Sunday, October 11, 2020

Misi 4 Flat X



40028408

Assalamualaikum dan Hello Coconuts!

Disebabkan Cuya asyik jumpa blog yang selalu review buku,jadi Cuya mengambil keputusan untuk tulis sedikit review tentang komik yang Cuya baca.

Misi 4 Flat X adalah rentetan daripada buku Misi yang lain.Memang bersiri tetapi buku ini boleh sahaja dibaca secara individu ,maknanya baca satu buku pun okay sahaja 


Dalam buku ni dimulakan dengan persoalan,kenapa kita mengejar keputusan yang baik,yakni 4 Flat?

Adakah sekadar untuk menunjuk2 pada orang lain atau pun satu kepuasan buat diri?Buku ni membuat Cuya berfikir kenapa Cuya sibuk nak kejar result yang terbaik. Yalah, Cuya sedar semua orang seakan bersaing untuk menjadi yang terbaik. Cuya pun mahu berada diatas.

Buku ni overall cerita pasal Mat, seorang pelajar yang pakar dalam matematik.Dari kecil lagi dia dah didedahkan ilmu matematik.Biliknya penuh dengan sifir dan nombor.Ayah Mat kata "Matematik ni takdir Mat", walaupun kita sebenarnya tak boleh tentukan takdir sesuka hati.Takdir yang sebenar datang daripada yang Esa.

Ada lah konflik yang muncul dalam komik ni tapi tidak lah terlalu berat.Tapi ceritanya agak sedih di hujung. Ada bahagia, dan ada duka.

Cuya sebenarnya dah pernah baca komik ni,tapi Cuya baca lagi untuk cabaran membaca bulan ni. Cuya tak pernah bosan dengan komik Misi karya Nazry Salam dan Afiq Salam. Mereka berdua dah macam idola Cuya sejak dulu lagi..hehehe

Cuya bagi 5 bintang!

18 comments:

  1. Macam best! Dah lama tak baca komik Melayu

    ReplyDelete
  2. Terbaik.. :) Lepas ini review lagi komik dari M-KOMIK Ya HHEE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh...insha Allah jika ada kesempatan..hehe

      Delete
  3. nampak menarik komik ni..ssuai la utk pelajar yg baca..sbb bg motivasi kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes komik misi semuanya komik motivasi..hehe

      Delete
  4. heheh sya da lama xbaca komik. last baca tahun 6. skrg lebih kepada non fiksi. btw cerita awak buat sy berminat balik nak baca komik haha TERBAIK

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom la baca komik...selang seli dengan buku lain.seronok!

      Delete
  5. Komik tapi macam novel pula cara Cuya gambarkan.
    Bagus buat kita terfikir mengapa kejar 4 flat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..yup buku ni banyak nilai murni dia..

      Delete
  6. Menarik jalan ceritanya disebalik tajuk 4flat tu. tapi kenapa hujung sedih. alahaii

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tak semua jalan cerita akan berakhir dengan bahagia..hehe tpi die ada bahagia..bahagia dan duka gak..

      Delete
  7. ala...ending sedih pulak..tak suka baca cerita yang ending sedih, tau..ahkak ni sensitif...

    ReplyDelete
  8. Ini belum baca lagi.. menarik review Cuya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh baca kak..Ada gak Misi 4 Flat..dan Misi 4 Flat X..

      Delete