Thursday, April 30, 2026

Macam mana nak naik Google Adsense dengan laju?

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Harini tak ramai lagi yang update entri baru di blog. Cuya dah tak tahu nak pergi blog siapa.

Saja Cuya pos gambar sedang berposing. Gambar lama ni. Few years ago. Cepat masa berlalu.

Cuya dah meningkat dewasa. 
Banyak benda nak dicapai tapi taktahu nak mula daripada mana .

Terkadang tu bukan semua benda Cuya boleh cerita pada orang.
Contoh bab keluarga, Cuya jarang2 lah pos .

Pasal kerja lagi lah Cuya tak share mana. Kalau rasa perlu share, kalau tak penting diamkan ajer.

Walaupun banyak ajer benda yang tak penting pon di share dalam blog ni. 😂 



Selagi boleh privasi, kita privasi. Melainkan happy moment yang kita nak ingat, so tulis lah dalam blog.

Walaupun tang cerita sedih pon ada Cuya cerita, anggap saja itu cara Cuya release stress. Sebab tu Cuya suka blog, sebab takde orang nak amik tahu pasal blog Cuya .

Baru minggu ni Cuya ada share link dekat status dan ig story. Tu yang PV naik tu. Hahaha

Kalau tak kekal sendu. Cuya ni ada Google Adsense yang hendak diusahakan. Bukan senang ya nak naik GA ni.


Ada sesiapa ada tips nak naikkan Google Adsense tak?

Tapi takpela menabung sikit2.

Kak Suria Amanda macam dah banyak kali dia cashout GA ni. Nak tahu jugak apa tips dia.

Siapa kat sini dah cashout Google Adsense?
Sebab Cuya pon baru je apply GA tu yang terhegeh-hegeh nak menaikkan jumlah GA tu.

Sifu2 tolong share tips!

Till then adios amigos 👋🏻 

Nota kaki: Rakyat Kelapa sekalian dah join belum Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0?

Jangan lupa join!!




Coins Shopee Terkumpul Setakat Harini

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Macam biasa Cuya akan update proses pengumpulan coins Shopee Cuya supaya lebih bersemangat untuk kumpul lagi dan lagi.

 
Ni hasil setelah 3 hari mengumpul coins di Shopee. Bukan tengok live sangat pon, kita skrol laju2 macam tengok TikTok pon coins tu masuk akaun.




Tiba-tiba Cuya nak transfer 1000 coins tak lepas2. Dah banyak kali cuba pon tak boleh.
Pastu Cuya tekan transfer 10 coins boleh lak. Adoi jemm

Ada juga chat staf Shopee, katanya nanti dia akan hantar emel regarding masalah Cuya ni. Tapi tak dapat lagi emelnya.

Janganlah buat hal Shopee, penat aku kumpul coins ni macam ni lak dia buat kita 😭
 

So this current coins yang ada dalam akaun utama.

Harap esok okay la Shopee ni. Susah juga nak transfer coins pon jadi isu. Harap staf Shopee dapat bantu selesai kan isu ni 

Tadi dia kata akaun Cuya takde masalah apa apa pon. Entah mungkin masalah daripada Shopee. Dugaan dugaan....


Nota kaki: Rakyat Kelapa sekalian dah join belum Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0?

Jangan lupa join!!





Jeruk Mangga Papa Laris

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Selain membeli mandian herba Dherbs, Cuya turut beli jeruk mangga Papa Laris yang femes tu.

Cuya beli 4 bungkus. Sebab lagi banyak beli lagi murah. Kebetulan ada voucher Shopee, hah bertambah2 murah la harga.



Harga asal untuk 4 bungkus Rm39.90.
Cuya beli dengan harga Rm9.98 sahaja.
 Dapat free satu bekas makanan.
Kira satu bungkus jatuh Rm2.50 sahaja. Alhamdulilah betul lah shopee ni lagi murah. Untung sangat beli dengan Shopee.
Berbaloi-baloi. Hehe


Rupa jeruk mangga. Besar juga kepingan dia. Ayah dengan ibu dua2 cakap sedap. Cuya pon suka. Rasa dia chewable macam gummy sikit.

Cuya simpan sebungkus untuk abang Cuya.
Alhamdulilah merasa juga kami sekeluarga Jeruk Papa Laris ni. Patutlah ramai orang suka.

Korang pon boleh try juga tau.


Nota kaki: Rakyat Kelapa sekalian dah join belum Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0?

Jangan lupa join!!


Mandian Madu Bidara Dan Aura 7 Bunga Dherbs

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Semalam parcel daripada Dherbs dah sampai.

Cuya beli Mandian Dherbs yang famous tu. Sebelum ni dah beli 4 botol Madu Bidara. So kalini repeat bersama Aura 7 Bunga, cuba untuk kali pertama


Botol ni datang dengan dia punya 'paip'.
Mandian Madu Bidara rasa dia berangin dan wangi sangat. Bila Cuya pakai gatal2 Cuya dah kurang sebab Cuya ada ekzema.

Ada orang kata pernah juga orang pakai mandian ni tiba2 rasa tajam dan sakit. Tu tandanya ada gangguan la tu. Bidara ni bagus sebab makhluk halus tak suka jadi sering digunakan dalam perubatan Islam.

Aura 7 Bunga tu pon berangin dan wangi. Memang best produk Dherbs ni. Tak menyesal beli. Seller kata kalau takde jodoh boleh try Aura 7 Bunga ni untuk beri aura positif.

Tu ibu cakap, moga2 nanti adalah raja masuk minang 🤣. Kalau tak raja pon, orang yang duduk depan istana. Hahaha

Btw, Cuya beli 2 botol ni dengan harga Rm5 je! Murah gila kan.. sebab ada promo live dengan tolak coins. Untung gila... Hehe 

Tapi tak boleh beli lebih, kalau beli lebih harga dia naik. Taktahu kenapa. Memang promo untuk satu pembelian je kot.


Nota kaki: Rakyat Kelapa sekalian dah join belum Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0?

Jangan lupa join!!


Wednesday, April 29, 2026

Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0




CLOSE UP HADIAH










Labubu Buzz Lightyear dan Dino


Labubu Lotso dan Hello Kitty


Labubu Duck dan Pikachu



Labubu Stich dan Fish



Labubu Green Man dan Octopus


Hadiah adalah Sampul Raya Anime Dan Sampul Raya Labubu.

Pemenang adalah secara lucky draw.


SEMUA RAKYAT KELAPA DIJEMPUT HADIR!

Walaupun Syawal sudah pon menghilangkan diri,
Tapi beta tetap berbesar hati,
Menghadiahkan sampul raya cantik ini,
Buat rakyat kelapa yang sudi sertai.


Nota Diraja : Jangan lupa tulis di entri, sampul raya yang mana paling kalian berkenan?

Selamat Maju Jaya Rakyat Kelapa sekalian!


Aiskrim La Cremeria Almond Pecan Passion

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Cuya tengah sedap makan aiskrim ni. Jom tengok aiskrim apa Cuya nak review harini.



Nilah dia aiskrim tu. Busu Cuya yang bagi. Ikutkan rumah Cuya jarang dah ada aiskrim. Dulu dulu selalu juga Cuya beli aiskrim Malaysia. Sekarang dah kurang. Lama tak beli.


Aiskrim ni macam warna kopi. Rasa dia coklat dan ada kacang almond. Tapi bila kena pada lidah macam ala2 rasa kopi pon ya. Macam ada pahit pahit.

Bila ada kacang almond sedap la makannya.
Memang rasa premium. Siapa yang pernah beli aiskrim macam ni tahula rasa dia. Memang mahal tapi mahal yang sedap.

Dia ada sirap coklat juga. Sesiapa nak try aiskrim la Cremeria ni boleh la cuba. Dijamin tidak mengecewakan.

Panas panas ni makan aiskrim memang sedap sikittt.

Till then adios amigos 👋🏻 


Selfie Selpot Muka Serius

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Cuya saja nak save gambar kat sini, mana tahu nak clear phone ke kan.
Cara best upload je sini takdela hilang.



Cuya memang kadang tu bergambar muka nak serious je . Nak acah model la kononnyaaa. Model tepi jalan boleh laaa 🤣 


Tu muka acah model lagi tuuuu. Berangannnnn. Hahahaha


Pandang ke mana tuu


Spec mata dari dulu nak besar ajer.


Ala ala budak terlebih emosi sedih.


Sedang meratapi nasib diri 



Ni yang Cuya guna untuk banner blog Cuya ni.


Masa ni percubaan mekap ala Arab. Jadi ke ek?


Mekap smokey kot? Dulu rajin mekap dalam bilik sebab nak selfie. Hahahaa



Mekap gothic? Arab? Smokey? Dunno la hentam sajala labu . Dulu2 rajin r .. 


Muka macam nak tidur pon yaaaa hahaha



Taktahula masa ni baru lepas present ke apa tah.


Begitulah sebahagian koleksi gambar muka serius Cuya. Gambar lain2 semua ekpresi happy je manjang. Sebab kita kan happy go lucky. Gambar kena meriah.

Kalau mood tengah acah model tu memang muka serius la. Hehehe

Korang suka bergambar yang macam mana?

Till then adios amigos 👋🏻 


Resipi Ayam Masak Tomyam

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Semalam Cuya masak Ayam Tomyam paling simple menggunakan Pes Tomyam Ajinomoto yang Cuya dapat free.

Baca sini: 

Dapat Parcel Misteri




Bahan- bahan yang diperlukan:

Pes Tomyam Seri Aji
Ayam
Serai 3 batang kecil
Lobak merah
3 helai daun limau purut
Tomato 1 biji


1)Masukkan 500 ml air bersama pes tomyam 
2) Masukkan ayam. Tunggu sehingga ayam masak sepenuhnya
3) Masukkan lobak merah yang telah dipotong
4) Masukkan serai dan daun limau purut
5) Masukkan tomato yang telah dipotong 6
6) Tutup periuk biar ayam masak sekata



Tadaaaa.. dah siap! Kat rumah Cuya ni jarang masak tomyam sebab selalunya pes tomyam memang tak dibeli. Mungkin bukan favorite ibu.

Sesekali menu lain pon sedap jugak. Alhamdulilah. Sedap pes tomyam ni . Perencah nasi goreng pon ayah dah guna, sedap jugak. Tak sempat tangkap gambar.


Cuya seronok blogger lain share macam2 masakan sebab Cuya selalunya balik balik menu sama ajer. Nanti one fine day kalau Cuya dapat bina keluarga sendiri Cuya pon nak masak variasi menu untuk keluarga.

Sebenarnya boleh start dari sekarang, tapi ada banyak kekangan tertentu yang sukar untuk dijelaskan . Hehe

Cuya ni selalu lupa nak tangkap gambar masakan. Kadang rajin kadang malas nak tangkap. Ikut mood jer .

Korang masak apa tu?

Till then, adios amigos 👋🏻 

Hasil Kumpul Coins Setakat Harini

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Macam biasa Cuya akan update proses pengumpulan coins Shopee. Supaya Cuya tahu berapa tempoh diperlukan untuk capai target tertentu.


Setakat harini masih belum capai 1k lagi. Memang biasa ambil masa 3 hari baru dapat capai 1000 coins. Bila dah capai, baru boleh transfer ke akaun utama Shopee untuk digunakan semasa membeli belah.

Bole je nak kumpul 1k harini juga tapi nak kena tengok satu live selama 5 minit semata untuk 2 coins! Penat tu.

Kalau yang Cuya kumpul biasa ni takyah tengok live lama2, skrol laju2 pon tak jadi masalah.

Boleh skrol live/ video laju2 dan coins tu masih bergerak dan bertambah masuk akaun.

Alhamdulilah setakat tu saja,

Till then, adios amigos 👋🏻 

Nota kaki: Korang pon dah start kumpul coins ke tu? Hehe


Followers