Monday, August 3, 2020

Komik Preloved Haul!


Assalamualaikum ,Hello Coconuts! How are you?  I am fine thank you..
 Bagaimana dengan hari- hari anda? Ada cerita menarik yang nak dikongsi kan sama saya? Hehe.

Kalau korang tiada,Cuya ada! Hahaha...

Harini Cuya pergi makan dekat Dominos,teman kan kawan jumpa dengan kawan dia. Kawan kenal dekat Baitul Jannah.Korang pernah dengar tak web Baitul Jannah tu? Ala orang nak cari jodoh tu. Hah  itu lah! Member tengah cari jodoh....kita masih single potato.Kuikuikui..

Yang bestnya, laki tu belanja kitaorang.Moga Allah berkati rezeki dia.Insha Allah .Okay tu cerita lain la, yang Cuya nak cerita kalini adalah Cuya baru sahaja Haul komik harini!  Sempat lah COD dekat dengan   Dominos tadi. 

Hah..Cuya beli komik apa tu? Komik preloved je....Kenapa bayar lebih untuk komik sedangkan boleh dapat murah? Gituuuu   

Sekarang mood Cuya nak mencari komik je..hehehhe Buat masa sekarang cuma kumpul,kalau nak jual tu..tak sure la



Satu,dua, tiga.....hah sampai 9 Cuya borong kau! Ala ni sikit je...orang lain sampai berbelas. Cuya beli kat mana ni? Hah...Cuya cari IG orang yang jual..alhamdulilah jumpa orang yang dekat je dengan rumah Cuya. Boleh la dekat....Cuya duk usha je ig dia ni...

Antara komik yang Cuya beli :


  1. Syurga Serigala
  2. Pengintip Bangsawan
  3. Cik Bunga Matahari 1
  4. Cik Bunga Matahari 2
  5. Suka Hati Kaulah Shakespear
  6. Origami 1
  7. Origami 2
  8. Biru Violet
  9. Destini Violet
Cuya banyak amik yang ada siri.Syok sikit baca panjang2.





Untukk peminat komik,jom kita beli komik preloved daripada brother ni.




JOM RAMAI RAMAI SINGGAH.
TRUSTED SELLER.
MURAH PON MURAH
KUALITI BAIK!

Banyak komik yang dijual,dah takde jual dekat kedai. Kira rare juga la..
Kualiti dia okay,buku2 tu masih boleh dibaca. Luaran dia ada juga yang tak macam baru, tapi its okay.Yang penting isi dia kan?

Cuya pun ada  nego ngan brother ni.Alhamdulilah,dapat harga murah.Next time, kalau ada rezeki lebih,mesti nak repeat.Insha Allah. Tak silap Cuya,banyak lagi komik dia tak terjual tu...boleh la korang usha-usha. Dalam RM5 ke bawah je harga.


Nampak gayanya,cutinya komik marathon je la ek? Kekekke .Alrite korang, jangan lupa singgah dekat Malaysia.Preloved.Comics  .Jom!



Sehingga ke next entri, adios mi amor! 💓

Saturday, August 1, 2020

Dapat RM50 e-wallet Touch n Go and Aku Belanja Apa?


Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Ni hao ma? Wo ye hen hao. (Apa khabar? Saya juga khabar baik)

Hah.sekarang ni, semua mesti sibuk nak daftar mysejahtera dengan touch n go kan?? Kan???
Yalah, gomen nak bagi duit free, siapa tak nak sis? HAHAHA.

So citenya,semalam Cuya buat permohonan la untuk duit RM50 ni. Harini baru dapat.

Kira macam sehari juga la nak tunggu duit masuk. Alhamdulilah,syukur atas rezeki Allah beri.

Cuya apa lagi,bila duit masuk..it's shopping time!! Cuya ajak BFF pergi jalan ke pekan. Mula-mula pergi ke watson, usha juga barang kat situ.Tapi takde idea nak beli apa..hahahah


Last2 Cuya pergi seven E dekat tempat lain.Cuba teka Cuya beli apa?

Hah..teka2...

Dah teka??

Jeng jeng jenggggg



Tada!!!!

Cuya beli komik gempak starz guys...
Komik lawak kampus kali ni bertemakan frontliner dan ada juga t-shirt dijual sekali dalam set buku ni.

Lama Cuya tak beli merchandise dari Lawak Kampus.Alhamdulilah,dapar grab sehelai baju dan 2 buah komik.


Sebenarnya sebelum Cuya pergi seven E,Cuya ada pergi kedai buku di pekan.Kat situ pon Cuya beli sebuah komik


Cuya memang sasarkan untuk beli komik.
Balik je rumah, abang tanya..buku2 dalam bilik tu nak buat apa,tahi cicak ke?

Hahahahaa XD

Lepastu Cuya cakap la dengan slang omputih "It's called as COLLECTIONNNSS"
Hehehe

Cuya nak buat koleksi,tapi taktahula kalau next time Cuya nak jual...Hehehe

Alhamdulilah,apa yang Cuya nak..selalu tercapai.Semua ni rezeki daripada Allah.Walau sekecil mana sekali pon rezeki kita,belajar la untuk bersyukur.

Baiklah,sehingga ke next entri.Akan datang Cuya akan buat haul lagi, Haul apa?korang pon tahu kot.Nantikan....

Bye adios amigos!

Friday, July 31, 2020

Giveaway by ejulz & shirven






Tarikh Tamat : 15 OGOS 2020

klik gmbar di atas untuk join ya..

marilah kita memeriahkan lagi GA ni :)






Wednesday, July 29, 2020

Aku Borong Lebih 100 Batang Aiskrim Malaysia!



Assalamualaikum ,Hello Coconuts!

Kabare? Harap semua sihat-sihat belaka.. Hah!Korang pernah makan aiskrim Malaysia kan? Mestilah kan..tipu tak pernah. Aiskrim Malaysia sangat popular dulu dulu....malah,sekarang pon ada peminat tersendiri macam Cuya la. Hehe..


Beza aiskrim Malaysia dulu dan sekarang adalah perisa dia..Dulu2 perisa best macam asam boi, sirap,oren dan perisa2 air kordial lain. Selalu perisa tu jela..tapi sekarang, wahhhhh dah macam-macam perisa.Dulu Cuya tengok video orang buat aiskrim hipster, tak sangka, dekat kawasan Cuya ada jual juga...jauh sikit je...

Alhamdulilah, tak silap  Cuya dah kali ketiga Cuya beli dengan akan ni. Citenya Cuya terpengaruh dengan status ws sorang akak ni..Cuya kalau beli,bukan sebatang dua je....lebih 20 batang. Cuya makan sorang ke? Eh...idok ler...ayah ngan ibu ada sekali tukang makan..kekekek



Hah dah rupa dah fridge Cuya...Hahaha..Penuh la hai..dahlah bekas dia tu nak kopak..harap dapat la bertahann


Okay kat bawah Cuya tunjukkan antara perisa yang akk ni jual.Banyak senanya,tapi Cuya takde gambar.











Hah apa macam?? Mengiurkan tak...heheehe

Cuya kadang2 beli sampai tak tahu Cuya beli perisa apa senanya..banyak sangat...tapi sekarang Cuya dah hafal dah perisa-perisa yang ada..sikit jela hafal..heheh

Alhamdulilah,dapat juga merasa aiskrim.Oh ya,lupa nak cakap,,aiskrim ni bukan Cuya je order, abang Cuya pun ada order. Cuya order ni bukan sebab apa, Cuya nak jamu anak-anak buah Cuya yang insha Allah akan balik ke rumah Cuya. Sesekali jamu diorang benda best cam ni...Heee


Di kesempatan ini, Cuya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua yang mengunjungi blog ini.Hati-hati di jalan raya memandu pulang ke kampung :)
Sehingga ketemu lagi,

Adios Amigos!



Tuesday, July 28, 2020

JOM TUKAR LINK BLOGLIST

kempen tukar link blog



Jom semua join sekaki,
kalau tak join anda rugi,
Boleh masuk bloglist nanti,
trafik naik lagi tinggi.



Koleksi Komik dan Impian Cuya


Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Apa khabar semuanya? Harap semua sihat-sihat belaka deh...Harini Cuya kembali dengan entri baru dimana Cuya nak share one of my hobby dengan korang. Selain membuat kraf seperti origami 3D, Cuya juga gemar membaca sejak sekolah rendah lagi.

Cuma bezanya, dulu Cuya baca novel tak henti-henti. Sekarang sebab Cuya selalu kesuntukan masa disebabkan belajar, Cuya dah kurang membaca tapi adalah curi masa sikit membaca. Disebabkan Cuya dah kurang membaca novel, jadi Cuya kini berminat terhadap komik. Sebenarnya dari dulu kumpul komik, cuma ada certain tu dah bagi orang sempena segmen di blog ini sebelum ni.

Sekarang,minat untuk mengumpul kembali komik terbit dalam hati ni.Cewahh....
Cuya kini sedar, Cuya akan membaca komik dengan lebih cepat berbanding novel.Hah..sebab tulah Cuya letgo novel-novel baru yang Cuya tak baca. Alhamdulilah, sambutan jualan not bad la..

Okay,berbalik pada topik kita pada harini, Cuya nak tunjukkan sedikit sebanyak koleksi komik Cuya yang dah lama Cuya simpan. Ada antara komik2 ini yang Cuya beli preloved daripada Instagram dan kawan Cuya sendiri.  Cuya bercadang untuk menambah lagi koleksi Cuya,walaupun dengan hanya membeli komik-komik preloved.


Ni adalah sebahagian buku Cuya. Yang bawah belah kanan adalah semua buku yang Cuya nak jual.
Alhamdulilah..ada juga orang dah beli buku Cuya.Bagi sesiapa nak tahu buku apa Cuya jual, boleh tengok di ig  @prelovebukubycuya

Buku-buku di atas ada yang komik daripada gempakstarz ,komik-m,komik random, dan juga koleksi novel2 Cuya (ada kat belakang komik) .Ada juga novel dalam storage box, mungkin yang tu pon Cuya nak jual.



Ini adalah sebahagian komik-m yang Cuya ada.Bagi sesiapa yang tak tahu, komik-m merupakan komik tempatan atau dikatakan sebagai komik Malaysia . Ada sebahagian Cuya dan bagi kepada pemenang segmen Cuya sebelum ni. Herm..bila bole buat segmen lagi ya? Insha Allah akan datang.. :)



Ini pula koleksi komik gempak starz yang Cuya ada.Kalau nak dibandingkan dengan orang lain, Cuya hanya kumpul sedikit sahaja komik.Mungkin dulu2 lebih fokus beli novel berbanding komik. Dan usia sebegini baru rajin baca komik.Hehe



Cuya merupakan peminat kepada penulis Nazry Salam dan Afiq Salam sejak dulu lagi. Cuya telah lama mengikuti perkembangan mereka. Mereka berdua ni adik beradik tau...Cuya suka stroke Lukisan Afiq dan jalan cerita Nazry yang penuh informasi. Korang kalau nak komik motivasi,ini lah komik paling sesuai!

Sekarang nak beli, kat shopee pon ada...Untung2 jumpa yang preloved punya.



Selain komik-m, Cuya peminat kepada Lawak Kampus.Cuya takde la collect semua siri, tapi Cuya beli juga la bila nampak. Ni ada sebahagian member pinjam.Nasib baik member kelas..kalau dia hilangkan siap dia! Hahaha
Ini pula komik paling rare Cuya ada.Ni komik preloved,tu pasal buruk sikit...heheh
Ala buruk pun buruk la...yang penting Cuya dapat simpan jadi koleksi.

Cuya memang mencari komik utopia,tapi sayang dah takde orang jual...uhuks
Mungkin ada,tapi mahal nak mati..XD

Rindu betul zaman komik2 ni.Cuya akan hargai setiap masa dan memori yang ada,sebab Cuya takkan dapat ulangi masa yang ada betul tak?



Impian Cuya adalah untuk mempunyai koleksi komik dan novel yang banyak sampai boleh buat library sendiri. Nak tunggu ada anak sendiri baca buku macam lambat je lagi..Calon pon tak jumpa...kuikuikui...*gurau2   🤣


Banyak lagi impian Cuya,tapi ni adalah antaranya.Harap2 tercapai. Amin Ya Rabbalamin.. :')

Okay guys,sampai di sini sahaja .Terima kasih kerana sudi membaca entri biasa Cuya,Sehingga ke next entry.

 Adios amigos!





Saturday, July 25, 2020

Jom Berkenalan dengan Pemilik Blog Ni!


Assalamualaikum,Hello Coconuts!


Harini rasanya dah entri kedua, haish rajin lak nak up entri baru. Yalah,tengah ada mood, plus kebosanan. 
Okay bagi yang baru di blog ini, Hai nama saya Nasuha,tapi kawan-kawan panggil Cuya. (Macam budak skola dah hah ) 😂

Cuya tak pernah introduce diri Cuya yang sebenar,paling2 diorang pernah la sesekali tengok muka Cuya. Harini Cuya nak share serba sedikit berkenaaan Cuya in a short entry.




Nama : Nurnasuha
Umur : Ni malas nk cite..tpi dah lebih 20 tahun ..eheheh
Pengajian : Sekarang ni sedang amik degree di UITM Bandaraya Melaka.Sem 2
Bidang : Pengurusan Pelancongan

Jadi,tak ramai yang tahu Cuya sebenarnya dah lebih tua berbanding appearances blog ni sendiri.Kuang .kuang kuang... Blog ni seolah-olah budak2 yang punya kan?  

Tapi selari dengann tagline blog ni.."Ini Bukan Blog Kanak-kanak"  Memang jelas, Cuya bukan kanak-kanak..tetapi bersifat keanakan maybe? OPPS 

Okay la,Cuya share sekali gambar untuk korang tengok ' Si Bukan Kanak-kanak' ni 🤣



Hah ni la Si Bukan Kanak-Kanak tu!
uhuks >_<

Biasa-biasa je orangnya...tapi comel tu ada la sikit...sikit jela..HAHAHA


Lanje lagi satu gambar di rumah nenek (sebelah rumah Cuya je)
Time ni nak keluar dengan BFF,tu bergaya macam nak gi event. Kui Kui Kui..

Nothing much about me.
Oh ya, Cuya suka sangat Seni. Apa -apa berkaitan dengan seni Cuya suka...paling suka Seni Suara dan juga Seni Kraftangan / Handcraft.

Kalau korang biasa dengan blog Cuya,,akan perasan Cuya suka upload benda2 macam Origami 3D.Bagi sesiapa yang nak tengok,boleh tengok di Tab atas sekali . Bole tekan Creative Thingy atau tekan je link biru tu.\

Insha Allah di masa akan datang, kalau Cuya berkesempatan, Cuya akan share keseniaan lain pula.

Sekarang Cuya sedang cuti sem, jadi mungkin sempat la buat apa yang patut kann..Heee~

Okay,sampai sini sahaja la celoteh Cuya.Tak nak panjang-panjang..nanti orang tak baca...Hehe

Till my next entry, Adios Amigos!

Handsocks Haul dan Hiasan Handsocks


Assalamualaikum,Hello Coconuts! Apa khabar? Moga semua dalam keadaan sihat sentiasa.Eh macam nak menulis surat pula. Hehe...


Beberapa hari yang lepas, Cuya ada skroll Facebook.Tiba-tiba skroll keluar pulak iklan handsocks.
Lawa-lawa la geng.... Time tu ada promosi pulak.Halamak..kacauuuu  🤣

Disebabkan harga dia sangat murah,Cuya pon borong la satu dua....Eh yeke satu dua? Macam lebih je..kekekeke

Cuya memang lama dah nak beli handsocks,tapi kebanyakan pattern handsock yang Cuya nak harga dia mahal.Jadi, Cuya apa lagi...time ni la borong! Ngeh3..



Ya,,Cuya borong sekali 6! Hehe
5 ring handsocks,
dan satu handsock ribbon..tak tahu namanya apa..heheh

Yang ring handsocks tu harga RM5 je guys! Mananya tak nya Cuya borong banyak.

Yang ribbon tu RM11.

Tapi sayang promosi dah habis guys.
Mana tahu next time, kalau korang nak beli handsocks,bole la pm orang di bawah ya...


Facebook :Ahlia Hakim



Lepas Cuya dah borong handsocks ni, Cuya come with ideas untuk mencantikkan lagi handsocks ni memandangkan ianya kosong.Jadi,Cuya pergi ke kedai handcraft untuk dapatkan bahan-bahan hiasan.


Nah...mahal jugak la,tapi sebab Cuya suka..beli jela.
Yang ribbon hitam Cuya beli dekat family store.


Ni contoh yang mungkin Cuya akan jahit.ni Cuya acu kan aje..Padan tak hiasan ni dengan handsocks?



Ni la handsock ribbon yang Cuya beli.Comel kan?
Cuya memang suka warna macam ni...bright  dan membuatkan kita tampil berkeyakinan.


Okay korang,kalau berminat boleh pm FB di atas yang Cuya dah bagi link.

Hah lupa Cuya nak cakap,kalau size tangan korang macam agak berisi,Cuya tak saran kan amik handsocks ni,melainkan kalau sis ni ada jual saiz besar.Cuya pon tak pasti.
Apa-apa pm je akak tu ya. Jangan risau, dia tak makan orang. Hehe



Till my next entry, Adios amigos!



Wednesday, July 22, 2020

Aku Try Barang Craft baru (Lazada Haul)



Assalamualaikum,Hello Coconuts! Cuya kembali lagi dengan entri baru.
Haish..bila ada mood blogging,hari- hari nak tulis entri.Kalau tak..mood asyik kelaut  je.HAHA

Cuya malas nak berjela panjang cerita,kita straight to the point je la. Masa RMO haritu, Cuya ada bual haul Shopee  ,

Boleh tengok dekat sini --->  SHOPPING RMO

Dalam tu juga Cuya ada cakap Cuya beli barang lain,tapi Cuya tak tunjuk. Haul kalini adalah dari Lazada. Ni la kali pertama Cuya beli dari Lazada setelah lama tak beli dari situ.Sebab Cuya tak biasa sangat beli dengan Lazada.

Cuya beli dekat Lazada sebab barang Cuya nak takde dekat Shopee.Kalau ada pon mahal dan seller dah lama tak online.Nak tahu apa Cuya beli? Hah baca sampai habis  :D


Item pertama yang Cuya beli adalah

1)10 Selfie Ring Light with 50 Extendable Tripod




Cuya tak tangkap gambar barangnya la,tapi Cuya dapat exactly macam dalam gambar. Masa mula2 Cuya dapat tu,excited gila! Hah sebelum terlupa, korang rasa kenapa Cuya beli Ringlight tripod ni?
Memandangkan Cuya sibuk dengan kelas online sebelum ni, Cuya rasa memang Cuya perlukan item ni untuk pembikinan video presentation.

Item ni sangat penting tau! Sebab kalau takde,susah Cuya nak ambil video,tak memasal buat video dekat lantai je.Uhuks...Harga pon murah tapi kalau korang nak beli,jangan expect tinggi sangat la macam yang mahal punya..Hahah..

overall so nice and recommended!  Kalau korang nak cek,boleh tengok sini ya  RINGLIGHT
Tapi kalau korang mesej seller,dia takkan balas.Hahah..tapi Alhamdulilah,Cuya selamat terima barang.

Siap ada remote untuk tangkap gambar plus ringlight with 3 colors.

2.Quilling Kit Tool


Item kedua ni ada alat crafting kertas yang lama Cuya nak beli tapi selalu terlupa. Akhirnya,selepas gigih buat research kedai mana ada set bahan yang Cuya nak. Alhamdulilah dapat sambar satu set lengkap yang sesuai buat newbies macam Cuya.

Bagi yang bukan crafter,mesti tak tahu apa ni kan? Nila dia seni kertas. Seni kertas ni boleh buat seni macam di bawah ,

SUMBER GOOGLE

25 Beautiful Quilling Flower Designs and Paper Quilling Cards ...

Boleh buat gambar untuk di frame kan

art crafts ideas: 3d quilling dolls

Anak patung kertas
Quilling and Monoprinting - In A Tickle
Hias nama pon boleh


Macam2 benda creative korang boleh cuba buat dengan quilling ni.Cuya belum start lagi,Cuya buat basic je..Insha Allah..nanti Cuya free Cuya try dan share dengan korang.
Excitednya! heheh


Kalau korang berminat,boleh la singgah kedai ni.Lupa nak cakap,Cuya orang first yang beli quilling tools dekat kedai dia.Memang amik risiko betul! HAHA



Okay lah, tu saja yang Cuya nak share apa yang Cuya dah beli.Nampak gayanya,entri Cuya dah penuh dengan haul je..Herm,,bila la boleh jadi youtuber? HAHAHA


Adios Amigos!

Tuesday, July 21, 2020

Aku Buat Kasut Haul Daripada Shopee! dan Tips.


Assalamualaikum, Hello my  Coconuts! (kelapa-kelapa saya 😂😂😂)

Harini Cuya excited sangat sebab hari yang ditunggu-tunggukan telah tiba!
Sebenarnya Cuya lama dah nak share haul Cuya ...macam tajuk di atas,Cuya akan haul kasut..Bukan satu tau!  Tapi kalau nak dibandingkan dengan youtubers, diorang lagi melambak borong..macam nak beli kedai terus! Haha    

Okay,kasut2 ni adalah dah sampai dalam beberapa minggu lepas,ada yang baru sampai semalam,harga murah-murah jer...






Kasut pertama Cuya beli adalah kasut pink Kitty ni.
Comel kan? Harga tersangatlah murah.
Cuma tapak dia lembut la, (tapak luar)
Cuya beli saiz 38 sebab cutting dia kecik.
Biasa Cuya beli saiz kasut 35/36

Masa tu lama nak tunggu delivery kasut,dah nak magrib baru sampai.
Rupanya member skola rendah yang deliver kan..hahaha

Cuya beli disini 



Next,kasut Banana! Sumpah comel gilos.
Btw ni first time Cuya ada kasut sneakers yang printed.
Cuya cuma ada satu je kasut sneakers sebelum ni..
Masa beli ni,,Cuya confuse nak ambil saiz apa..sebab dia kata kasut ni ikut standard.
Jadi Cuya ambil la size 36
Tapi bila baca review,dia kata kena ambil saiz lagi besar.
Bila sampai je kasut,,cukup cuak juga la..risau tak boleh pakai.
Alhamdulillah muat2 je,,,cuma ketat sikit kot
 So korang kalau nak beli,beli satu lagi saiz lebih besar..

patutnya Cuya amik saiz 37 sebab saiz kaki 23.5 cm






Lastly, Cuya order kasut ni dengan BFF Cuya.Kitaorang memang nak sangat kasut ni,
sebab macam style plus cute je katon dia.
Gigih Cuya cari kat shopee..Ni dari China,,kalau korang nak dalam Malaysia pon ada jual..
Ni Cuya order saiz 37,tapi dia pergi bagi 39.Haish..
lepastu Cuya try2,alhamdulilah..muatla juga..tapi kena ikat ketat2 tali dia..

Apapon Cuya bersyukur ;D


Haritu Cuya beli kasut Kaw ni murah sikit,sekarang dah naik dah harga.ish3..Haha


Apapon Cuya puas hati dengan semua kasut ni.Ni lah sebenarnya pengalaman pertama beli kasut di Shopee..mungkin pada masa hadapan Cuya akan lebih berani untuk beli kasut.

okay,kat sini Cuya nak share tips beli kasut online berdasarkan pengalaman Cuya

1)Ukur kaki sebelum beli

Cara nak ukur senang je.Lukis tapak kaki dekat kertas kosong.
Lepas tu ukur panjang dari ibu kaki sehingga hujung tumit.

2)Baca penerangan tentang saiz kasut di diskripsi

Biasa dekat diskripsi akan ada penerangan tentang saiz kasut dan panjang kaki.

3)Rajin tanya seller

Ni perkara wajib perlu buat supaya kita lebih jelas,kadang2 diskripsi tak membantu juga
Contoh soalan boleh tanya
"What is the size of shoes for the length of _____?"

4)Baca review dan komen

Kadang-kadang review orang lain dapat bantu kita buat pilihan yang terbaik.So,rajin2 la baca ya.



Okay la,itu sahaja daripada Cuya.Thank you sudi baca,insha Allah kalau ada masa lagi Cuya akan update dari masa ke semasa.

Sehingga ketemu ke entri yang akan datang.
Adios Amigos!





Sunday, July 19, 2020

Buku Preloved Untuk Dijual


Asslamualaikum ,Hello Coconuts!

Cuya kembali....Hahaha macam lama nau tak post,semalam baru je pos. Harini Cuya nak buat posting berkenaan bisnes Cuya terkini. Cuya sekarang tengah fokus menjual buku-buku baru dan lama Cuya.
Kalau korang berminat nak tengok...hah tengok la kat bawah ni .LOL



 Ig :prelovebukubycuya


Novel Dewasa kebanyakan baru dan masih dalam balutan.

RM5 SEBUAH 


RM5 SEBUAH


RM5 SEBUAH

Novel karya Ain Maisarah RM8 sebuah
(sebab feveret Cuya,jadi harga mahal..plus buku cantik lagi tau)


 Buku awal remaja
RM4 SEBUAH




RM4 SEBUAH


Mungkin ada lagi yang Cuya nak jual...tapi..Cuya tak godek2 kot.Ingat nak jual komik juga...

pape Cuya update nanti ya.

Kalau berminat, ws Cuya http://www.wasap.my/60135800776

Adios!