalu update.
Baru-baru ni Cuya terima satu emel berkenaan contest yang U Cuya ada organize kan sempena merdeka hari tu.






Alhamdulilah..Tempat pertama geng! Hehehe..

Sebelum ni ,mak Cuya pernah tanya, yakin tak boleh menang? Cuya yakinkan diri cakap " Boleh!"
Hahah.....Rezeki..rezeki.
Dan baru2 ni Cuya join contest nyanyian,tapi Cuya tak rasa boleh menang,sebab banyak gila saingan.So Cuya anggap ni satu pengalaman sahaja. Result dia keluar esok, so tak berharap sangat la..hehehe

Cuya pon ada  melukis logo di youtube.Dah 10 logo Cuya submit,dan otw untuk tambah lagi.Wish me luck!








Sunday, November 8, 2020

Tolong View Video Instagram Ni!


Assalamualaikum,hello coconuts!



Nak minta tolong korang video di ig ni sempena pertandingan nyanyian Cuya join


Assalamualaikum semua minta view video saya di ig.Anda view saya dapat markah.Terima kasih!😘


Your view means so much to me.Kalau rajin komen la sekali ya!!

Wednesday, November 4, 2020

Dapat Suprise Box Daripada BFF!


Assalamulaikum,Hello Coconuts!


Previous entri Cuya ada cakap Cuya exchange suprise box dengan BFF, ternyatakan suprise box bff bagi pun sempena birthday Cuya yang lepas. Dah lama dahhh...


Tanya BFF,ni suprise box ke birthday gifts ni?

Dia cakap both. Hahah



Yeayyyy
Cuya dapat :
1)Dua buah komik (tahu aje Cuya dah start kumpul komik2 ni..ngeh3)
2) Tabung (shoo cuteee)
3) Tasbih digital ( pink kaler!)


Cuya dah buat unboxing dekat WS status..hehe
Yang kelakonya, tabung ngan tasbih tu BFF Cuya ada tanya Cuya. Yang tabung tu pulak,Cuya sama2 pergi kedai tengok tabung tu. Exactly yang tu! HAHAHA

Papepon Cuya happy sangat dengan hadiah macam ni.I appreciate every single things. Alhamdulilahh <3

BFF Cuya minta maaf sebab dia bagi sikit je,walhal Cuya bagi lebih sikit.Laaa nama pon suprise box,ikut kita la nak bagi apa.Jadi takde masalah bagi Cuya dia nak bagi apa.Alhamdulilah semua ini rezeki. :D

Thanks Ted!
* Love you till Jannah~*

Aku Bagi Suprise Box Pada BFF !

Assalamulaikum ,Hello Coconuts!

Cuya kembali dengan suprise box terkini.Kali ni exchange dengan BFF Cuya. Kami duduk dekat with each other.


So apa tema kalini? Aaaaaa...kena tengok..lebih kurang je ngan tema2 sebelum ni.
Btw,dah tengok suprise box lain sebelum ni?

Suprise Box:

💓Monsters
💓Vampire






Simple je kalini,tapi tema lebih kurang..Heheh...

Jangan lupa subscribe semua! <3



Coaster (Alas Cawan) KLCC Perler Beads

Assalamualaikum,Hello Coconuts!


Beberapa hari lepas Cuya ada buat Perler Beads Art.Tiba-tiba semangat kerajinan mai pulak kat kita kan...So, buatlah arts. Heheh


Kalini Cuya buat coaster( Alas Cawan) pemandangan KLCC.









Apa macam,cantik tak?
 Cuya takde la pandai mana.Dapatkan inspirasi dari internet juga.Hehehe
Ni selepas dah di iron guna seterika.Sebelum iron lapik dengan baking paper/tracing paper.
Jangan iron direct!

Okay,Cuya ada Koko ni petang ni.Online la citenye....

Adios amigos!









Tuesday, November 3, 2020

Tutorial Cara Membalas Komen di Blog dengan lebih cantik

Assalamualaikum,Hello Coconuts.

Korang kalau balas komen blogger lain guna cara blog Cuya ke,

Balas komen di bawah komen blogger lain.

Atau korang terpaksa guna @ untuk reply setiap komen jadi orang macam susah nak baca balasan komen .Contoh :-


Cuya komen 

Wah bestnya beli barang!

Blogger lain komen

Bestnya dapat beli barang..


tapi komen dibalas oleh pemilik blog begini di dalam satu komen,

@Cuya  best2!
@Blogger lain   mestilahhh


Dia kumpul untuk balas setiap tu.


Korang faham tak situasi ni? Ni la masalah yang dialami oleh sestengah blogger.Mungkin ada yang sengaja,atau maybe tak tahu. Sebab Cuya pernah alami juga benda ni. Jadi  harini Cuya nak ajar korang cam mana nak balas komen di bawah komen,macam d blog Cuya sendiri.


Step 1 : Pergi Dashboard
Step 2 : Masuk bahagian setting.Kemudian klik post,comment and sharing.
Step 3 : Bahagian comment location,klik embedded
Step 4 : Kemudian klik bahagian setting lagi, masuk ke area other.Klik Allow blog feed,pilih full.
Step 5 : Enable tittle link and enclosure links tu pilih YES.

It's done! Boleh komen di bawah komen. Tak payah nak guna @


Let me know kalau korang berjaya ya.All the best!

Menang Top Komentar di Blog Fieza Sani kali kedua!

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Cuya just nak bagi short entry, yang Cuya menang top komentar dekat blog kak Fieza Sani
Alhamdulilah..Cuya memang rajin komen kalau ada masa.Kalau takde masa macam ni la..nak update entri tak menyempat apa lagi blogwalking.

Walaupun busy,Cuya singgah gak mana2 blog Cuya dah biasa pergi. Kadang2 Cuya godek entri lama-lama blogger lain semata-mata nak baca dan komen. HAHAHA..Dah jadi trademark tinggalkan komen dekat entri lama.

Thanks Kak Fieza!

Aku Borong Markers Di Shopee!

Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Lama sudah Cuya tak beli dari shopee. (Siapa percaya memang kene kelentong XD)
Alhamdulillah,Cuya dikurniakan rezeki yang tak pernah habis.Jadi, Cuya mengambil kesempatan untuk menyoping. Shikit jela.shikit jee  (kot...)  

Kalini Cuya buat haul barangan stationaries di shopee. Cuya beli markers! Bukan satu....bukan dua...bukan juga tiga... Eh,jadi berapa?  Bukan lima....Bukan 10....aik? Takkan borong banyakk..






Satu....dua.. tigaa
Hah kira..kira..

60 batang markers!

Memang takde kerja betul seketul Cuya xD

Cuya pon beli Mark Pad yang sesuai dengan markers ni katanya.....katanya laaaa...tak try lagi.
hahah

Cuya beli dekat sini


Sebabkan postage mahal gak la,berbelas.Cuya pun tak pakai shopee voucher tu (Nyesal tak pakai,tula acah kaya lagi..hahhaha)



Ni swatches warna2 dia..ada satu je warna dia dah kering tapi takpela..
Seller pon responsif .Siap dapat free gift pen hitam dan putih untuk lukisan.



Cuya tak pandai mewarna..ni belasah je tengok internt tu pon entah apa rupa.HAHAHA


Bedal jela nak..test test ja dlu...heheh


Btw, sahabat baik Cuya semalam datang rumah.Dia bagi lagi satu marker.Katanya dia beli masa study arts dulu. Masheh Huda!

Dah la..jap lagi ad kelas, Cuya Cau Cin Cau dulu!

Tunggu punya tunggu...mana kelas tak start-start.Ada kang Cuya update entri baru lagi.Hahah