Thursday, September 24, 2020

UNDER 18 NO FEAR KOMPILASI JITU



Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Bulan ni adalah bulan cabaran membaca buat Cuya dan Geng Group Ws buku. Jadi untuk cabaran ni Cuya hanya akan membaca komik memandangkan Cuya banyak haul preloved komik bulan lepas. 

Cabaran bermula pada 15 Sept haritu.Tak banyak komik yang Cuya baca. Termasuk harini 11 buah sahaja. HAHAHA Sadis kan??? Mana tak nya, Cuya asyik berblogging, youtube la..itu inilah...hehehe

Nampak sangat Cuya tak pandai bahagi masa.Tapi 11 buah komik ni lah antara pencapaian terbaik Cuya sebab Cuya dah lama sebenarnya tinggalkan dunia buku. Alhamdulilah, Cuya berhasil juga membaca.
Eh komik bukan muka surat yang berpuluh  ya. Cecah beratus jugak la. Nasib baik Cuya sabar membaca.

So harini Cuya nak review komik Under 18 No Fear Kompilasi Jitu.






Ini adalah kali pertama Cuya membaca karya full Under 18. Dalam komik ni ad beberapa watak. Kisahnya bermula tentang kelab kaunseling. Kelab ni baru ditubuhkan sebab tu takde orang join. Jadi si pengasas A.D ajak la dua ekor budak nakal sekolah iaitu Aken dengan Siv. Diorang dua ni dah macam gangster dah. Asyik pukul orang je. Disebabkan dua orang ni la, ada geng2 lain yang join kelab kaunseling ni. Macam-macam la kisah diorang dalam komik ni.

Sangat menarik untuk dibaca. Nora bagi lima bintang! Hehehe

Buku ni ada 606 mukasurat.Macam kamus dewan gitu. Syok sangat baca. Nila buku pertama Cuya baca untuk cabaran membaca bulan ni.

Okay geng,sampai sini sahaja. Adios Amigos!

Wednesday, September 23, 2020

Menang '520 GIVEAWAY BY GARAEKI'


Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Alhamdulilah rezeki yang Allah beri tak pernah habis. Harini Cuya menang GA lagi .Boleh baca di entri 


Dan Cuya dah terima gift card tu and Cuya dah beli dah buku yang Cuya nak.Cepat giler kan? Hahahaha
Simpan lama-lama takut lupa.

Buku apa Cuya beli? Semestinya komik!  Tapi tula komik dia  terhad, sikit sangat pilihan. Disebabkan Cuya pernah terbaca review komik tu, Cuya pilih jela komik apa yang dah direview sebelum ni.

Okay,itu sahaja entri kali ni.

Adios Amigos!

Tuesday, September 22, 2020

Giveaway Bye Bye Moratorium!


Assalamualaikum dan Hello Coconuts!

Harini nak join giveaway,Moh le kita!

                                      


3) Ceritakan Sikit mengenai Moratorium korang. Apa korang buat dgn duit extra? Cerita lah apa2 pun.


Saya dibawah tanggungan keluarga,
Jadi moratorium dipandang sama,
Ibu ayah bayar semua,
Kita pandang-pandang sahaja  😂

Bila moratorium mula menjelma,
Bayaran pinjaman ditangguh sementara,
Duit extra disimpan sahaja,
Tiba masa hutang dibayar jua.

So senang cite, untuk extra money yang tak berapa extra ni, parent Cuya simpan untuk bayar hutang pinjaman TAPEM Cuya. (Tabung Amanah Pendidikan Melaka)

Tu je satu-satu hutang yang parent ada. Lepas tu duit extra pun digunakan untuk beli baju Cuya dan belian harian.


Hah marilah semua join GA ni!

Admin Akan pilih 5 pemenang. Giveaway ini berlangsung selama September dan hari ini adalah hari pertama. (22-31 September 2020)

Komik Preloved Haul




Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Kalau sesiapa yang dah biasa datang blog Cuya, mesti tahu Cuya banyak buat komik haul.
Kalini Cuya masih membeli daripada pendual yang sama, bagi sesiapa yang tak pernah tengok komik haul Cuya,boleh klik bawah ni ya.



Kenapa Cuya beli daripada penjual yang sama,sebab senang dalam satu Melaka je. Jadi Cuya senang nak suruh penjual ni COD. 

                                    


Komik yang Cuya beli

1)Kelab Benta Akademi Seiwa
2)Adikku Ayu
3)Helah Putar Belit
4)Rahsia Cinta Malam Purnama
5)Idola IKB13

The best part is buku2 ni semua masih dalam plastik dan nampak baru.
Pandainya Cuya pilih! hahahhahah

Kau ni Cuya,asyik beli komik je...udah2 la tu..

Eh!Komik ni pon pelaburan tau....nanti dah taknak baca jual jela balik,apa dahal..
Ngeh3

Baiklah...lepas ni kena sambung baca komik balik. 

Adios Amigos


Sunday, September 20, 2020

Menang Geng Kuat Komen di Blog Dunia Shida


Assalamualaikum,Hello Coconuts! Cuya kembali lagi dengan entri kedua iaitu entri kemenangan Cuya di dunia blog.

Kalini Cuya berjaya jadi top komentar di blog Dunia Shida   Allhamdulilah..rezeki yang tak dijangka. 

Duduk diam2 pon,kalau rezeki tu memang milik kita...dia akan jadi milik kita.
Marilah kita memeriahkan lagi dunia blog di blog2 lain dan komen sampai padu! ngeh3..

adios amigos!


Menang Giveaway Sejak Kembali Galak


Assalamualaikum Hello Coconuts!

Baru-baru ni Sis Syazni Rahim  ada buat giveaway yang sangat singkat. Hok Aloh! Jadi Cuya mengambil peluang ini untuk join. Caranya mudah, cuma perlu komen je dekat entri sis syaz yang lama2.
Alhamdulilah Cuya menang! 



Nak tahu Cuya komen apa?

Mari Cuya kongsikan sebagai kenangan....



Bunga seroja bunga melati,
Cantik sungguh dipandang mata,
Guguman comel idaman hati,
Moga menjadi penyeri keluarga.

Katak sakan gelak ketawa,
melihat kerbau membaca berita,
Inilah dia permata syurga,
Guguman segak pembawa ceria.


Entri 2 

Hai Adam pujaan mama,
Moga membesar dengan baiknya,
Jadi anak soleh dan berjaya,
Di Dunia dan Akhirat jua.

Duhai Adam anak mama,
Cepat sungguh kau membesar,
Dulu kecil sahaja tapak tanganya,
Sekarang kau makin dewasa.

Adam sayang si mama,
Jadilah seorang yang bijaksana,
Membesarlah dengan mulia,
Mama doakan kamu bahagia.

-Dari Mama (luahan hati sis Syaz...heheh )


Entri 3


Adik Adam,
Saya punya satu pesanan,
Dah besar nanti,
Jadi Guguman sejati,
Yang menjadi ibu dah ayah,
Yang memberi seribu satu ceria,
Yang hidup penuh makna,


Duhai Adam,
Kadangkala dunia kejam juga,
tapi saya percaya,
Adam mampu menghadapinya,
Hadir ibu dan ayah menemanimu,
Sampai ke hujung dunia,
Sampai ke Syurga,
Insha Allah

Adam,
Ingat pesanan saya,
Kamu akan temu bahagia,
Dengar kata ibu dan ayah,
Kejayaan pasti di tanganmu jua.







Alhamdulilah..rezeki tak pernah salah alamat. :D



Thursday, September 17, 2020

Friday, September 11, 2020

Lovely Fellow's @aienienka



Marilah kita sama-sama memeriahkan lagi segmen blogger ni!

Special September Giveaway by Misya




Kapal berdagang ke negeri Melaka,
Negeri penuh sejarah kita,
Ayuh teman kawan semua,
GA menarik sudah tersedia.


Hadiah semua cantik belaka,
Buat diri rambang mata,
Kalau ada rezeki kita,
Nak hadiah no pertama.

Nak brush!


Syarat-syarat mudah sahaja,
bole lawat ke blog si dia,
cepat semua join sama,
rugi kalau tak join juga!



Thursday, September 10, 2020

Cuya Dah ada Ig Untuk Arts?


Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Apa khabar semua? Harap semuanya sihat sejahtera. Bagi sesiapa yang dah biasa dengan blog Cuya akan tahu Cuya suka seni sangat-sangat. Tak kisah seni tangan atau suara, Cuya minat dan jadikan hobi.
Walaupun Cuya tahu Cuya tak rajin mana  nak berseni ni tapi seni akan memberi satu keseronokan dalam diri Cuya.

Kadang-kadang Cuya fokus dengan seni yang Cuya buat,kadang-kadang seni bersepah yang Cuya buat 🤣 Ala ..keburukan pun seni jugak kan? Oppss 


Cuya selalu fikir, yang buruk tu sebenarnya ada kecantikan tersendiri yang orang tak faham.Kecuali orang yang mengerti seni tu. Kadang-kadang mendalam jugak maksud seni tu bagi sesetengah orang yang  tahu menilai. Seni tu nilainya tinggi sebenarnya, cuma di Malaysia kita tak terdedah sangat dengan kesenian.

Orang luar negara banyak mengajar anak-anak diorang seni.Sebab tula anak diorang kreatif dan pandai belaka. Kesenian mereka adakala di luar kotak , Cuya pun tengok macam....WOW..

Dan justeru itu, Cuya terpengaruh dengan orang luar negara yang rajin share arts diorang di Ig. Cuya pun buatlah ig khas untuk arts yang Cuya pernah buat. Masih tak banyak arts Cuya buat, yela iolls tak rajin mana but still ada lah. Cuya share hasil seni yang lama-lama sebagai kenangan yang menunjukkan Cuya " Wah Cuya,,kau pernah buat seni macam ni??" Hehe..





Kalau rajin follow la,tanda support korang ke atas hasil seni anak Malaysia. Gitchu~🤣 
Maaflah saya dah lama tak hasilkan seni, yang latest pon masa RMO.Hehe
Jangan lupa like ya! 
Masheh sejuta lemon 💕😍






Menang Giveaway Atie Zieya


Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Baru-baru ni, Cuya ada menang hadiah daripada Giveaway Atie Zieya 
Alhamdulilah Cuya memang ke blognya untuk blogwalking. Tak sangka Cuya menang. Rezeki tak pernah salah alamat.

Tahniah juga pada rakan blogger Cuya yang lain!


Jom ke blog Atie :D

Wednesday, September 9, 2020

9.9 Giveaway by Abam Kie




Pucuk cita ulam mendatang,
gembiranya rasa hati ini,
Giveaway menarik sudah datang,
Mari semua kita join sekali!



Giveaway bermula dari 9 sehingga 30 September 2020


 Keputusan akan diumumkan dalam tempoh seminggu dari tarikh tutup penyertaan






Unboxing Komik Dari Gempak Starz Pertama Kali!



Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Harini Cuya happy sangat sebab parcel kebahagiaan dah sampai kat rumah! Macam tittle atas, Cuya unboxing komik dari Gempak Starz. Selama ni Cuya banyak beli komik preloved kan,hah sekarang ni Cuya nak merasa juga beli komik baru ( >,< ).


Alhamdulilah..abang Cuya ada juga menghulur untuk Cuya beli komik. Kira Cuya pau abang la ni. Kekekekek..Terima kasih abang! 

Cuya beli apa kali ni? Just a random one .Cuya pilih2 gitu.and tekan submit order.Hehe
Sebab Cuya rasa macam pilihan agak terhad,atau mungkin Cuya tak skroll habis.Entah la....Tapi Cuya tetap suka apa yang Cuya beli.

Apa yang Cuya beli kalini? Jom!

Yang atas ni kompilasi komik2 dalam gempak dan utopia. Lejen ni...Cuya grab je jilid yang Cuya rasa Cuya nak baca dulu. Harga sebuah cuma RM15.Komik tebal ni.

Kalau korang tengok cover komik ni, inilah lejen2 komik dulu2.Menggamit memori sungguh.




Dan di atas ni ada yang antaranya Cuya terpengaruh untuk beli sebab ad blogger dan youtuber review.
Disebabkan Cuya tak tahu nak beli komik apa,Cuya bedal jela beli komik apa2.Hehe


Dan komik-komik Cuya ni akan dibaca pada 15 Sept ni...Kenapa 15 ni? Ada hari special ke?
Ya! Hari tu adalah hari cabaran membaca dimulakan mengikut dalam group WS buku yang Cuya join. Cuya tak pernah join apa2 cabaran membaca dan sudah cukup lama Cuya tak membaca dengan banyak. 

Jadi Cuya rasa ini adalah peluang yang terbaik untuk Cuya pupuk semula minat membaca gila-gila Cuya semasa zaman sekolah. Cuya harap Cuya dapat sematkan semangat membaca dalam jiwa Cuya sehingga akhir hayat, insha Allah.

BTW, start dari 17 Aug- 16 Sept ada merdeka sale di Gempak Starz Store. Kepada sesiapa yang memang minat komik,atau nak beli untuk anak-anak,inilah masanya anda berbelanja!

Beli RM31 boleh dapat free shipping guys! dan kalau beli lebih lagi, dapat guna coupon merdeka pulak! Berbaloi-baloi geng.

Cuya order hari Ahad malam, harini (Rabu) dah sampai dah. Hah tunggu apa lagi? Jom borong komik di Gempak Starz!



Akhir sekali, Trimas Gempak Starz kerana memberi pengalaman dan bungkusan yang membahagiakan!

Tuesday, September 8, 2020

Aku Ada Masalah Komen Guna DISQUS



Assalamualaikum ,Hello Coconuts!

Aduh..masalah..masalah..

Blogger mana mana yang guna DISQUS untuk komen di blog mereka,Cuya mesti mempunyai masalah untuk komen.Sehingga kini Cuya tak tahu kenapa,setiap kali nak komen kena verify email.Bila try verify, invalid emel pulak! pening sudah..

Cuya nak tanyalah,,kenapa korang suka guna disqus tu? Maaflah Cuya tak boleh komen blog korang yang guna Disqus..

Sekian,  Cuya yang hampa.

Sunday, September 6, 2020

Friday, September 4, 2020

Menjadi Pemenang Giveaway Blogger Merdeka


Assalamualaikum ,Hello Coconuts.

Tadi Cuya dapat komen daripada blogger Hasrul Hassan yang Cuya dapat hadiah daripada Giveaway dia.
Cuya macam pelik, bila masa Cuya join giveaway ni? Rupa-rupanya Cuya ada share entri sajak Cuya reka tu. 

Untuk giveaway ni memang rezeki Cuya,sebab semua peserta dapat hadiah.Alhamdulilah...Rezeki tak pernah salah alamat .Syukur Alhamdulilah...\

Sorry la kalau entri Cuya pendek-pendek dua tiga hari ni. Sebab lappy Cuya macam problem,tak leh connect dengan wifi. Tapi apa2 pun Cuya akan ikhtiar kan untuk perbaiki laptop ni.

Till the next entry, adios amigos!


Thursday, September 3, 2020

Blog Asyik Bagi Direct Notice?

Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Nak tanya,ada tak blog korang, setiap kali kau click dekat entri blogger sesiapa sekali pun di reading list,
tiba2 korang dibawa ke direct notice di mana dia tanya kita..adakah kita memang nak buka link tu.
Korang ada kena tak? Macam mana nak remove eh benda tu..

Sejak blogger dah berwajah baru,jadi macam tu..Ke memang camtu?

Hadiah Daripada Blogger Shikin Razali Dah Sampai!

Assalamualaikum, Hello Coconuts! How are you? Hope you are doin great.

So harini, abang pos dah hantar hadiah daripada blogger Shikin Razali
Alhamdulilah sempena pemenang top komentar.Hadiah apa tu Cuya dapat?

Jeng..jeng...jeng...





Cuya dapat aloe vera gel dan jam tangan. Dua hadiah ni adalah atas kemenangan Cuya dalam Top Komentar sebanyak dua kali.Hehhehe...Rajin juga lawat blog kak shikin.

Terima kasih! Arigato gozaimase! Moga persahabatan di dunia blog akan berpanjangan :D

Kak shikin rajin juga share macam-macam fakta dan info penting.Jom korang lawat Shikin Razali!


Adios Amigos!


Tuesday, September 1, 2020

Syair Malaysiaku Tercinta


Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Merdeka! Masih tak terlambat lagi untuk seketul Cuya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke -63.

Masih ingat tak Cuya ada sertai satu pertandingan sajak di ig? Belum tengok?
Nah! Link dia..--> SAJAK 

Dan pada masa yang sama..Cuya join syair di Youtube Aisyah Habshee menggunakan bait kata  yang sama seperti sajak tapi ditukarkan sedikit. Hah...Cuya nak tunjuk syairnya..

Maaflah Cuya buat syair ni main2,,jadi agak tak sedap.HAHAHAHA Sebab aisyah habshee kata dia buat pertandingan main-main2 je. Tengok tu..bila Cuya main2..kan tak terpilih.Malunya kanak2 pulak yang terpilih! ADUH! Dush! Dush! (tumbuk bertalu2 di muka)

Takpela..nama pun rezeki kan.Sekarang ni Cuya sedang menunggu result pertandingan di ig tu.Pape nanti Cuya update ya..

Maka dengan ini..terimalah Syair Malaysiaku Tercinta



Sorry Cuya letak link sahaja,kalau upload daripada lappy,lembab la hai..

enjoy!

Adios Amigos!