Wednesday, October 7, 2020

Kelas ODL Bakal Bermula dan Aku Menang Hadiah



Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Siang tadi ada live dekat youtube tentang pelaksanaan ODL ( Online Distance Learning) dibawah youtube UITM Cawangan Melaka. Cuya tak melepaskan peluang untuk turut sama terlibat dalam live tu.Cuya masuk lewat tapi masih dapat input yang ingin disampaikan mereka.

 Dengar punya dengar,tiba-tiba ada pop quiz.Hah..bab-bab gini Cuya laju buat kerja! HAHA
Soalan pertama diajukan, Alhamdulilah jawapan Cuya terpilih walaupun Cuya tahu Cuya hentam je. Hehehe Dapat lah menang hadiah. Cuya kena tuntut hadiah tu dekat UITM Alor Gajah. Jauh gak nak menapak ke sana, tapi Cuya akan suruh abang Cuya yang ambilkan nanti.Senang sikit..

Cerita seterusnya, Cuya kelas ODL Cuya bakal bermula! uhuks...Cepatnya cuti habis..Pejam celik pejam celik je dah sampai masanya untuk kelas. Cuya sebenarnya kecewa terpaksa ODL sebab emosi Cuya terganggu .Banyak juga keburukan ODL ni tapi apa Cuya boleh  buat...Covid ni tak terhapus lagi.
Cuya doa semoga Covid-19 di Malaysia akan surut.Amin....

Cuya nak mengeluh pun tak boleh,mungkin ada hikmah berlakunya perkara sebegini.Belajar husnuzon...Insha Allah...


Okay ,sampai sini saja..Adios Amigos

Maaf kalau Cuya dah tak komen kat blog korang,sebab Cuya nak tunggu Google ni baik macam dulu.Kan Cuya asyik spam je,sampai affect bahagian komen...Padan muka XD

19 comments:

  1. Rezeki!! main jawab ja pun betul! bijakkkkk !

    ReplyDelete
  2. Hehe congret dan all the best utk kelas ODL 🤗

    ReplyDelete
  3. Ya belajar bersemuka lagi bagus. Cabaran untuk Cuya.
    Rupanya Cuya duduk Melaka ya?

    ReplyDelete
  4. cuya student lg ke..comel benaaa ^_^

    ReplyDelete
  5. Samalah kita ODL jugak, tak tipu ODL memang stress,
    Huhu pape pun goodluck untuk cuya semoga dapat mengharunginya hehe^^

    ReplyDelete
  6. Adik Cik TK pun study online sekarang ni.. tengok dia study tu, pada pendapat Cik TK, belajar secara bersemuka lagi best. Tapi apakan daya, time2 covid ni terpaksa akur dengan apa yang telah ditentukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul,kena la akur walaupun hati ni berat.Mungkin ad hikmahnya :)

      Delete
  7. Yang mengajar pun pening dengan ODL ni.
    Moga-moga keadaan semakin cepat pulih.

    Rasa lain interaction face to face banding online.

    ReplyDelete
  8. Semoga dipermudahkan urusan Cuya untuk ODL.

    ReplyDelete